BAB 28 | DENDAM CINTA 2

5.5K 596 110
                                    

     TOMBOL pintu dipulas perlahan. Wafa meloloskankan dirinya ke dalam bilik kerja Shafqi. Jarang-jarang dia masuk ke bilik ini. Dia sudah diberi amaran keras oleh Shafqi agar tidak memijakkan kaki ke dalam bilik kerja ini. Terutama sekali ketika ketiadan lelaki itu di rumah. Wafa hanya dibenarkan masuk jika Shafqi memberi arahan untuk membersihkan bilik kerjanya.

Tapi kali ni Wafa masuk tanpa arahan mahupun izin suaminya. Sengaja dia mencuri-curi masuk ke dalam bilik kerja Shafqi. Wafa yakin, lelaki itu pasti ada menyorokkan sesuatu daripada pengetahuannya. Jika tidak, mengapa Shafqi begitu tegas melarangnya memasuki bilik ini?

Saat lampu bilik dipetik, Wafa terkaku melihat dinding bilik yang penuh dengan gambar-gambar seorang wanita. Yang pasti bukan gambar dia. Lantaran itu, Wafa menapak selangkah seraya matanya tertancap pada setiap keping gambar yang tertampal pada dinding.

Marissa!

Ya, gambar Marissa. Penuh di bilik itu dengan gambar-gambar wanita tersebut. Ada foto lama Shafqi bersama Marissa sewaktu di United Kingdom dulu. Ada juga foto Marissa bersama rakan-rakannya dan keluarganya. Semua gambar tersebut ditampal kemas. Patutlah beria-ria benar Shafqi melarang dia masuk ke kamar kerjanya. Jadi, perkara inilah yang suaminya sorokkan selama beberapa tempoh ini?

Kecewa.

Cemburu.

Sedih.

Semua perasaan itu menghentak-hentak sanubari.

Wafa cuba kuatkan diri walau dia sendiri tahu, dirinya bukanlah setabah mana. Seorang isteri yang mampu tersenyum saat melihat kepingan gambar perempuan lain disimpan oleh suami sendiri.

Tak, dia tidak sekuat itu! Jiwanya remuk. Hatinya terasa ditikam-tikam.

Shafqi kejam!

Sebuah meja kayu di hujung sudut dihampiri. Wafa telan liur sebelum laci meja itu ditarik. Dia tahu  perbuatannya ini kalau dapat ditangkap oleh Shafqi, memang habis dirinya dimaki hamun oleh lelaki itu. Boleh jadi tubuhnya menerima habuan lebam sana sini.

Ah, ketepikan dahulu rasa takut itu. Shafqi takkan tahu kalau dia sendiri tak buka mulut memberitahu. Lagi pun, lelaki itu tiada di rumah. Awal pagi lagi suaminya sudah berangkat ke tempat kerja. Jadi, kesempatan ini seharusnya dia gunakan sebaik-baiknya.

Dalam gerak perlahan, tangan Wafa menarik laci meja kayu tersebut. Berdebar-debar kencang jantungnya kala ini tatkala sekeping gambar lusuh ditarik keluar.

Gambar sewaktu perkahwinan Marissa.

"Suami dia ke ni?" Wafa membisik. Wajah Harraz yang sudah diconteng agak menyukarkan penglihatannya. Selajur, mata Wafa membulat besar tatkala belakang gambar itu diterbalikkan.

Kau patut mati!

Terasa tangannya menggigil halus. Shafqi betul-betul dah gila. Takkan lelaki itu sanggup menjadi pembunuh hanya kerana wanita ini?

"Wafa!"

Terhinjut bahu Wafa. Spontan gambar tadi terlepas dari tangan. Kecut perutnya mendengar jerkahan Shafqi. Takut-takut dia menoleh ke arah lelaki itu.

"Kau buat apa dalam bilik ni?!" Menyinga wajah Shafqi. Rahangnya diketap kuat. Mata mencerlung ke arah Wafa yang tertunduk.

"Aku tanya kau buat apa dalam bilik ni? Siapa yang izinkan kau masuk?!" herdiknya. Rambut Wafa ditarik kasar menghampirinya, rahang wanita itu dicengkam kuat.

"Sa... sakit."

Wafa menampar-nampar lengan Shafqi. Boleh tercabut kulit kepalanya kalau begini.

"Aku tanya kau sekali lagi, apa yang kau buat dalam bilik kerja aku? Apa yang kau cari?" Shafqi dongakkan kepala isterinya. Merah menyala wajahnya menahan gelora amarah yang membuak.

3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]Where stories live. Discover now