🦇Part 56🦇

518 76 0
                                    

         Mak aih gelapnya!Lissa mengedip-ngedipkan mata untuk sesuaikan penglihatan dia di bilik itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


         Mak aih gelapnya!Lissa mengedip-ngedipkan mata untuk sesuaikan penglihatan dia di bilik itu. Star boleh nampak dengan mudah ya?Untung la jadi Dhampir...semua jenis skill boleh dikuasai tanpa menjadi vampire! "Apa kita boleh buat dalam gelap macam ni Star?"sakat dia.

         "Kau rasa?Apa kita boleh buat bila ada dekat dalam bilik kemudian bergelap macam ni?"sakat Star pula.

         Menjegil bulat mata Lissa. Ish!Ke situ pulak Star ni! "Kau dah kenapa?"

         "Tahupun takut. Kalau macam tu, boleh tak jangan tanya soalan obvious?"getus Star kejengkelan.

          Lissa membuat muka hendak mencarut. Ada jugak kepala yang kena pukul dengan kasut dia nanti kang!."Habis tu kau nak aku tanya macam?Kau nak aku berteka teki dengan kau ke?"

Sebenarnya Star tahan aje sabar dengan Lissa sejak tadi. Ikutkan hati mahu saja dia marahkan Lissa. Tapi Star tak sampai hati nak marahkan Lissa memandangkan Lissa baru aje terlepas dari bahaya. Salah dia jugak kerana libatkan Lissa ke dalam situasi yang memang bukan urusan Lissa sejak awal lagi. Tapi itulah, mujurlah dia sempat datang masuk campur pertemuan Lissa dengan pekedai vampire.

         "Kalau kita guna lampu, orang boleh nampak kita dumbass!"tiba di depan sebuah meja bulat Star lepaskan tangan Lissa hanya untuk bawa tangan gadis itu memegang tali pinggang di baju uniform Dhampirnya. "Jangan lepaskan. Kau hilang aku tak cari.."pesannya.

         Gerun mendengarnya, Lissa pegang kuat tali pinggang Star. Cuba nak proses apa yang berlaku di sekelilingnya. "Apa kau cuba lakukan dari tadi ni?"serius beritahu, Star tak ceritakan apa-apa kepada dia tentang apa yang lelaki ini hendak lakukan. Dia hanya ikut saja sejak tugas dia untuk dapatkan darah selesai.

          "Bilik sihir. Dalam akademi ni ada satu bilik yang mempunyai pendinding yang kuat. Sihir Penjejak ni memerlukan satu siri kuasa yang kuat untuk jayakan fungsi dia. Cuma bilik ni je yang aku tahu boleh bantu kita gunakan sihir tu nanti."Star angkat meja bulat itu lalu di letakkan ke tepi. Mendedahkan satu lantai yang ditutup dengan karpet.

           Lissa dekat belakang Star makin bingung. "Macam mana kau boleh tahu semua ni?"Selama tiga tahun dia dalam akademi, tak pernah sikit pun dia tahu tentang selok belok akademi. Sementara Star, boleh pulak berlagak macam lelaki ni dah ada dalam akademi ni sejak lama dulu sampai tahu segala benda!

           Star tidak menjawab. Lelaki itu terlalu fokus dengan kerjanya. Karpet tadi di alihkan ketepi. Satu pintu rahsia menghala ruangan bawah bilik tu.. Buka sahaja pintu petak itu, dia dapatkan Lissa dan bawa gadis itu ke lubang tersebut. "Turun sekarang.."

           "Hah!Kau gila?Gelap tu!kalau ada labah-labah ke ular ke macam mana?"rengek Lissa cepat-cepat mencengkam bahu Star. "Aku tak nak!"

            "Jangan nak mengada-ngada. Turun cepat. Aku tak ada masa nak dibuang.."gesa Star cuba menolak Lissa ke lubang gelap gelita itu.

           Cepat-cepat Lissa lingkarkan tangannya ke sekeliling leher Star, bergayut di badan itu. "Tak nak!Please.kau suruh aku apa aje. Jangan turunkan aku ke situ!"rengeknya sambil menggeleng kepala.

Bergetar tulang rusuk Star rasakan setiap kali Lissa menyentuhnya. Dia betul-betul sedang bergelut mengawal dirinya saat itu.

           "Ugh!Lissa!"ngerang Star cuba menurunkan tangan gadis itu dari lehernya. "Tak ada apa-apalah..."bahang pada badan Lissa boleh dia rasakan setiap kali kulit gadis itu bersentuhan dengannya.

           "Kalau macam tu kau aje la yang turun dulu."Lissa bergelut dalam pelukannya di badan Star waktu itu. Macam mana kalau Star bawa dia ke situ untuk dijadikan sebagai blood sacrifice atau something like that?Dia tak nak mati awal-awal!Hidup dia masih panjang lagi!TIDAK!!!!

            Seriously!Star mengerang kejengkelan sebelum berdengus kasar. "Fine. Sekarang angkat kaki kau. Lingkarkan dekat sekeliling pinggang aku.."arahnya. Perempuan ni betul-betul bahaya untuk badan dia tau tak!

            "Beritahu aku, apa salah aku di masa lampau   sampai kena hadap semua ni dengan lelaki paling menjengkelkan dekat muka bumi ni macam kau ni Star!"bebelnya saat lompat ke badan Star dan lakukan sepertimana lelaki itu arahkan. Tapi Star tak pegang dia langsung, buatkan Lissa terpaksa peluk dengan kemas pada pinggang tu.

             Sama!Dia jugak nak tanya soalan yang sama. Ramai-ramai manusia dekat muka bumi ni kenapa Lissa jugak yang bersangkut paut dalam hidup dia?Tak kira la sejauh mana dia cuba larikan diri dan elakkan diri, Lissa jugak yang dia cari!Sebenci mana dan tak suka macam mana sekalipun, dalam kepala dia ni cuma ada nama Lissa seorang!"Jangan bergerak."bisik Star di tepi kepala Lissa sewaktu gadis itu merehatkan dagu di bahu kirinya. Dia atur langkahnya ke lubang rahsia itu lalu turunkan kaki terlebih dahulu kerana ada tangga kecil disediakan di situ.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
47. Inlove With VampireWhere stories live. Discover now