🦇Part 9🦇

676 95 0
                                    

Sebaik selesai menghadiri kelas, tepat jam 6 petang Lissa mula bergerak pulang ke rumah dengan menaiki teksi dari akademi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebaik selesai menghadiri kelas, tepat jam 6 petang Lissa mula bergerak pulang ke rumah dengan menaiki teksi dari akademi. Yang mana hanya mengambil masa 15 minit jauh perjalanan sahaja.

Duit tambang diserahkan kepada pemandu teksi sebelum dia keluar dari situ dan bergerak masuk ke laman rumah dua tingkatnya.

Rumah yang telah didiami selama 10 tahun dia di bandar itu. Tidak terlalu besar tidak terlalu kecil. Cukup selesa untuk Lissa dan Carolina berteduh. Laman rumah itu berumput Tetapi tidak berhias kecuali pasu lama yang terbiar tidak di jaga sejak beberapa bulan lepas. Laluan pavement rumah itu juga sudah lama mintak di simen baru.

Kunci dalam beg di keluarkan sebelum dia tunduk memilih mana yang sesuai. Namun sedang dia bergelut memasukan kunci ke dalam tombol, Lissa disentak dengan naluri deria rasanya. Dia merasakan seperti ada yang memerhati.

Sambil seluk kunci ke dalam tombol sambil tu dia pandang kanan dan kirinya. Hari ni lain macam betul vibe sekeliling dia. Tak satu-satu benda tak baik datang kepadanya. Agaknya tarikh lahir dia ni bawa maksud yang tak elok la?

Enggan lama-lama, Lissa tolak daun pintu ke dalam dan melangkah masuk ke dalam. Setelah mengunci pintu, gagang telefon yang ada di ruang tamu di capai. Lissa membuat panggilan ke mama dia. Tapi panggilannya tidak di angkat. Jadi dia pun naik ke bilik tingkat atas.

Mengenangkan apa yang terjadi, Lissa segera masuk ke bilik mandi, dia bersihkan dirinya sebersih yang boleh untuk hilangkan bau darah yang tersisa pada tubuhnya.

Pintu bilik air terbuka 20 minit kemudian. Lissa berjalan keluar dari situ dalam keadaan berkemban.

Asalnya dia mahu ke almari baju, tapi perkara lain pulak yang membatalkan niatnya.

         "Huh?"lafaz Lissa dengan terkejut sebaik melihat sebuah kotak hadiah bereben hitam tergeletak kemas atas katil dia. Rasanya tadi tak ada pulak kotak hadiah ke apa, tiba-tiba je ada?

Saat hujung jari Lissa baru menyentuh penutup reben tersebut, secara mengejut satu kelibat muncul dari tepi berdekatan dengan pintu bilik. Memeranjatkan Lissa di situ. Gadis itu melompat terkejut hingga berundur ke belakang memegang tuala yang membaluti tubuhnya.

           "What the f*ck!"luah Lissa dengan kuat. Nafasnya naik turun laju bila tengok orang asing di tengah ruang biliknya."Siapa kau!?"ianya seorang lelaki, berpakaian serba hitam yang mencurigakan. Muka pucat lesi seperi mayat. Anak mata pula merah menyala. Sama seperti miliknya.

Vampire tulen!

            "Saya datang membawa pesan dari Lord Dragomir."suara lelaki itu membuatkan bulu roma Lissa meremang tegak. Sebut nama tu bawa aura berbeza betul!

Kejung kerana bingung dan takut, Lissa diam berdiri di seberang katil. Berhadapan dengan pintu dimana lelaki asing itu sedang berdiri memandangnya.

Ayahnya ke?

47. Inlove With VampireWhere stories live. Discover now