🦇Part 58🦇

532 69 3
                                    

Jatuh melutut Lord Dragomir!

Desisan seperti orang dalam kesakitan lepas dari bibir tanpa diduga.

Sambil memegang bahu kirinya, mata dia terpejam rapat seakan mahu pitam. Nafas yang di atur juga kencang.

           "Tuan.."seorang pengawal turut melutut sebelah kaki di tepi Lord Dragomir. "kenapa ni?"

Perlahan-lahan Lord Dragomir membuka mata lalu angkat kepala memandang ke depan. Melihat persekitaran Istana Agung Vampire Diraja.

          "Sesuatu berlaku pada Cik Lissa ke?"bisik pengawal di samping Lord Dragomir sewaktu lelaki itu memimpin Lord Dragomir bangun semula.

           "Darah Lissa...telah disentuh."beritahu Lord Dragomir dengan kesal. Rahangnya berketik menahan sabar. Siapa yang tak guna sangat dah sentuh anak perempuannya ini!

          "Tuan mahu saya dapat cik Lissa dengan segera ke?"

           Lord Dragomir menggeleng kepala. "Jangan. Bukan sekarang. .Kita perlu menghadap Raja terlebih dahulu. Kalau kamu tiada di samping saya pada saat begini Raja akan salah faham." dalam seribu manusia hanya 10 orang sahaja yang boleh menemui keluarga diraja vampire. Sejak kejadian 10 tahun yang lalu terjadi, sejak itu keluarga diraja tidak pernah tunjuk diri secara public di depan ramai orang kerana faktor keselamatan. Jadi hendak menemui mereka perlu sentiasa berjaga-jaga dan tidak mencurigakan. Khuatir silap langkah kepala mereka jadi bayarannya.

           "Baik tuan."angguk pengawal itu sebelum berundur ke belakang dan masuk dalam barisan bersama pengawal yang lain.

Setiba mereka di pintu gerbang besar menuju balairung, pengawal vampire yang menjaga pintu itu gerak membukanya untuk membenarkan Lord Dragomir masuk ke situ.

Berarak Lord Dragomir jalan ke arah singahsana dimana Raja, Permaisuri dan Puteri Mahkota sedang duduk. Kelima-lima pengawal berada di belakangnya.

          "Selamat sejahtera tuanku."tunduk Lord Dragomir sewaktu melutut sebelah kaki di atas lantai menghadap vampire paling digeruni satu alam vampire ini. Raja yang telah hidup selama beratus tahun lamanya.

           Raja Vampire atas singahsana menundukkan pandangan ke lantai dimana Lord Dragomir berada. "Long time no see Lord Dragomir. Kali terakhir beta menemui kamu adalah hari dimana kamu membawa isteri dan anak manusia kamu menghadap beta.."

          Lord Dragomir pandang lantai di depannya.  "Maafkan hamba yang hina ini kerana datang tidak jemput menghadap tuanku secara tiba-tiba begini."

           Permaisuri Vampire yang ada di samping raja menarik senyuman lebar di bibir. "Pasti ianya hal penting, jika tidak mana mungkin tuan akan datang ke sini menemui kami..."

Puteri Maria menopang tepi pipi memandang tidak berminat ke Lord Dragomir.

           "Tujuan saya ke sini menghadap tuanku adalah hendak menyampaikan bahawasanya peperangan sedang tercetus di Daerah Selatan GunHill. Seramai dua ribu Strigoi membuat serangan hendap untuk memusnahkan tugu penanda sempadan Zon Merah. Keadaan juga genting kerana tugu yang dimusnahkan tidak dapat dipulihkan dalam masa terdekat."

Raja Vampire mendengar dengan teliti.

           "Vlad dan beberapa lagi pasukan vampire telah dikerah untuk membantu pertahankan sempadan yang dirosakkan oleh Strigoi...tetapi tenaga tentera Strigoi lebih kuat dari yang dijangkakan. Untuk itu saya memohon jasa baik tuanku untuk memberi bantuan ketenteraan kepada pasukan High Council dengan segera."

