BAB 5 | DENDAM CINTA 2

7.2K 718 530
                                    

"HARRAZ DANIEL!"

Bergema suara Adam di setiap sudut. Mujur saja tiada orang di situ. Jika tidak, pasti menjadi tatapan umum.

Harraz menjarakkan dirinya. Kedua-dua belah kening bercantum sesama sendiri. Dia memandang ke arah Adam yang semakin dekat.

Kesempatan itu diambil oleh Marissa untuk menjauhkan diri daripada Harraz. Jantungnya masih berdegup kencang. Hampir-hampir dia mahu menangis kerana takut jika Harraz akan mengapa-apakan dirinya.

"Kau siapa?" Harraz menyoal kasar. Muka Adam yang bengis itu ditentang tajam. Siapa lelaki di hadapannya ini? Macam mana lelaki itu tahu namanya?

"Kau nak buat apa pada Jasmine?" Kini, soalan dibalas soalan. Adam meletakkan bungkusan yang berisi air dan roti di salah satu kerusi hospital. Kemudian, tangan Marissa dicapai dan tubuh wanita itu ditarik lembut.

"Are you okay?" Drastik, nadanya berubah teramat lembut dan wajahnya yang tegang kembali kendur. Riak wajahnya jelas menunjukkan yang dia risau.

Marissa angguk kecil.

"Saya tak patut tinggalkan awak tadi, Jasmine. Maafkan saya." Perlahan suara Adam. Terselit juga nada kesal. Kepalanya ditundukkan ke bawah. Ya, dia tak sepatutnya meninggalkan Marissa tadi. Kalau tak, pasti perkara ini tidak akan berlaku.

Baru Marissa nak buka mulut, ada tepukan kuat yang menyapa pendengaran. Sekonyong-konyongnya, Harraz menepuk tangan bersama senyuman yang terukir sinis.

"No wonder kau tak ingat siapa aku. Rupa-rupanya, dah ada jantan lain? Siapa ni? Scandal kau ke?" Sarkastik Harraz menyindir. Entah kenapa, sakit pula hatinya melihat Adam dan Marissa yang saling berpandangan itu.

Marissa mengetap bibir. Harraz masih sama. Langsung tidak berubah! Tak habis-habis nak menuduhnya yang bukan-bukan. Tepat keputusannya untuk meninggalkan lelaki itu. Sangat tepat!

"Dasar perempuan murah!" hinanya pula. Sejurus melemparkan kata hinaannya itu, pipi di sebelah kiri terasa kebas.

"Mind your language, man." Dingin Adam membalas. Buku limanya dikepal. Terasa sedikit puas dapat melepaskan tumbukannya di pipi Harraz.

Marissa tergamam lama. Tak sangka Adam akan bertindak sedemikian. Pertama kali dia melihat aura Adam yang gelap. Dan dia terasa sedikit gerun melihatnya.

"Wow! Ada yang back up?" Harraz ketawa sekadar ingin menyakiti hati Marissa. Hujung bibirnya disentuh. Tidaklah kuat mana Adam menumbuk, tapi peritnya tetap terasa. Namun, tidak pula dia membalas kembali.

Adam ingin membalas, namum tangannya terasa lembut disentuh seseorang. Automatik, hilang amarahnya saat mata bersabung dengan mata hazel itu. Dadanya terasa lapang.

"Bawa saya pergi dari sini. Saya nak jenguk papa. Saya taknak tengok muka dia lagi," bisik Marissa namun masih sampai ke telinga Harraz.

Adam menggangguk.

"Let's go." Tangan Marissa ditarik. Tanpa menghiraukan Harraz, mereka berlalu pergi. Malas nak layan lelaki gila tu.

"Marissa Jasmine!"

Langkah kedua-dua manusia itu terhenti. Mereka statik berdiri tanpa menoleh ke belakang.

"Kau nak jadi isteri derhaka ke?"

Serentak itu jugalah Marissa memusingkan badannya. Ulas bibirnya digigit perlahan. Sedikit tersentap mendengar sebaris ayat Harraz tadi.

"Awak nak apa lagi, Harraz?" lelah sungguh nada suara Marissa. Penat hendak berpura-pura lagi. Akhirnya, dia meluahkan rasa yang terbuku di sukmanya.

3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]Where stories live. Discover now