🦇Part 40 🦇

601 74 1
                                    

         "Lissa!"panggil Vlad dekat belakang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Lissa!"panggil Vlad dekat belakang.

Star yang menoleh, bukan Lissa. Sebab masa tu Lissa dah menonong ke depan terlebih dahulu. Dari langkah aje boleh tahu yang Lissa sedang marah.

"Lissa tunggu sekejap!"dengan laju Vlad berlari ke arah Lissa sebelum berhenti di depan gadis itu sesaat kemudian.

Menjerit Lissa sebab terkejut bila lelaki vampire tu muncul depan dia dengan tiba-tiba. Sampai dia berlari setempat!

"What the hell Vlad!"marahnya memukul dada tu sebab refleks marah. "Awak nak apa lagi?"

"Sorry.."ucap Vlad serta merta. Keningnya berkerut susah hati. "Aku tahu aku salah sebab bawak kau ke sini tanpa penjelasan yang kukuh."

Lissa berdengus tak percaya. Dia silangkan tangan ke dada lalu pandang ke arah lain dengan bawah bibir di gigit geram. Senang aje nak minta maaf!Sekarang ayah dia dah tahu segalanya termasuk hal mengenai Star!Macam mana kalau ayah dia marah dan cari Star lepas apa yang Star dah lakukan dalam hidup dia selama beberapa tahun kebelakangan ni?

"Senang aje kau bercakap."sampuk Star. Di pandang Vlad dengan renungan penuh amarah. "Tak ada apa-apa lagi kan?Kalau tak ada kita orang pergi dulu..."

Lissa diam di situ, membiarkan Star yang bersuara pula.

Berderau Vlad bila dengar. Mata vampirenya bersinar taktala mengerling ke Star. "Kau diam!Aku bercakap dengan kau ke sekarang ni?"

"Awak tu yang sepatutnya diam!Apa yang awak fikir dengan mengheret saya ke sini macam tu aje!Awak tahu tak awak baru aje letakkan diri saya dalam bahaya!Sebab awak semuanya jadi kucar kacir macam ni!"marah Lissa mendorong Vlad ke belakang semasa berkata. Marah betul la dia!

Makin dia diamkan diri makin menjadi-jadi masalah yang datang kepadanya!

Terkedu Vlad.

"Kalau aku jelaskan kau nak dengar ke?"pandang dia mencerun ke wajah marah Lissa.

"Sekurang-kurangnya dia tahu apa yang berlaku...bukan kau bawa dia tanpa kerelaan dia macam tadi..dan letakkan dia dalam situasi berbahaya.."beritahu Star. "Kau sendiri dengar ke apa dia tanyakan?Tak ada kan..kau diam je bila dia tanya. Sekarang kau nak marahkan Lissa kenapa?"

Rahang Vlad berketik apabila lelaki itu berdengus kasar mengerling ke Star.

"Haih!Bengang betul la aku dengan kau ni. Boleh tak diam!Ada aku suruh kau ikut ke?Tak ada kan?Sekarang diam sebelum aku snap kepala kau dari badan tu!"

Lissa waktu itu sedang berdiri di antara Star dan Vlad silih ganti memandang mereka berdua. Keningnya mencerlung. Tak tahu dia nak cakap bagaimana lagi ni!Hanya tunggu masa aje ayah dia seru dirinya ini untuk bertemu semula!Lagi-lagi tentang Star!Macam mana kalau ayah dia tahu apa yang dia telah lakukan pada Star?Paling parah sekali, mengenai perjanjian mereka!

"Cukup Vlad!Awak jangan nak cari pasal dengan Star. Dekat sini yang salahnya awak. Kalau awak jelaskan dekat saya alasan sebenar dari awal. Saya pasti akan beri kerjasama pada awak. Ini tidak, awak asyik tunjuk perangai menjengkelkan awak tu tak ke sudah. Sekarang awak dah dapat apa yang awak nak kan?Boleh berhenti ganggu saya lepas ni?"

Sudahnya peperangan tetap akan terjadi, pertemuan tadi langsung tiada gunanya. Dan mahu tak mahu dia terpaksa libatkan diri dalam masalah yang bukan urusan dia untuk sibukkan.

Lissa merenggus geram!

"Awak dengar ke tidak apa saya cakapkan ni?"

Star menarik kasar tali leher uniform dengan kasar kerana berasa tidak selesa. Panas sejak tadi tapi dia biarkan gara-gara kuasa pendinding milik tempat vampire tinggal ini.

"Fine...aku suruh orang hantar kan kau orang berdua balik."akur Vlad dengan kasar.

"Tak perlu. Aku boleh uruskan dari sini..Lissa dan aku ada urusan penting lain yang nak di uruskan."tegah Star serta merta. "Lagipun kita orang tak nak kedudukan kita terdedah dengan vampire yang ada dekat kawasan ni lepas nampak kita orang keluar dari tempat ni.."

Hampir mencarut Vlad masa tu. Dia betul-betul nak hilang sabar dengan Star sebab lelaki tu tak habis-habis nak menyampuk!

Masih mencerlung, Lissa pandang Vlad sebelum berkata. "Apapun rancangan awak untuk hentikan peperangan ni nanti, saya harap awak fikir dua kali sebelum buat keputusan. Jangan jadi macam hari ni, inipun nasib aje saya dan Star dapat keluar hidup-hidup."pesannya.

"Bukan niat aku Lissa-"

"Cukup Vlad..."tegah Lissa.

Entah kenapa dia rasa puas hati bila Lissa layan Vlad dengan dingin. Sedangkan Lissa dan Vlad satu golong yang sama. Dua-dua berasal dari keturunan vampire. Tapi yang hairannya Lissa sikit pun tak tunjuk sikap senang pada Vlad. Star pegang lengan Lissa.

"Aku kena dukung kau Lissa.."

Oleh kerana rasa marahnya tersisa, Lissa terus menurut tanpa bantahan. Dia hulur tangan ke atas bahu Star sebelum lelaki itu mencempung badannya ala-ala pengantin.

"Lagi satu.."Star pandang ke Vlad sebaik sahaja Lissa dalam dukungannya. "Aku nasihatkan kau supaya beritahu pada geng vampire kau supaya berhenti consume darah yang dibeli dari mana-mana kedai atau outlet bekalan darah buat sementara waktu. Aku dengar kebanyakan darah yang dijual dah di spike dengan darah Strigoi."

"Tahu la aku. Kau sibukkan aje tugas kau dengan kawan Dhampir kau yang lain!Jangan nak menyibuk!"ketap Vlad dengan bengang saat memerhatikan gegelung cahaya pentagram muncul di bawah kaki Star.

Hujung bibir Star terjungkit sinis semasa memberi jelingan mencabarnya ke Vlad.

Sementara Lissa langsung enggan memandang Vlad kerana marah akan lelaki itu.

Dan tiupan sekilas meletus kecil taktala Star teleport mereka berdua secara tiba-tiba tepat ke sebuah lokasi

Lenyapnya Lissa dan Star di depannya, Vlad mengetap bibir dengan erat menahan sabar sebelum menghentak kaki kerana begitu berang!Benci betul dia!Gara-gara manusia seperti Star la semua ini terjadi!Serius dia bencikan manusia!

Lenyapnya Lissa dan Star di depannya, Vlad mengetap bibir dengan erat menahan sabar sebelum menghentak kaki kerana begitu berang!Benci betul dia!Gara-gara manusia seperti Star la semua ini terjadi!Serius dia bencikan manusia!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
47. Inlove With VampireWhere stories live. Discover now