           "Beta tahu..."Raja Vampire menyilang kaki saat duduk sondong sedikit ke depan. "Malah sangat jelas dengan isu ini...tetapi beta tidak boleh melakukan apa-apa tindakan sekalipun kamu melutut rayu kepada beta..."beritahunya dengan senyuman nipis di bibir.

           Tersentak kepala Lord Dragomir. Dia dongak memandang ke atas singahsana. Betul ke apa yang dia baru dengarkan tadi!? "Mengapa tuanku?Adakah tuanku membencikan saya?"

Permaisuri Vampire pegang tangan Raja Vampire. Memberi isyarat kepada suaminya. Yang mana difahami oleh Raja Vampire serta merta. Mungkin sudah masanya Lord Dragomir tahu. Agar lelaki ini tidak terus menerus salah faham.

            Lelaki berjambang nipis sekitar mulut dan dagu itu menarik senyuman nipis di bibir. "Kuasa ketenteraan kini bukan berada di dalam tangan beta. .Tetapi sebaliknya, berada di dalam tangan Putera Mahkota beta. Hanya arahan dia sahaja dapat mengaktifkan para tentera beta untuk berperang."

            Menahan nafas Lord Dragomir waktu itu. Keningnya perlahan-lahan terangkat tinggi. "Pu-putera mahkota?"sebutnya kerana tidak percaya. Bergurau ke apa ni?

           "Ya..benar. Putera Mahkota beta. "

            Sejak bila Raja Vampire mempunyai putera?   "Ma-maafkan saya kerana tidak tahu bahawa tuanku mempunyai putera selain Puteri Maria."selama beratus tahun dia hidup tidak pula dia tahu mengenai hal ni.

            "Hahaha...ya. Kami mempunyai dua orang anak kembar. Puteri Maria adalah second born. Dan kembarnya adalah first born. Disebabkan faktor keselamatan kami merahsiakan identitinya sehingga sekarang."beritahu Permaisuri Vampire dengan tawa halus.

           "Kalau begitu, izinkan saya untuk minta tuanku  menyampaikan permintaan saya kepada Putera Mahkota."

            Puteri Maria berdengus kecil lalu menjuling mata tak percaya. Minta macam senang aje kan. Nak berurusan dengan kembarnya itu ibarat mencungkil makanan di celah gigi. Degil dan suka untuk di tangani. "Ianya tidak semudah itu Lord Dragomir. Putera Mahkota itu tidak akan turutkan kata sesiapa kecuali dia mahu lakukan hal tu.."

Lord Dragomir memandang Puteri Maria pula. Keningnya berkerut-kerut.

           Raja Vampire turunkan kaki yang disilangnya ke bawah lalu sandar selesa ke belakang. Memandang wajah terdesak Lord Dragomir dengan senyuman di bibir. "Bertahanlah Lord Dragomir. Beta tahu tuan boleh harungi serangan mereka ini..."

          Puteri Maria pandang ke Lord Dragomir lantas berkata. "Kami mahu membantu, tetapi keadaan tidak mengizinkan kami berbuat begitu. Beta harap Lord Dragomir faham."

          "Kalau begitu apa yang patut saya lakukan?Takkan saya nak tunggu dan lihat saja?"Lord Dragomir hampir hendak mengaum di situ kerana hilang sabar dibuat sikap tenang keluarga diraja depannya saat itu. "Beritahu saya, bagaimana saya hendak temui Putera Mahkota?"

          "Rasanya tuan tahu siapa dan bagaimana hendak menemuinya."beritahu Puteri Maria dengan renungan penuh maksudnya. "Tuan sudahpun menemuinya...tanya mereka yang ada di belakang tuan itu."

Para pengawal Lord Dragomir tersentak dari ekspresi dingin mereka bila diri mereka diungkit dengan Puteri Maria. Kenapa mereka pulak yang ditundingnya!Mereka sendiri pun baru tahu adanya Putera Mahkota, celah bila pulak mereka bertemu dengan vampire tu!

Lord Dragomir termenung seketika. Dia diam memandang ke satu arah cuba mengumpul rasionalnya.

 Dia diam memandang ke satu arah cuba mengumpul rasionalnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
47. Inlove With VampireWhere stories live. Discover now