🦇Part 65🦇

698 80 4
                                    

       "Apa maksud kau kita kena stay dekat sini?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       "Apa maksud kau kita kena stay dekat sini?"

         "Strigoi sedang meliar di luar sana Star...mana mungkin kita perlu stay down dan tak buat apa-apa?"

         "Master Leo setuju dengan idea ni ke?"

Star di situ diam tidak membalas pertanyaan mereka. Dia berdiri sandar pada tiang di belakang dengan tangan bersilang di dada.

          "Aku tahu kau ada rancangan kau sendiri buat masa sekarang...tapi berdiam diri dan bersembunyi takkan bawa apa-apa faedah.."

Waktu itu mereka semua sedang berkumpul untuk briefing mengenai rancangan Star yang seterusnya. Ramai-ramai mereka berkumpul di ruangan dimana mereka sering jalani latihan atau berkumpul untuk perhimpunan pagi.

Star yang mengetuai perbincangan itu di asak bertubi-tubi soalan tanpa henti sejak tadi gara-gara dia mencadangkan kesemua ahli Dhampir di situ untuk tidak libatkan diri dalam peperangan antara dua zon ini. Semuanya kerana Star mahu melindungi mereka semua sementara dia jalankan misinya nanti.

         "Hanya untuk sementara waktu aje.."kata Star selepas diam untuk seketika.

         "Sampai bila?"

         "Kenapa kau halang kita orang keluar Star?"

Sebab dia tahu apa yang terbaik untuk semua rakannya di situ. Star tahu apa yang patut apa yang tak patut mereka semua lakukan pada waktu genting seperti ini.

            "Adakah kerana kau cuba berlagak menjadi hero? Kau nak dapatkan spot light sendiri?Kita orang terkurung dekat sini sementara kau ada dekat luar berperang?Macam tu?"

Semua di situ memandang curiga akan Star. Was-was dengan arahan lelaki itu kerana Star enggan beri penjelasan yang lebih detail kepada mereka.

          "Sebenarnya aku-"Star angkat kepala nak pandang mereka, sekali tu suara lain yang kedengaran terlebih dahulu.

           "ARGHH!!!!"suara teriakan tidak semena dari arah kanan ruangan berdekatan dengan tangga. Mengejutkan kesemua Dhampir yang berkumpul. "Lepas!Lepaskan aku!!!!"

Cemas dengan suara jeritan Lissa, Star berlari ke arah itu untuk lihat apa yang berlaku sebelum yang lain ikut dari belakang. Sekali bila dia muncul di tempat dimana Ezra, Carlus dan Lissa terduduk di atas lantai, mereka lihat Lissa sudah lencun dibasahi dengan darah.

          "Hentikannya Lissa!"arah Carlus cuba tenangkan Lissa yang hysteria di situ.

           "Darah dia orang!Hilangkan darah dia orang dari aku!"Lissa tepis-tepis pakaiannya yang kotor dengan kesan darah saat bangun kemudian terduduk semula ke lantai kerana hilang keseimbangan.

Ezra yang dalam kesakitan pegang bahagian rusuk kanannya yang jadi mangsa sepakan Strigoi bangun sendiri dari lantai. Membiarkan Lissa hysteria dan Carlus yang pujuk gadis itu supaya bertenang.

47. Inlove With VampireWhere stories live. Discover now