🦇Part 11🦇

648 83 1
                                    

            "Lissa tunggu apa lagi

ओह! यह छवि हमारे सामग्री दिशानिर्देशों का पालन नहीं करती है। प्रकाशन जारी रखने के लिए, कृपया इसे हटा दें या कोई भिन्न छवि अपलोड करें।


            "Lissa tunggu apa lagi..cepatlah bangun!"tarik Puan Carolina yang muncul di depan Lissa sesaat kemudian. Dia bangunkan anaknya dari lantai itu dengan susah payah.

Bila Lissa bangun baru la semua di situ tersentak dari lamunan craving masing-masing. Yang lain dapat control lagi diri mereka. Jadi tak mengejar.

Tapi yang dua ekor vampire yang mengajar tadi dah siap sedia nak terkam.

            "Jangan lari!"arah vampire itu.

Lissa dan Carolina kelam kabut mendaki tangga dengan kaki bertumit tinggi di kaki masing-masing. Setiba mereka di luar kelab malam, angin malam menyapa mereka serta merta buat bulu roma meremang.

Saat Carolina dan Lissa lari mereka berdua sempat toleh ke belakang nak tengok sejauh mana penyangak tadi mengajar mereka. Bila mereka pandang dua lelaki tadi sudah berjalan laju ke arah mereka seakan berlari.

Takut punya pasal, Carolina pandang ke depan hendak pecut melarikan diri.

Disebabkan Lissa luka hingga keluarkan darah dan masih dalam kesakitan akibat kesan dirinya di campak tadi, dia sedikit lambat ketika berlari. Mana taknya..satu hari ni banyak tenaga dia dah guna! Dengan Raden...Blade lagi..sekarang dua penyangak ni!

Tak boleh ke...hari dia seteruk dari ni?

Hah!

Dua vampire tadi sudah dapatkan Lissa dan Carolina terlebih dahulu.

Vampire kedua tadi muncul tiba-tiba di depan Carolina dan terus pukul tengkuk itu hingga buatkan mama Lissa pengsan.

           "Mama!"teriak Lissa semasa larikan diri  hendak dapatkan mamanya. Namun pinggangnya sudah di rangkul dari belakang sebelum terangkat dari jalan tu. "Lepaskan mama aku!!"

            "Nak lari ke mana?Kan elok kalau kau dengar kita orang dari awal tadi!"kata vampire pertama saat dukung Lissa.

            "Lepas la!!"teriak Lissa saat cuba mencakar tangan yang berada di pinggangnya. Tetapi tidak berguna kerana dirinya sudahpun di bawa ke tepi lorong terbiar berdekatan dengan kelab malam tu.

FYI, dekat Zone Merah ni memang normal kalau ada kejadian macam ni. Siapa bertuah selamat, siapa malang!Begini la nasib yang bakal menimpa!

              "Jangan kau berani sentuh mama aku!!"ngerang Lissa saat lihat vampire kedua yang ada di dinding depannya. Lelaki itu sudah menyandarkan ibunya ke dinding siap untuk dihisap darah.

              "Diam!"

SLAP!satu tamparan hinggap di pipi Lissa dengan padu.

Selepas tamparan itu, Lissa merasakan dagunya di pegang dengan kasar sebelum wajahnya di talakan ke depan memandang vampire di depannya.

            "Mintak sikit je darah kau ni!Tak mati pun!"beritahu vampire pertama tu pada Lissa dengan sengih meleret boyishnya.

Enggan mengalah, Lissa angkat tangannya. Cuba melawan. Memang tak la!

             "Kau melawan...mama kau ni yang akan tanggung!"ugut vampire kedua sambil tunjuk gigi taringnya dekat dengan leher Carolina.

Lissa terperangkap, tangan dia yang baru naik mahu menumbuk muka vampire pertama dia terus jatuh di bahu tu. matanya terarah mama dia yang tidak sedarkan diri.

           "Tolong...jangan sakiti dia.."rayunya dengan nada mengalah.

Apabila Lissa pejam mata berserah pada takdir, vampire pertama itu tersenyum penuh kemenangan. Dia buka mulutnya tanpa berlengah. Sepasang gigi taring gerak mahu menggigit leher Lissa.

           "Kalau aku jadi kau...aku takkan buat.."

Suara itu buatkan vampire pertama tadi berhenti. Dia tutup mulutnya semula semasa menoleh.

           "Siapa kau?"soal vampire pertama sambil tu.

            "Dhampir..."

Mata Lissa terbuka luas setelah dia dengar suara tu. Tidak asing dan sangat familiar buatnya. Ikut sama dia pun toleh ke arah yang sama dimana vampire depannya pandang.

Baru sahaja hendak pandang, tiba-tiba sahaja tubuh vampire pertama tadi tercampak ke tepi. Melanggar tong sampah besar di situ dengan bunyi yang kuat.

Melompat terkejut Lissa dibuat bunyi itu.

What the-

Satu kaki panjang yang kurus tegak melintang di depan mukanya di pandang Lissa dengan mata tidak berkedip. Serius!Dia tak nampak apa yang berlaku!Tengok-tengok je vampire tadi telah tercampak ke tepi.

           "Grrr!Tak guna!"vampire kedua tadi lepaskan Carolina untuk balas balik apa yang penyerang mereka lakukan terhadap rakannya itu. Dia lari laju ke arah lelaki bertopeng mulut yang ada di depan Lissa sebelum satu tumbukkan melayah tepat di tepi muka kanan tu.

KRAK!

             "Argh!"Lissa tekup mulutnya kerana terkejut bunyi kuat dari tumbukan tu. Dia pandang dengan cemas akan orang yang ada di depannya. Kuat tu!Dengar bunyi pun dah tahu!

Sekelip mata macam tadi, orang tadi serang vampire kedua dengan hayunan pisau belati yang tersembunyi di bawah lengan baju. Dia libas ke vampire kedua itu tetapi vampire pertama telah bangun dari jatuhnya.

Lantas kedua-dua vampire itu serang penyerang mereka dengan serentak.

             "Kau menungkan apa lagi tu. Pergi la dari sini sekarang!"marah orang itu saat melawan dua vampire tu pada masa yang sama kepada Lissa.

Tidak tahu hendak buat apa Lissa pun terkocoh-kocoh kutip mama dia yang tersandar di dinding situ. menggunakan tenaganya yang ada dia topang lengan mamanya di atas bahu dan mula berjalan pergi dari situ tanpa berlengah.

Sempat juga Lissa pandang orang yang selamatkan dia itu sebelum berjalan jauh dari situ. Perkara terakhir dia nampak masa itu adalah, dua vampire tu hayun penumbuk ke penyelamat dia.

ओह! यह छवि हमारे सामग्री दिशानिर्देशों का पालन नहीं करती है। प्रकाशन जारी रखने के लिए, कृपया इसे हटा दें या कोई भिन्न छवि अपलोड करें।
47. Inlove With Vampireजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें