BAB 8 | DENDAM CINTA 2

7.4K 739 375
                                    

ADAM tenang memandang dua figura yang sudah lebam dan bengkak muka dek tumbukan dan tendangan yang bertalu-talu menimpa mereka. Sesekali, terdengar salah seorang daripada mereka terbatuk-batuk bersama cecair merah pekat yang mengalir keluar dari mulut.

Irfan mengerekot menahan senak di perutnya. Berkerut-kerut dahinya menahan perit. Mata dipejam serapat mungkin. Tubuhnya berasa sakit yang maha dahsyat.

"Sekarang ni, kau nak bagitahu aku atau tidak pasal rancangan kau dengan perempuan yang bernama Natalia tu? Kau dengan dia dah plan nak kenakan Jasmine kan?" Adam bangun. Kemudian, dia melutut lalu rahang Irfan dicengkam sekuat hatinya. Menyinis dia melihat keadaan Irfan yang seakan kehilangan nyawa itu.

"Aku... aku tak kenal siapa Natalia!" jerit Irfan mahu berdalih. Sudah dibelasah teruk pun masih tidak serik lagi. Tak mengapa, ini Adam. Nak taknak, Irfan akan buka mulut dengan sendirinya.

"Betul kau tak kenal siapa Natalia?" soal Adam, sarkastik. Hujung matanya memberi isyarat kepada Yazid. Dua orang anak buahnya yang berbadan tegap diarahkan untuk keluar.

Dalam menahan sakit, sempat lagi Irfan menggelengkan kepalanya.

"Tak... Aku tak kenal."

Adam ketawa sinis.

"Nampaknya, kita dah silap oranglah, Yazid." Adam bangun dari bertinggung. Yazid dipandang tajam. Sebelah tangannya dibawa keluar seperti meminta sesuatu.

Faham dengan renungan maut itu, segera Yazid menyerahkan playar kepada Adam. Kemudian, dia bergerak menjauhi Adam dan lelaki yang terbaring lemah itu.

"Le... lepakan aku..." rintih Irfan. Tubuhnya kian lemah.

Irfan dihampiri. Leher lelaki itu dicekik memaksa Irfan untuk berdiri. Terkapai-kapai pemuda itu dibuatnya. Muka mula berubah pucat dek oksigen yang tidak mencukupi di dalam badan.

"Aku tanya kau sekali lagi, betul kau tak kenal siapa Natalia?" Keras nada Adam. Urat-urat tangannya mula timbul. Semakin lama, semakin kuat di mencekik leher Irfan.

"T... tak..." nafi Irfan lagi. Parah, parah! Nyawa sudah dihujung tanduk pun masih mahu menipu.

"Really? Mungkin kau dah hilang ingatan. Tak mengapa, aku ada cara nak buat supaya kau dapat semula ingatan kau tu." Sejurus itu, leher Irfan dilepaskan.

Irfan jatuh terkulai. Mulutnya ternganga mencari oksigen.

Belum, belum cukup lagi penyeksaan yang Adam berikan. Dia mahu Irfan membuka mulut dahulu. Dia mahu mendengar segala rancangan lelaki itu bersama kekasih gelapnya, Natalia.

"Kau tahu, selain hebat memegang skapel, aku pun sudah terlatih untuk memegang dan menggunakan pistol. Cuma skapel tu aku selalu guna untuk patient aku. Dan pistol pula aku gunakan untuk musuh aku. Tapi memandangkan kau bukan musuh aku, jadi..." Adam menunjukkan spanar yang diberikan oleh Yazid tadi.

"Aku bagi yang ringan-ringan saja. Kita main cabut-cabut kuku, nak tak? Guna spanar ni?" Misteri senyuman Adam. Yazid di hujung sudut dinding mula terasa seram sejuk. Liurnya ditelan. Merinding habis bulu romanya. Setakat pistol, dia sudah biasa. Tapi permainan Adam kali ini benar-benar mengerikannya.

Adam meliarkan matanya ke arah seorang budak lelaki yang tidak berkelip memandangnya. Bibir budak tersebut mula bergetar. Dahinya berpeluh-peluh.

"Kau tunggu sekejap. Bagi aku setelkan mamat ni dulu." Adam melemparkan senyuman senget. Takut-takut budak lelaki itu jadinya.

Bukan niat Adam hendak menakutkan budak itu. Dia cuma mahu budak lelaki itu melihat akibat yang akan diterima jika terus berbohong dan berdalih. Kiranya, dia akan mengaplikasikan 'eksperimennya' itu terhadap Irfan.

3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]Where stories live. Discover now