🦇Part 61🦇

523 69 8
                                    

           "Alah-alah

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.


           "Alah-alah....asal lembab sangat ni?Kau bangun lepas tu merangkak dari hujung ke hujung sana."arah pelajar perempuan berambut pendek seperti lelaki itu kepada pelajar junior di lantai cafeteria.

Pelajar junior perempuan itu sedang merangkak atas lantai dalam keadaan basah selepas makanan dan minuman di tuang ke atasnya.

Dan pelajar itu adalah vampire yang miskin.

          "Sebab itu, kalau dah sedar diri tu miskin jangan berlagak nak belajar dalam akademi ni..."seloroh pelajar perempuan tu semasa angkat kaki hendak menginjak belakang badan pelajar junior tersebut. Senyuman jahat terukir di bibirnya ketika.

Seinci sebelum kasut itu hinggap ke badan itu, pintu cafeteria terbuka. Tiga orang pelajar lelaki beruniform serba lengkap yang segak berjalan masuk ke tempat itu. Menarik perhatian pelajar yang ada dalam cafeteria.

Tiga orang itu berjalan dengan lagak mendabik dada masing-masing dan reaksi dingin yang tersendiri di wajah masing-masing. Seorang berambut hitam pendek, berkaca mata. Seorang berambut panjang paras bahu Tetapi diikat pony tail pendek ke belakang. Seorang lagi berambut perang gelap.

Bila tiga orang itu melewati tempat dimana pelajar buli berada, mereka berhenti seketika lalu pandang akan pelajar perempuan berambut pendek tu.

          "Hai babe..."sapa pelajar perempuan tu kepada salah seorang pelajar lelaki tu.

           "Mangsa kau lagi?"soal pelajar lelaki bercermin mata tersebut.

Dua orang itu merupakan pasangan kekasih yang sangat terkenal dalam akademi itu. Masing-masing mempunyai perangai yang sama. Iaitu membuli.

Si gadis bernama Carrie Winter, pelajar tahun akhir dan manusia biasa yang suka buli pelajar manusia

Si teman lelaki bernama Darren Howler, Seorang vampire yang suka buli vampire lain untuk diminum darahnya atau darah teman wanitanya sendiri...

Dan Carrie tahu Darren adalah vampire. Dua orang ini telah bersama sejak tiga tahun di akademi itu.

Kaki buli Akademi St. Vladmir yang rasmi.

Carrie bersama dengan Darren sebab nak kuasa supaya tiada siapa berani lawan dia, Darren pulak terima Carrie sebab dapat sumber darah free.

Semua orang dalam akademi tahu tu.

Ruangan berbilik kaca yang ada di depan mata dia pandang dengan renungan tidak suka. Sudah dua jam dia tunggu mereka yang ada di dalam bilik kaca tu siapkan kerja. Tapi terlalu lembab sangat sampaikan jumlah tentera yang dia mahukan masih tidak mencukupi sehingga sekarang.

       "Boleh tak buat kerja tu cepat sikit!Apa susah sangat nak bagi dia orang ambik darah tu?"bebel Carrie mencekak pinggang di depan semua pekerja-pekerja dalam lab rahsia mereka.

47. Inlove With VampireDove le storie prendono vita. Scoprilo ora