🦇Part 43🦇

575 80 5
                                    

Huff!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Huff!

Huff!

Huff!

Kepulan wap keluar dari mulut yang berbibir pucat lagikan berdarah setiap kali nafas di hela!

Dengan cemas kaki berkasut boot hitam itu menginjak lantai hutan yang diselimuti dengan dedaun kering dan dahan patah. Acap kali menoleh ke belakang kerana takut dirinya berjaya di kejar, Silas cemas. Dia tidak cukup tenaga kerana pendarahan yang di alami pada bahagian tengah dada waktu itu.

Sambil berlari sambil itu Silas pegang dadanya yang berlumuran darah. Tiada tanda untuk berhenti atau sembuh dengan sendiri.

Swoosssh!

Berdesup beberapa kelibat dalam gelap hutan itu mengelilingi sekitar Silas.

Belum sempat Silas hendak memandang ke depan, satu susuk lampai muncul lantas merempuh tubuhnya dari kiri dengan kuat. Mencampak Silas beberapa meter dari tempat asal sebelum mendarat di sebuah batang pokok gergasi di situ.

KEDEBUK!

Jatuh longlai tubuh tidak berdaya itu.

         "Uhuk!Uhuk!"darah tersembur keluar dari mulut. Silas pegang dada dengan kening berkerut. Cuba menahan rasa sakit yang menjalar di setiap inci tubuhnya. Dan bila dia angkat kepalanya ke atas, berdirinya beberapa Strigoi di situ. Memandang ke arahnya dengan sengih menyeringai menayang barisan gigi tajam mereka.

Apa yang buatkan Silas terkedu di situ ialah orang yang sedang berjalan di celah mereka saat itu. Terkejut dia itu buatkan dirinya tidak berdaya untuk melawan atau melakukan apa-apa! Siapa sangka orang yang dipercayai dan dianggap sebagai rakan sendiri adalah pembelot bangsa sendiri.

        "Tsk!Tsk!Tsk!Apa kau buat ni Silas?"ketikan lidah kedengaran beberapa kali. "Kenapa kau lari?"beritahu lelaki di depan Silas.

Dalam keadaan bersandar pada batang pokok di belakangnya, Silas diam memandang orang yang sedang gerak mencangkung depannya. Sengih meleret di bibir itu buatkan marahnya membuak-buak.

        "Ke-kenapa kau buat macam ni"sebut Silas tersekat-sekat. Air mata kesakitan mengalir dari tepi mata dengan perlahan.

        Kepala itu terlentok ke kanan sedikit. Sengih mengejek terukir di hujung bibir. "Kenapa kau tanya?Hmm...panjang cerita kalau nak aku mulakan....kalau kau nak tahu, apa kata kau beritahu aku. Macam mana kita orang nak tembus sempadan Zon Merah ni tanpa dijejak?"

         "Langkah mayat aku dulu!"ketap Silas dengan  berang.

          Dan waktu itu muncul lagi seorang gadis di belakang lelaki yang bercangkung itu. Dan berdiri sahaja gadis itu di situ, dia bersuara. "Apa awak buat ni...jangan buang masa. Lekas tanya dia, laluan rahsia untuk kita seludup masuk semua Strigoi ni ke Zon Merah.."

47. Inlove With VampireWhere stories live. Discover now