🦇Part 59🦇

539 74 8
                                    

Raja dan Permaisuri Vampire pandang Lord Dragomir sewaktu lelaki itu termenung

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.


Raja dan Permaisuri Vampire pandang Lord Dragomir sewaktu lelaki itu termenung. Mereka tahu semuanya kerana mereka boleh melihat lebih ke depan tentang perkara-perkara yang akan terjadi sehari awal sebelumnya. Bukan meramal masa depan tetapi mengetahui suatu kejadian bakal berlaku sebelum ia terjadi.

          "Tak mungkin!"dengan terkejutnya Lord Dragomir menyeru. Lelaki itu pandang kejung akan keluarga diraja tersebut bersama mata terbutang kaku taktala menyedari akan sesuatu.

           "Siapa yang tuan fikirkan tu?"tanya Puteri Maria.

           "Tapi bagaimana?"Lord Dragomir begitu bingung di situ. Dia pandang Puteri Maria. Semua ini tak mungkin. "Saya lihat sendiri yang-"terhenti terus kata-katanya apabila realiti menyentak akal logik dia. Patut la!Patut la pada hari itu dia tidak dapat menghidu bau lelaki tu tapi sebaliknya bau Lissa. Lelaki itu telah menggunakan bau Lissa untuk menyamarkan scent vampire sebenarnya!Kenapa lelaki itu mempunyai aura kuasa Lissa adalah kerana lelaki itu telah menggunakan aura Lissa untuk mengaburi pandangan mata vampire yang lain supaya tiada siapa tahu dirinya adalah vampire!

            "Star Poison."Raja Vampire bersuara. "Itu adalah nama yang Putera Mahkota gunakan untuk menyamar di kalangan Dhampir."

             "Poison?"Lord Dragomir pandang penuh skeptikal. "Bukan ke-"

             "Ya. Betul. Keluarga Poison terkorban kesemuanya sekali. Tiada yang terselamat. Tiada seorang pun. Termasuk anak lelaki mereka. Star Poison yang sebenar sudahpun mati akibat serangan itu. Dan orang yang menggunakan identitinya sekarang ini adalah Putera Mahkota."beritahu Puteri Maria.

             "Tapi macam mana kami-"

             "Kuasa manipulasi."Raja Vampire menyampuk. "Puteri Maria mempunyai kemahiran mengawal dan memanipulasi otak vampire mahupun manusia biasa untuk menyakinkan bahawa Star Poison masih hidup pada malam kejadian itu. Selama 10 tahun itu yang Puteri Maria yakinkan kepada semua orang ianya adalah benar sedangkan semuanya adalah palsu."

Lord Dragomir pandang tergamam akan Raja Vampire. Berasa begitu tertipu dan diperdaya.

              Permaisuri Vampire melentokkan sedikit kepalanya ke kanan. "Jika tuan tahu dimana anak tuan, mungkin tuan boleh menemui Putera Mahkota dengan segera."beritahunya.

              "Adakah anak saya dalam bahaya?Putera Mahkota dia-"adakah rasa sakit yang dirasakan tadi itu datang dari Putera Mahkota?Lord Dragomir semakin resah.

              Permaisuri Vampire cepat-cepat menggeleng kepala."Jangan risau. Lissa tak apa-apa. Kuasa pemulih yang dimiliki olehnya mampu melindungi Lissa dari sebarang kecederaan."

             "Adakah Lissa tahu yang lelaki dia sukai itu adalah Putera Mahkota?"Lord Dragomir bertanya penuh resah.

             "Apa dia?Lissa sukakan siapa!?"ternganga Puteri Maria. Wahh!Mereka berdua tu kan.!

47. Inlove With VampireWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu