🦇Part 22🦇

643 89 4
                                    

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.



Taktala langit malam gelap dan kebanyakan mahluk lena dibuai mimpi, Ada kehidupan lain yang aktif pada waktu begini. Bergerak dalam gelap dan misteri.

Kawasan akademi sudahpun gelap gelita. Tiada sebarang petunjuk yang tempat itu berpenghuni lagi-lagi jam sudahpun masuk 3 pagi.

Namun begitu tidak lama kesunyian di kawasan tersebut, muncul beberapa kelibat jalan dalam keadaan gelap merentasi kawasan laman berumput akademi. Berjalan dengan rentak yang seragam walaupun berjarak antara satu sama lain. Penampilan juga sama dan satu uniform yang sama.

Berpasang-pasang mata berwarna biru dan kuning keemasan dapat dilihat dalam gelap ketika itu.

      "Siang belajar malam memburu...agaknya sampai ke sudah kerja yang master beri takkan pernah siap.."

       "Kau belum settle sikit pun tugasan kau?"

       "Kau rasa?"

        "Jangan merungut...nama pun pelajar. Lagipun Dhampir macam kita dapat pengecualian. Kalau buat cemerlang tak buat cukup-cukup makan."

        "Ahh...semua ni buat aku rasa jengkel sebab kena bekerjasama dengan senior yang masing-masing perasan diri mereka tu bagus.."

          "Hahaha...chill. Jangan cakap kuat sangat. Kalau dia orang dengar susah kau nanti."

Perbualan mereka itu berterusan sehinggalah mereka tiba di hadapan sebuah pintu kayu gergasi di belakang bangunan menara akademi. Seorang daripada mereka maju ke hadapan lantas membuka pintu kayu itu ke dalam sebelum seorang demi seorang berjalan masuk menerusi laluan berbentuk bulatan seakan terowong.

Detap!

Detap!

Detap!

Tumit kasut combat bergema sepanjang perjalanan itu sewaktu mereka menuruni tangga untuk ke bilik bawah tanah pangkalan rahsia mereka.

         "Kenapa kita kena panggil secara mengejut macam ni?"

         "Kau tak tahu ke?"

         "Tahu apa?"

          "Geng vampire Lord Dragomir panggil Ketua Dhampir Leo nak bincangkan sesuatu.."

          "Pemerintah tertinggi Bangsa Vampire?Serius  la?"

Waktu itu Star yang berada di hadapan barisan mereka berlima itu hanya dengar tidak menyertai perbualan tersebut.

          "Isukan hal apa?"

          "Aku dengar ianya mengenai Strigoi."

          "Adakah ianya berkaitan dengan kes Lissa tempoh hari, Star?"Carlus dekat belakang bersuara tidak semena.

47. Inlove With VampireDonde viven las historias. Descúbrelo ahora