🦇Part 28 🦇

618 80 0
                                    

Flashback dihari yang sama Lissa kena kacau dengan Vlad

К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.

Flashback dihari yang sama Lissa kena kacau dengan Vlad.

BAM!

Tidak semena pintu biliknya terbuka luas. Dan dalam sekelip mata tubuhnya di terpa ke dinding. Bawah lehernya dicengkam kuat.

         "What the hell?"Star angkat kepalanya sebelum bertentang mata dengan pelajar vampire lelaki depannya ketika itu. "Kau dah kenapa Vlad!"bentaknya semasa cuba tepis tangan tu!

         "Apa kau fikir kau cuba buat ha!"marah Vlad tak semena.

          "Dah kenapa!Kau jangan cari pasal dengan aku ya!"

          "Kau tu yang cari pasal dulu!"jerkah Vlad sambil menguatkan lagi tekanan dibawah leher Star.

Berang dengan situasi yang dia sendiri tak tahu apa yang baru berlaku, Star gunakan kemahiran berlawannya untuk menolak Vlad. Kakinya naik menendang perut tu hingga buatkan Vlad terundur ke belakang.

           "Apa masalah kau!Dah la terjah masuk bilik orang tanpa sebab!Lepas tu marah- marah! Gila ke!"bawah tekaknya di gosok perlahan kerana sakit. Kuat betul vampire depannya ini.

           Bersama renungan mata merah vampire lelaki itu, Vlad berkata. "Kau masuk campur urusan aku!"

          Terdiam Star. Elok nak tikam Vlad dengan pancang silvernya terus terbatal. "Kau merepekkan apa ni?"

Vlad berdengus mengejek.

           "Jangan nak buat-buat tak tahu!Satu akademi ni tahu siapa diri kau sebenarnya. Acah bagus dan tunjuk hero macam kau seorang aje yang hebat. Apa kau fikir kau cuba nak buat?Berapa kali aku beritahu kau...urusan Dhampir...urusan Dhampir. Urusan Vampire..urusan Vampire. Jangan masuk campur!Berapa kali aku nak pesan!"

           Apahal mamat ni!!Annoying la pulak. "Jangan masuk campur?Lepas kau takutkan Lissa dan ganggu dia?Dia buat apa sampai kau buatkan dia panik macam tu sekali?...dan kau kena tahu satu hal ni!Tugas aku sebagai Dhampir adalah untuk menjaga keselamatan pelajar dalam akademi ni!Kau sendiri tahu peraturannya kan?Dalam akademi ni vampire tak berhak halang. Kalau dekat luar kau nak buat apa kau buat la!"marahnya.

           Vlad jalan berarak mendekati Star. Dia menyeringai menayang gigi taringnya ke lelaki tu sebab hampir hilang kawalan dek marahnya. "Please la. Jangan berlagak macam kau kisah tentang Lissa. Kau lupa ke kau sendiri berani sakiti dan kurung di dekat bilik bawah tanah hari tu?Lupa?"

           "Sebab aku jalankan tugas aku sebagai Dhampir!"

          "Begitu jugak dengan aku!Aku cuba lakukan tugas aku. Aku bagi kau warning!Berhenti ganggu urusan aku...atau nasib buruk menimpa kita semua. Bukan setakat aku je yang mati...dengan kawan-kawan kau ikut mati!"

          "Jangan kau berani ugut aku Vlad!"

           "Aku tak ugut kau!Aku beritahu kau!Bukan setakat kau aje yang cuba lindungi orang kau!Aku pun sama. Jadi berhenti masuk campur urusan aku dan jauhkan diri kau dari Lissa. "

Mata yang dipejam perlahan-lahan dibuka sebelum termenung memandang ke depan dengan renungan dingin. Semakin terngiang-ngiang suara tu semakin dia nekad mahu melanggar arahan tu. Dia adalah Dhampir pembunuh vampire..mana mungkin la nak dengar kata vampire!

Dan sekarang baru dia faham apa maksud Vlad. Kenapa lelaki itu mendesak tanya siapa Lissa sebenarnya pada hari tu!

