🦇Part 21🦇

694 91 4
                                    

       "Seperti yang aku agak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


       "Seperti yang aku agak. Nampaknya kuasa aku tak mempengaruhi fikiran kau?"

Ahh!What the-!

Tersentak mendengar suara itu, dengan pantas Lissa berdiri tegak dan bersandar ke dinding tempat dia berdiri sejak tadi. Lantas bertentang mata dengan renungan dingin milik Vlad. Nafasnya tertahan dan secara refleks tangan dia naik menekup mulut.

Bila lelaki ni berada depan dia?

Kenapa dia tak boleh nak kesan kehadiran Vlad?

        "Vlad.."ketap Lissa dengan perlahan.

        "Lissa.."

       "Apa awak nak dari saya?"mata Lissa naik turun meneliti tubuh vampire depannya. Sesuatu tak kena dengan Vlad. Dari awal lagi Lissa perasan tapi tiada perkataan yang boleh menggambarkan istilah yang dia sedang rasakan.

        Hujung bibir Vlad terjungkit melihat Lissa menutup mulut. Dia jalan menghampiri Lissa lalu meletakkan tangan di dinding sebelah kepala tu sebelum berkata. "Aku tahu apa kau cuba buat.."

       Kening Lissa berkerut. "Apa maksud awak?"

       "Kau tahu...even kau half vampire, kau masih ada kuasa untuk control body odor kau supaya tak terdedah dengan anasir luar?" hidung Vlad merapat ke tepi muka kanan Lissa. Menghidu bau dari tubuh itu. "Tapi kau pilih untuk tidak menyamarkan bau badan kau ni"

        What the-Macam mana Vlad tahu dia half vampire? "Apa awak kata?Half vampire?Siapa?Saya?"

       "Yalah..siapa lagi dekat sini kalau bukan kau?"

        Semakin bingung Lissa kerananya. Dia takkan nafikan atau iakan kenyataan tu. Sebab selain Maria tiada siapa tahu latar belakang dia yang sebenarnya. "Kuasa apa yang awak cuba katakan ni hah?Kalau awak nak merepek dekat sini...baik awak berhambus Vlad.."tanpa berlengah Lissa tolak diri dari bersandar kemudian mula berjalan untuk pergi dari situ.

        "Tsk!Tsk!Tsk! Not that fast princess..."

Vlad dengan cekap sekali mencengkam pergelangan tangan Lissa dan menarik semula tubuh itu kemudian di sandarkan ke dinding dengan kasar.

Umph!Lissa berkerut kening menahan sakit taktala badannya bersandar kuat dengan mengejut dibuat tindakan Vlad itu.

        "Beritahu aku...apa yang kau tahu tentang event di dewan Blue Zone semalam?"bisik Vlad.

         "Dah kenapa dengan awak ni!Lepaslah!"gelut Lissa mula ketakutan. Dia tak suka dengan Vlad. Lelaki vampire depan dia ini memberi aura berbahaya kepada dia. Buatkan nalurinya bergelojak minta untuk dia larikan diri dari situ secepat mungkin..

        "Jangan nak berdalih.Aku tahu kau ke situ mesti bersebab. Beritahu aku sekarang!"deram Vlad dengan bengis di depan muka Lissa.

Apa yang Vlad sibukkan sangat ni?Memangnya event malam tadi kenapa?Dia ke situ kerana Norah. Dan tiada apa-apa yang berlaku selain perbualan aneh yang dia dengarkan.

47. Inlove With VampireWhere stories live. Discover now