🦇Part 44🦇

557 78 1
                                    

Disebabkan semuanya berlaku secara tiba-tiba dan mengejut semua persiapan yang dibuat juga ala kadar sahaja, Puan Carolina tidak packing pakaian dengan banyak kecuali dokumen penting dan benda mustahak sahaja

Ops! Esta imagem não segue as nossas directrizes de conteúdo. Para continuares a publicar, por favor, remova-a ou carrega uma imagem diferente.

Disebabkan semuanya berlaku secara tiba-tiba dan mengejut semua persiapan yang dibuat juga ala kadar sahaja, Puan Carolina tidak packing pakaian dengan banyak kecuali dokumen penting dan benda mustahak sahaja.

Seperti yang dirancang oleh mereka berdua, pada jam seawal empat pagi lagi Puan Carolina bangun dan bersiap. Perjalanan untuk ke perlabuhan itu mengambil masa yang lama kerana jaraknya yang jauh. Mahu tak mahu dia gagahkan juga dirinya untuk berangkat.

          "Mama.."panggil Lissa di tepi bagasi sewaktu zip.

           Puan Carolina di depan laci menyahut. "Ya?"wanita itu sedang tunduk menyelongkar sesuatu di dalamnya. Mencari barang yang dihendakkan.

          "Ada sesuatu yang penting mama kena tahu.."

           Puan Carolina pun menoleh. Dia pandang Lissa di atas katilnya saat itu. "Tentang apa?"

           Membuat muka teragak-agak Lissa pandang Puan Carolina. Keningnya berkerut susah hati. "Semalam ada sesuatu dah terjadi. Disebabkan Lissa tak tahu apa-apa Lissa tak dapat nak elak ia dari terjadi."jelasnya.

           Perlahan-lahan laci itu Puan Carolina tutup   semasa wanita itu menghadapkan badannya ke Lissa. Terganggu dengan cara Lissa bercakap dia mencekak pinggang. "Lissa...apa maksud kamu?"

           "Umm..macam ni Ma...semalam..rakan sekelas  Lissa tak sengaja bawa Lissa ke tempat dimana ayah berada. Dia tak tahu, Lissa pun tak tahu...dan tiba-tiba kami pun bersua muka...hanya kerana rakan sekelas Lissa perlukan Lissa untuk buktikan sesuatu..."

            Terjatuh tangan Puan Carolina yang mencekak pinggang tadi. Wanita itu pandang penuh terror. "Ka-kamu jumpa siapa?"

            "Ayah."Lissa tunduk mengutil hujung kuku. "Lissa tak dapat nak buat apa-apa masa tu lepas tahu.."

            Tergesa-gesa seperti dalam ketakutan, Puan Carolina menerpa ke Lissa. Menarik anak perempuannya itu bangun dari katil secara mengejut. "Apa yang kamu dah lakukan Lissa!"marahnya. "Kamu tahu kita dah buat perjanjian bukan!"badan Lissa di goncangnya kerana kesal.

Lissa mengangguk.

             "Kalau begitu bagaimana kamu boleh cuai begini!!"belakang lengan Lissa pula dia pukul-pukul.

            "Auw!Auw!Sakit...mama!"

            "Anak bertuah!Kenapa kamu ni tak berhenti    dari libatkan diri dalam masalah!"

             "Ma-maafkan Lissa mama.."ucap Lissa dengan kening berkerut. Dia pandang hendak menangis ke mama dia. "Macam mana ni."

             "Macam mana lagi kamu tanya sudah tentu kita kena lari. Sekali lagi...lekas. Kita bersiap. kemudian cepat-cepat pergi dari sini!"

47. Inlove With VampireOnde as histórias ganham vida. Descobre agora