Alasan kenapa Vlad cakap macam tu adalah sebab Lissa adalah half-vampire. Bukan vampire sepenuhnya.

Yang mana menjawab persoalan dia selama ini kenapa Lissa makan makanan manusia bukan minum darah seperti vampire yang lain?

Rupa-rupanya Lissa lain daripada yang lain!

Jadi patutlah Lissa menafikan semua tuduhan dia selama ni.

Dia pulak tak percayakan Lissa!

Haish!Serabut!

         "Luka dia tak apa-apa..cuma lebam sikit je."beritahu rakannya yang baru sahaja selesai merawat Lissa. Gadis yang baring tidak sedarkan diri di atas katil itu kemudian di selimutkan.

Star tersentak dari menungnya. Dia pandang ke wajah Lissa yang mata terpejam pula. Tak sangka pulak niat dia nak ekori Lissa boleh berakhir pada pendedahan identiti sebenar gadis tu!

         "Asal kau bawa dia ke sini?Kau tahu kalau ketua dorm tahu kau bawa masuk vampire dalam kediaman kita ni...susah nanti.."tanya Carlus kepada Star.

Sebenarnya tadi selepas Star selamatkan Lissa, Star bawa Lissa ke dorm khas Dhampir. Disebabkan dia tak boleh nak ke rumah Lissa kerana gadis itu tinggal di kawasan larangan Dhampir, terpaksa la dia bawa Lissa ke sini.

Jangan tanya kenapa!

Dia sendiri tak tahu kenapa dia buat semua ni!

          "Kalau kau diam tak ada siapa tahu.."jawab Star dengan grumpy.

           Carlus buat muka. Dia pandang tak faham akan Star. Yalah...setahu dia lah kan..Star ni paling bencikan Lissa. Kalau boleh nak tengok Lissa susah dalam satu hari. Ini tidak...Malah di tolong lagi tu. "Apa kau dah buat Star?"

           Dengusan kecil lepas dari Blade. Dia yang sedang duduk malas di kerusi sebelah jendela bawa kaki naik ke kerusi dan rungkai tali kasutnya. "Aku bunuh Strigoi dekat kawasan larangan.."beritahunya dengan selamba.

            Ternganga terus Carlus. Dia pandang dengan mata terbutang luas. "Kau buat apa?"

            Ya!Dia tahu tak sepatutnya dia lakukan semua tu!Masalahnya Lissa dalam bahaya masa tu!Takkan la dia nak tengokkan aje! "Ada Strigoi cuba cederakan Lissa...aku kebetulan lalu jalan yang sama..nampak.. apa lagi... memang kena la dengan aku.."jelas Star malas-malas.

             "Kau dah hilang akal ke?Kau tahu kan Dhampir tak boleh buat apa-apa dalam kawasan Red Zone melainkan kejadian tu berlaku dalam Blue Zone?"Carlus buat muka tak percaya dengan cerita Star. "Yang kau selamatkan vampire macam Lissa ni kenapa..masalah dia la kalau kena serang ke apa...bukannya dalam akademi pun.."

             "Dah la...kau dah siap rawat Lissa kan..sekarang keluar.."keluh Star kerimasan. Pantang betul bila ada orang meleteri dia! "Banyak pulak soalnya."matanya naik turun perhatikan Carlus.

               "Tengoklah...kalau diberitahu tak nak dengar...nanti kalau apa-apa jadi..kau nak bertanggungjawab ke?"sambil bergerak sambil tu Carlus menggeleng kepala. Kesal akan sikap Star. Sebelum dia keluar dari situ, sempat lagi Carlus tolek ke belakang lantas berkata." Ingat sikit...kita dekat sini sebab nak lindungi manusia dari Zon Biru yang belajar dekat akademi ni je...bukan masuk campur urusan Zon Merah.."

Star perhatikan sahaja langkah Carlus sehingga rakannya itu keluar dari biliknya buatkan suasana dalam bilik itu menjadi senyap. Selepas itu dia bangun dari kerusi. Bajunya yang kotor dengan kesan darah Strigoi ditanggalkan seusai itu dia gerak ke masuk ke bilik air.

К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.
47. Inlove With VampireМесто, где живут истории. Откройте их для себя