🦇Part 17🦇

660 86 2
                                    

          "Banyaknya kau makan Norah,manis semua tu kan

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

          "Banyaknya kau makan Norah,manis semua tu kan..."Lissa tengok pinggan makanan Norah yang penuh di tapak tangan gadis itu.

Saat itu, mereka sedang berdiri di depan fountain coklat yang dijadikan untuk manisan bagi strawberry, kek, marshmelow dan beberapa lagi snek ringan yang boleh di cicah ke dalam coklat di situ.

            "Relaks la Lissa. Bukan selalu lagipun mama aku selalu control aku makan dekat rumah...kalau bukan sekarang bila lagi aku dapat merasa makanan sedap macam ni."

Lissa tersenyum sambil menggeleng kepala tak percaya.

             "Memanglah..kalau ya jangan banyak sangat..nanti tak memasalh sakit perut pulak..."ujarnya. Namun senyumannya memudar bila naluri vampire di sapa dengan perasaan seakan ada yang memerhati.

Cepat-cepat Lissa palingkan kepala ke arah yang dia rasakan dari mana datangnya perasaan tu. Toleh sahaja ke tepi, Lissa terpandang kelibat belakang seorang lelaki berjalan pergi dari situ. Perasan yang lelaki tu orang yang dia kenal, Lissa terus berkerut kening sebab kehairanan.

Bukan ke itu-

              "Kau nak ke Lissa.."sua Norah tiba-tiba di depan muka Lissa.

Terkejut Lissa lepas tu. Dia pandang strawberi yang dah di cicah dengan coklat itu lalu ke Norah.

              "Tak apa. Kau makan la dulu. Aku nak ke tandas sekejap." pamitnya.

               "Hah..tandas?Oh..okay. Kau pergi pintu dekat hujung sebelah kiri. Bilik air dekat kanan kau lepas tu."beritahu Norah.

                "Okay...thanks."ucap Lissa semasa jalan ke arah dimana lelaki lampai tu pergi. Dia yakin sangat mata dia tak salah tengok.

Lelaki tu sama macam pelajar lelaki yang sering bertembung dengan dia dekat akademi. Lelaki yang bercakap dengan dia melalui fikiran!Yang bermakna pelajar lelaki tu adalah Seorang vampire yang mempunyai kuasa untuk membaca fikiran orang lain!

Kalau betul la lelaki tu adalah pelajar lelaki yang dia sangkakan, macam mana seorang Vampire boleh tembus masuk ke Zon Biru tanpa tertangkap.

Tidak lama dia berjalan di celah tetamu di situ, Lissa menemui kelibat lelaki tu. Ingatkan dia nak mendekat Tetapi suara orang bercakap yang ada di sekelilingnya buat dia hilang focus sehingga la dia dengar perkataan Strigoi. Kaku terus Lissa lepas tu. Dia diam seketika sambil pandang belakang badan lelaki lampai yang berada tidak jauh dirinya di hadapan.

        "Berita dah sampai dekat kumpulan tu mereka memang dah hantar orang untuk siasat kes pecah masuk Strigoi ke dalam Blue Zone."

          "Ada yang tertangkap ke?"

          "Belum...ketua guardian dan Dhampir sendiri cakap mereka masih siasat hal ni..."

           "Bagus buat masa ni kita kena hati-hati kalau tidak mahu tertangkap."

47. Inlove With VampireKde žijí příběhy. Začni objevovat