🦇Part 49🦇

573 69 7
                                    

Seakan tiada apa-apa yang berlaku, situasi di dalam akademi seperti biasa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seakan tiada apa-apa yang berlaku, situasi di dalam akademi seperti biasa. Pelajar dari Zon Biru dan Zon Merah masih bergaul seperti biasa. Mereka semua menjalani rutin harian mereka akademi masing-masing. Perbualan harian mereka juga tiada kaitan dengan peperangan. Kebanyakan mereka fokus mengenai pelajaran dan social media.

Ianya seakan semua di situ telah di hypnosis untuk jalani hidup seperti tiada apa-apa yang berlaku di antara Zon Merah dan Zon Biru.

Sedangkan peperangan memang bakal terjadi bila-bila masa saja!

Beberapa orang vampire diraja kelihatan sedang duduk lepak di kawasan redup berdekatan koridor. Puteri Maria kebetulan turut berada di situ bersama rakan vampire dia yang lain. Dan gadis cantik itu dengan elegan duduk bersilang kaki menikmati minuman 'darah eksklusif' dalam tumbler khasnya.

         "Tuan puteri tak apa-apa?Saya perasan tuan puteri kelihatan tidak berapa okay sejak kelas awal pagi tadi."tanya Lucy.

Dah tahu tanya lagi?Puteri Maria kawal diri untuk tidak membuat muka.
   
          Vampire lelaki di samping Puteri Maria sandar ke belakang. Dia yang sebaliknya bersuara. "Hmm...nampaknya ada sesuatu telah terjadi di High Council semalam. .Ayah aku antara yang menyaksikan situasi di tempat tu semalam.."ujar Keho dengan perlahan.

Puteri Maria menyelak sehelai muka surat buku yang dibacanya lalu kembali menyambung bacanya.

            "Apa yang berlaku?"

            "Vladimir, dia yang nekad hendak hentikan peperangan ni telah membawa Lissa serta Star ke situ untuk menjadi saksi bahawa semua perancangan dan isu peperangan ni bukan berpunca dari pemerintah Zon Biru. Tapi sebaliknya disebabkan oleh sebuah organisasi rahsia yang dibentuk untuk memberontak kerjasama antara dua zon ni. Disebabkan Lissa ada buktinya Vlad gunakan memori Lissa sebagai pilihan terakhir untuk memujuk Lord Dragomir supaya elak peperangan dari terjadi."

Mata Puteri Maria bergerak ke kanannya, tempat dimana Keho duduk tadi. Terus terhenti baca dia lepas dengar kawannya bercakap begitu.

           "Dah tu?Apa keputusannya??"

           "Lord Dragomir hanya mampu tangguhkan seketika peperangan tu dengan mengerahkan kesemua vampire yang ada di sempadan Zon Biru undur dan berhenti mengawal sempadan tu. Jadi pemerintah Zon Biru setuju untuk stay down sementara waktu."

BAM!

Buku tebal itu Puteri Maria tutup dengan kasar sebelum dia lempar ia ke atas meja depannya. Lissa bertemu muka dengan Lord Dragomir?Apa yang gadis tu fikirkan!?Sudahlah masalah besar belum selesai, Ditambahkan satu lagi masalah!?Dah puas hidup sangat ke?

            "Apa yang berlaku sebenarnya?"tanya Puteri Maria. "Kenapa Vlad yang bawa Lissa ke situ?"

            Keho tegakkan sikunya pada headrest kerusi Puteri Maria semasa lelaki itu pandang ke Puteri Maria. "Kata ayah aku, Vlad pernah pecah masuk sebuah event dibawah pimpinan Klaus. Majlis tu ialah majlis yang dianjurkan oleh ahli kongres yang bakal terlibat dalam sesi undian bulan depan. Dari situ Vlad dapati Lissa turut berada di tempat tu. Mungkin Vlad terdengar sesuatu atau Nampak sesuatu yang menyakinkan Vlad bahawa peperangan ni berlaku bukan kerana Zon Biru cuba memberontak tapi sesetengah golong manusia yang tamakkan kuasa.."

47. Inlove With VampireWhere stories live. Discover now