🦇Part 84🦇

586 69 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tick!

Tock!

Tick!

Tock!

Pendulum dalam jam gantung di dinding atas perapian berhayun kanan dan kiri mengikut rentak jarum panjang taktala ia berhenti tepat di nombor dua belas. Menandakan waktu sudahpun masuk tengah malam.

Dan api diperapian marak membakar kayu api yang dilonggok dalam tempat itu. Menghasilkan suhu hangat untuk bilik rehat diraja. Selain cahaya dari api perapian, sebuah pelita menyala atas almari sebelah kerusi dimana satu susuk sedang duduk bersandar pada kerusi mahogany disebelah.

Krit!

Krit~

Krit~

Bunyi kerusi berkeriut kedengaran setiap kali ia digoyangkan depan ke belakang dengan perlahan oleh yang duduk di atasnya.

Detik demi detik berlalu, keadaan bilik itu berlanjut begitu untuk seketika. Sehingga pintu terbuka dan seseorang berjalan masuk ke dalam lantas berdiri di hadapan orang yang sedang duduk berehat pada kerusi goyang tadi.

         "Tuanku..."sapa Vlad. Lelaki itu berdiri dengan kedua-dua tangan ada di sisi. Mata vampire dia merenung tepat akan wajah bakal raja di depannya. Mata itu terpejam Namun kening berkerut. Jelas beritahu lelaki depannya ketika ini dalam keadaan mood yang terganggu. "Maaf sebab lewat."

Mata yang terpejam itu pun terbuka. Sepasang anak mata golden terarah pada Vladimir.

          "Saya dimaklumkan tuanku hendak bertemu dengan saya, ada apa-apa yang tuanku perlukan?"

          "Ya. Ada sesuatu yang aku perlukan dari kau.... dan hentikan formality kau..ianya menjengkelkan aku."angguk Putera Mahkota Micah dengan tiada mood dia.

Vlad tunggu selepas dengar. Dia nak tanya tapi naluri dia beritahu jangan bersuara. Jadi dia diamkan diri sambil membalas renungan dingin Putera Mahkota Micah. Lain macam betul angin Micah malam ni?Sesuatu dah berlaku ke?

           "Sebelum tu, aku nak kau tahu. Apapun yang aku akan tanyakan pada kau nanti, aku titahkan kau untuk berkata benar."arah Putera Mahkota Micah.

         "Baik tuanku."akur Vlad tanpa sebarang bantahan.

         "Kau bonding dengan Lissa bukan?Jadi kau mesti tahu apa yang berlaku pada dia selepas aku arahkan kau untuk lupuskan ingatan Lissa tentang aku?"

Dah kenapa tanya tentang hal tu pulak?

          Dari situ Vlad sudah mula diserang rasa tak senang. Dia pandang Putera Mahkota Micah dengan nafas tertahan tanpa sedar. Dia terkejut kerana dia ingatkan, Micah tidak akan bertanya mengenai hal tersebut. "Ya."angguknya.

          Bersama renungan bengangnya, Putera Mahkota Micah duduk tegak dari sandarnya lalu merehatkan lengan atas arm rest kerusi goyang tersebut menyondong ke depan. "Did you really done it?"

47. Inlove With VampireWhere stories live. Discover now