🦇Part 25🦇

590 74 0
                                    

Malam sudah pekat, suasana sekeliling pun lenggang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Malam sudah pekat, suasana sekeliling pun lenggang. Entah bila hari berlalu pun Lissa langsung tidak sedar kerana dia tenggelam dengan dunia bukunya sepanjang masa. Hanya beberapa kereta sahaja kelihatan semasa Lissa bergerak hendak pulang ketika itu.

          "Terima kasih kerana membeli. Datang lagi!"ucap Thalia kepada Lissa setelah selesai buat .

          Lissa lambai kecil dengan senyuman lebar di bibir saat masukkan buku yang dibelinya ke dalam beg. "Kalau ada buku baru beritahu ya..."beritahu Lissa.

         "Okay...tapi Lissa kamu sure tak nak saya call kan teksi untuk kamu?Dah malam ni?"

         "Tak apa. Bye Thalia."lambai Lissa sambil tarik tombol pintu kedai tu.

          "Bye!"

Lissa tutup pintu kedai tu dan turun anak tangga yang ada ke laluan pavement. Serta merta angin malam menyapa wajahnya.

Sejuk malam tu.

Cepat-cepat dia ketatkan kot yang terpasang di badannya semasa berjalan.

Dia sempat call mamanya tadi. Katanya mama dia terpaksa kerja hingga lewat malam lagi ingat nak balik terus lepasnya.Sekali tu terlupa pulak gara-gara khusyuk sangat baca buku itu yang sampai ke malam.

Tapi disebabkan perjalanan baliknya tidak mengambil masa yang lama Lissa ambil keputusan untuk jalan kaki. Sebab hanya beberapa meter sahaja dari kawasan perumahan tempat tinggalnya.

Lissa humming lagu dengan perlahan.

Sedang Lissa jalan sendirian di laluan itu, suara orang bercakap dan berjalan boleh kedengaran sayup di telinga dia waktu itu.Ada beberapa orang pejalan kaki jalan melewatinya.

Sedang Lissa termenung, fikirannya terimbas kembali akan perbualannya tadi dengan Star. Entah hantu apa yang rasuk tadi..bolehnya dia beritahu Star macam tu aje. Menyesal tak kesudah sebab beritahu lelaki tu identiti sebenarnya.

Mesti Star akan target dia cukup-cukup dekat akademi!

Sibuk Lissa melayani perasaan dia, angin bertiup sekali membawa sama khabar buruk, tidak semena hidungnya menghidu bau tidak menyenangkan.

Bau seakan darah dan sesuatu mereput.

Dan pada masa itulah....

Prak!

Bunyi sesuatu patah buatkan Lissa tersentak. Dia berhenti dari berjalan hendak memasang telinga. Kepalanya di pusingkan ke sekeliling.

Duh!

Apahal tu?

Perlahan-lahan mata Lissa menangkap kelibat. Dia kecilkan mata melihat kelibat dari balik kegelapan lorong depannya. Siapa tu?

           "Hmm....sedapnya bau.."

           "Seorang je ke?"

Muncul suara dari arah depan dengan tiba-tiba.

47. Inlove With VampireWhere stories live. Discover now