🦇Part 31🦇

612 86 10
                                    

Sambil mengikat rambutnya ke belakang, gadis bercelak hitam dengan gincu merah di bibir tunduk memandang bekas kaca yang tersusun kemas di dalam rak yang ada di dalam ruangan bawah tanah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sambil mengikat rambutnya ke belakang, gadis bercelak hitam dengan gincu merah di bibir tunduk memandang bekas kaca yang tersusun kemas di dalam rak yang ada di dalam ruangan bawah tanah. Kawah berisi darah yang dicampurkan dengan bahan peransang untuk menggalakkan selera makan vampire tergeletak sepanjang lantai itu. Bau tengik menerawang di Udara. Suhu tempat itu juga sejuk dan juga lembab. Bukan setakat tiada cahaya matahari yang menerangi kawasan itu, malah sedikit pun lampu tidak tersuluh di tempat itu.

        "Selamat siang cik muda. Angin apa yang membuatkan cik muda sudi datang ke tempat kotor seperti ini?"

Seusai mengikat rambutnya dia dekati kerusi berhadapan dengan mesin pengepam darah dimana satu vampire Strigoi yang sudah kering diambil darahnya terbaring di atas katil. Sedikit pun tidak menunjukkan apa-apa reaksi ngeri atau geli kerana sudah terbiasa.

         "Bagaimana dengan pengilangan posyen-posyen tu?Adakah ia berjalan dengan lancar?"soalnya.

         "Seperti yang cik muda lihat. Segalanya berjalan dengan lancar. Hampir dua ribu posyen Strigoi siap di proses untuk diedarkan"

          "Ayah saya kata mereka perlukan lebih dari tu...kalau kamu semua berhasil setakat dua ribu sahaja, sebelum kita sempat hapuskan Zon Merah, mereka terlebih dahulu yang akan hapuskan kita."dengan jengkel gadis itu berkata.

         "Ya...ya..kami tahu tu. Mengumpul Strigoi bukan perkara yang mudah. Bukan setakat sukar untuk mendapatkan Kerjasama mereka, malah hendak dekati mereka juga mengambil risiko yang sangat tinggi."

          "Bullsh*t..you guys have the most modernize  weapon that can catch that son of b*cthes!"gadis itu pandang ke vampire kering di katil depannya dengan sengih meleret. "Sebelum pilihan raya itu bermula. Kau orang semua ada masa dua minggu dari sekarang. Untuk kumpulkan semua tentera bagi memerangai Zon Merah tu nanti. Kalau kau orang gagal lakukan hal tu, mungkin aku patut upah orang lain untuk lakukannya."

         "Jangan la begitu Cik Muda...kita dah lama bekerjasama...takkan la lewat sedikit cik muda nak cari ganti yang lain.."

          Bersama sengih mengejeknya gadis itu pun berkata. "Kalau macam tu buat kerja kau orang dengan betul dan berhenti buang masa aku. Kau fikir aku suka duduk lama-lama dalam akademi tu bergelumang dengan semua vampire keparat dekat situ?Ingat sikit ya!Ayah aku dah bayar kau orang banyak. Jadi sebelum diri kau orang yang jadi gantinya, buat kerja betul-betul."

         "Baik cik...baik."

Haish!

         "Dah la!Sambung kerja kau orang tu!"getus gadis tersebut saat bangun dari situ. Tumit tingginya berdetak-detak menghentak lantai dengan kuat sewaktu dia berjalan marah keluar dari tempat tersebut.

Kawasan koridor bilik bawah tanah tersebut sibuk dengan manusia biasa lalu lalang. Ada yang sedang mendorong troli ada juga yang sedang mengheret stretcher dimana bungkusan berwarna hitam terletak di atasnya. Ada juga yang keluar masuk melalui pintu yang ada di sepanjang koridor di situ.

Dan gadis tadi melewati satu daripada pintu di situ sebelum tiba di tengah ruangan bawah tanah lalu berhenti di depan sebuah dinding kaca sebuah bilik. Di dalam bilik itu terdapat beberapa orang staf dengan pakaian hazard putih sedang berdiri di tepi sebuah kerusi tempat dimana satu vampire perempuan Strigoi sedang bergelut hendak melepaskan diri.

Menyeringai bengis vampire perempuan yang malang itu cuba hendak menyakiti staf yang mengekang dirinya. Namun ikatan pada tubuhnya buatkan dia terperangkap di kerusi yang dikelilingi dengan mesin dan peralatan surgery.

Bersama renungan dingin, gadis itu berdiri sambil menyilangkan tangan ke dada menyaksikan situasi yang terjadi di dalam bilik berdinding kaca di situ. Seakan menonton sesuatu yang menyeronokkan, hujung bibirnya terjungkit senang.

Seorang staf di situ kemudiannya menyuntik cecair aneh berwarna kuning melalui tiub iv yang terpasang di tangan vampire Strigoi perempuan tadi. Yang mana berjaya buatkan pergelutan vampire perempuan itu serta merta berhenti kerana efek cecair kuning tersebut. Apabila vampire itu lumpuh sepenuhnya barulah staf yang ada mula melakukan kerja-kerja mereka.

Dua staf yang lain capai skapel lalu diserahkan kepada doktor bertugas. Mereka berdiri mengelilingi kerusi untuk memulakan pembedahan. Tengah-tengah dada vampire perempuan itu dibelah dengan mudah. Mendedahkan organ dalaman vampire perempuan itu.

Dari situlah mereka mula meletakkan tiub berjarum lalu di tikam ke setiap urat darah yang ada pada organ vampire Strigoi tersebut untuk menyedut darah dari tubuhnya. Dari satu tiub ke satu tiub dipasang oleh mereka sehinggalah darah merah kehitaman mula mengalir masuk ke dalam beg kantung jernih pada mesin pengepam darah di situ.

Brit!

Brit!

Brit!

Deringan telefon di dalam poket skinny jean menyentak fokusnya.

        Malas-malas tangan itu mengocek keluar dari poket seluar. "Hmm...kenapa?"

        "Sesuatu berlaku.."

Dah kenapa pulak?

         Gadis itu mengerang kejengkelan. Dia pusing membelakangkan bilik tadi sambil memegang telefon rapat ke telinga. "Apa lagi hal kali ni?Kau jangan cakap dengan aku yang kau orang tak dapat nak tangkap seekor pun vampire dekat kawasan tu?"

         "Mereka dah tahu...Organisasi Rahsia Vampire dan Dhampir dah tahu. Mereka sedang beroperasi secara besar-besaran untuk menangkap semua Strigoi dan menghapuskan mereka supaya bekalan darah yang kita hendakkan tu takkan mencukupi.."

        Serius la! "Macam mana mereka tahu?"

        "Itu dalam siasatan kami.."

        "F*ck!Macam mana kau orang semua buat kerja ni. Benda simple macam tu pun tak boleh nak buat!"

         "Apa yang kami perlu lakukan sekarang ni?Adakah perlu laporkan hal ni kepada tuan?"

          "Tak perlu. Aku sendiri yang akan beritahu mereka nanti. Dan kau orang!Berhambus dari Zon Merah tu secepat mungkin sebelum ada yang ketahuan! Stay low buat masa ni!"ketapnya kegeraman.

           "Baik cik."

Cerita vampire ni Buddies baca okay tak?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Cerita vampire ni Buddies baca okay tak?

Serabut ke tak faham ke apa ke?

Serius beritahu ni first time Tinta buat cerita.macam ni. Tak sure macam mana nak olah dengan baik. So sorry kalau Tinta meraban-raban😂😂😂

You know everything has first time.

47. Inlove With VampireWhere stories live. Discover now