🦇Part 30🦇

714 84 1
                                    

Ah!F***!

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.


Ah!F***!

Serius!

Kenapa dia boleh berakhir di tempat Star?Seingat dia malam tadi mereka dalam perjalanan untuk ke rumah?

Lagi satu, kenapa kebelakangan ini dia banyak libatkan diri dengan Star setiap kali dalam masalah? Memangnya lelaki tu intip dia ke mana-mana aje ke?

Susah betul kalau lama-lama macam ni.

Mujurlah Star tiada sewaktu dia bangun tadi. Kalau lelaki itu ada sekali dalam bilik tadi pasti malu dia akan berganda-ganda!Terhendap-hendap seperti pencuri, Lissa jengah kepala dari balik kuakan pintu bilik itu. Kakinya tidak berkasut. Stoking sahaja yang mengalas kakinya.

Lissa sedar dia berada di mana ketika itu sebab itu dia terhendap-hendap! Siapa aje tak tahu kalau sedar-sedar aje ada dalam bilik tidur khas yang menempatkan Dhampir dalam akademi ini. Kuasa pendinding dan sihir asrama ini ibarat bermandikan air sejuk aje feeling dia.

Kalau orang lain Nampak dia berada di tempat ini, mungkin kepala dia bakal menjadi perhiasan dinding buruan mereka nanti.

Keluar sahaja dari koridor yang lengang itu, Lissa jalan menyusuri laluan tersebut dengan mata gerak kanan dan kiri cemas. Risau kalau ada yang lintas ke laluan tu. Mana dia nak lari!? Bangunan asrama ni dah la besar, nak cari pintu keluar pun dia tak tahu dekat mana!

Ahh!

Star!

Kena lelaki tu nanti kalau dia jumpa. Sesuka hati bawa dia ke kandang serigala secara terbuka macam ni. Sekiranya hal ni ketahuan dengan ketua dorm, mati dia!

Tap!

Tap!

Tap!

Bunyi tapak kasut bergema dari arah selekoh di hujung koridor, bertentangan dengan Lissa.

        "Aku rasa kelas master Kenny tak lama sebab dia kan tak ada. Jadi yang ganti kelas pun pembantu master.."

        "Syukur la...aku lupa nak siapkan kerja dia hari tu...kau sendiri tahu kan dengan latihan...meronda lagi.. mana la sempat aku nak hadap semua kerja-kerja tu.."

        "Oh shoot!Shoot!Shoot!"Kejung kaku Lissa dekat situ. Tangannya terdepan kanan dan kiri bingung hendak ke mana!Ada orang!GahhhH!!!Lissa berpusing ke arah tiang gergasi di sebelah kanannya. Kakinya berjengket saat lari ke situ lantas bersembunyi di balik tiang tersebut. .

Dup!

Dap!

Dup!

Dap!

Telinga Lissa menangkap bunyi jantung dia berdegup taktala kelibat pelajar lelaki dua orang tadi melewati tiang dimana dia sembunyikan diri.

           "Star cakap malam tadi kita kena keluar awal sebab pasukan vampire yang Vlad ketuai akan jalankan misi mereka untuk geledah kedai yang mengedarkan darah kepada vampire dekat seluruh pekan nanti.."

47. Inlove With Vampireحيث تعيش القصص. اكتشف الآن