🦇Part 68 🦇

517 69 0
                                    

Keadaan semakin serius

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Keadaan semakin serius. Beberapa daerah telah berjaya di tawan oleh Strigoi. Kebnyakan mereka yang tinggal di kawasan Zon Merah sudahpun berpindah keluar sejak beberapa hari yang lalu ke Tanah Seberang. Jadi apabila rusuhan dan peperangan terjadi, kebanyakan rumah telahpun kosong dan tiada penghuninya. Jumlah kematian atau mangsa yang terkorban tidak terlalu banyak.

Namun Vladimir mengalami kekurangan pahlawan untuk memerangai Strigoi yang semaki lama semakin banyak menghuni kawasan Zon Merah. Hampir keseluruhan tempat telah dijarah sepenuhnya dengan musuh. Tingga berbaki kawasan tertentu sahaja yang masih belum berjaya di cerobohi kerana faktor keselamatan yang tinggi di tempat itu.

Klaus berdiri di samping Vladimir, memberi tunjuk arah pada ketuanya di atas permukaan peta Zon Merah. Hampir setiap inci peta itu telah di tanda dengan pangkah merah.

          "Kita tak boleh bertahan dengan lama lagi..."keluh Vlad dengan renungan letih. "Mereka hampir melepasi sempadan Timur, sementara High Council akan dikepung tak lama lagi. Kalau kita pertahankan High Council, sempadan antara Tanah Seberang bakal dalam bahaya, kalau kita pertahankan Sempadan Timur, High Council Vampire Tertua takkan dapat bertahan lama.."

          "Aku dan beberapa orang lagi sedang sedaya upaya kawal keadaan tapi kita orang tak boleh terus menerus gunakan kuasa sihir tanpa henti sebab ianya akan memakan diri kita orang sendiri.."jelas Klaus.

Vlad pun memejamkan mata. Dia cuba fikirkan sesuatu untuk hentikan semua ini dalam satu masa yang sama dengan serentak. Maksudnya dia hapuskan semua Strigoi ni begitu saja.

           "Kita perlukan Dhampir untuk sama-sama bertarung di samping kita Vlad.."ujar Klaus.

            "Star tak izinkan mereka masuk campur. Lagipula mereka adalah manusia biasa, masalah kita bukan urusan mereka..."mata yang dipejam tadi di buka perlahan sebelum Vlad berpusing ke arah pintu besar bangunan High Council. Lobi Utama bangunan yang telah mereka kawal supaya tidak di tembusi dengan Strigoi sejak beberapa hari yang lalu.

           "Tapi sam-"terhenti terus kata-kata Klaus apabila dia melihat ke depan pada masa yang sama selepas Vlad berpusing. Dia tidak menyangka mereka akan bertembung dengan Ketua Vampire Tertua High Council pada waktu genting begini.

            "Lord Dragomir."tunduk Vlad memberi hormat.

            "Adakah kamu sibuk?"Lord Dragomir memberi senyuman nipis kepada Vlad.

             Lantas Klaus memalingkan kepalanya ke samping. Memandang tepi muka Vlad. "Kita perlu ke lapangan dengan segera."beritahu dia.

            "Kau kumpulkan yang lain, tunggu aku dekat laman."pesan Vlad perlahan.

Lord Dragomir tunggu dengan sabar. Dia perhatikan saja perbualan dua orang sahabat itu.

            "Baik."angguk Klaus sebelum beri tunduk minta diri kepada Lord Dragomir lantas berlalu keluar dari pintu.

47. Inlove With VampireWhere stories live. Discover now