🦇Part 63🦇

531 69 0
                                    

Pintu rumah di tolak ke dalam sebelum suis lampu dekat tepi dinding di hidupkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pintu rumah di tolak ke dalam sebelum suis lampu dekat tepi dinding di hidupkan. Lissa pandang sekeliling rumahnya dengan renungan rindu. Terbayang akan kelibat mama dia ke hulu dan hilir ruangan melakukan sesuatu. Bau wanita masih berlegar-legar sekitar.

         "Menungkan apa lagi...cepatla pack barang kau..."sentak suara tidak menyenangkan dekat belakang tiba-tiba diikuti dengan bunyi pintu di tutup.

Dasar lelaki parasit!

Entah-entah Dhampir dalam akademi dia ni bukan manusia. Kalau Star itu vampire, ini bermakna mungkin ada yang menyamar sama seperti Star.

Something fishy around here!

Lissa dengan bengang memalingkan kepala ke balik bahu. Keningnya mencerun akan dua lelaki yang sedang berdiri di belakangnya.

        "Kenapa aku kena pack barang?Rumah aku dekat sini?"Lissa mencekak pinggang. menghadap Carlus dan Ezra. Dua minion yang diarahkan oleh Star untuk mengekori dia pulang. Lelaki tu lesap entah ke mana!Dasar kacang lupakan kulit. Lepas susahkan hidup dia dekat sini bolehnya Star lepas tangan!

         "Termenung lagi?Ke awak nak saya tolong pack pakaian awak?"tegur Ezra pula.

          Lissa pandang dua orang itu silih ganti sambil      mengetap gigi. Tahan diri dari memaki mereka berdua. "Rasanya dekat sini tak ada yang pekak kan?Atau yang lembab sampai tak boleh nak faham apa yang aku tanyakan tadi?"

          Carlus berdengus kecil. "Kau nak duduk sensorang sangat ke dekat sini?Time macam ni?"bingkai gambar di dinding kanan mereka dia teliti dengan minat. Hanya ada mama Lissa dan Lissa sahaja di setiap gambar di situ. Tiada kelibat si ayah langsung.

          "Apa kau cakap kan hah?Time macam ni?"Lissa perhatikan gerak geri dua orang itu silih ganti kerana mereka masing-masing sibuk menilik itu dan ini sekitar ruang tamu tu. Macam ni gayanya takkan dia izinkan mereka jejak kaki ke bilik tidur!

          "Yalah...dalam keadaan genting macam ni"Carlus jalan perlahan-lahan mengelilingi Lissa. Buat gaya seperti mahu menakut-nakutkan gadis itu. "Strigoi merayau-rayau...entah-entah pelesit pun ada sekali...kau duduk sini sensorang...apa-apa jadi tak ada siapa yang tahu....and then BOO!"sergahnya selepas itu.

           Melompat Lissa dibuatnya.Dia palingkan kepala ke Carlus dengan kening mencerun geram. "Ish!Buat peranjat aku je la!"dipukul lengan Carlus dengan kuat. Tak guna betul!Macam tahu-tahu dia berhati tikus. Bolehnya nak takut-takutkan dia macam tu!

           "Hahah...takutkan...hah. Sebab itu kau kena stay dengan kita orang dekat Asrama Dhampir."beritahu Carlus. "Bukan setakat ada abang handsome je...kau ada Ezra ni hah jadi kuli kau?Tak nak?"

            Lissa mencebik benci. Suka hati.    "Banyak-banyak tempat tak ada tempat lain ke untuk aku tinggal?"sungutnya semasa berpusing untuk ke arah tangga. Hairan betul...rasanya tempat itu la paling berbahaya untuk dia berada. Terutama si Star!

           "Kau tahu...tempat paling selamat adalah tempat paling berbahaya.."seloroh Ezra jalan mengekori Lissa dari belakang.

          "Eh..eh..siapa suruh ikut?Stay dekat situ.."beritahu Lissa berpaling memandang ke belakang. Haish!Kalau bukan Star, kawan-kawan lelaki tu. Dua-dua menyemakkan dia.

         "Jangan risau...saya hanya ikut.. Awak boleh packing dengan tenang."beritahu Ezra menonong ke depan begitu saja ibarat rumah itu rumahnya. Buatkan Lissa tercengang tak percaya.

Sepatutnya packing baju tak ada la ambil masa yang lama sampaikan sejam tak siap-siap. Disebabkan ada dua minion yang jenisnya tak reti duduk diam, asyik nak selongkar itu la ini la macam budak kecik ADHD, Lissa terpaksa mengemas beg pada masa yang sama menghadap dua orang itu.

Penat!

Itulah perkataan yang boleh digambarkan selepas dia selesai pack semua pakaiannya.

           "Dah siap?"Ezra muncul dengan topi bertelinga arnab di kepala selepas keluar dari bilik baju Lissa. Lelaki itu la yang dari tadi usik itu dan ini seperti tak pernah Nampak benda.

          "Apa kau buat pulak tu!Tanggalkan topi aku  sekarang.."bebel Lissa semasa menurunkan bagasi dari katilnya. Haih!Nak marah tapi kena sabar!

Carlus dapatkan bagasi Lissa lalu diangkatnya dengan mudah. "Dah pack semua yang penting?"tanya dia sambil tu.

Lissa mengangguk kepala.

          "Kenapa..kan comel...tak comel ke?"agah Ezra sambil memicit hujung topi itu hingga buatkan telinga arnah itu bergerak-gerak.

           Untunglah comel. Tapi kesian dia tak tertarik nak balas apa lagi beri komen! "Cepatlah!Tadi suruh orang cepat kan.."Lissa tunduk mencapai beg kecil yang dipack dengan toiletry.

Namun baru sahaja Carlus pijak lantai bilik itu, sense detector dia mengesan satu kehadiran asing apabila bulu roma belakang tengkuk dia tegak semacam. Hal itu buatkan dia berhenti hanya untuk toleh ke Lissa.

           "Ezra.."panggil Carlus.

           "Tahu.."Ezra menjawab terlebih dahulu sebelum Carlus sempat jelaskan apa yang hendak disampaikan. Dia dengan tiba-tiba tarik Lissa ke tepi.

Terundur-undur Lissa kerana tindakan mengejut Ezra. "Ada apa ni?"

            Carlus munculkan satu lingkaran. Tapi bila dia lalukan lingkaran tu pada Lissa ianya lenyap seperti di tiup angin. "The heck?"kening lelaki itu berkerut.

Lissa pandang tindakan Carlus dengan kening berkerut.

            "Kau orang tak boleh gunakan kuasa kau orang pada aku...rumah ni dah dindingkan. Jadi sebarang sihir tak boleh dihasilkan dalam tempat ni.."jelas Lissa bila perasan mereka sepertinya mahu teleport dia dari situ. Memangnya apa yang dua lelaki ni dah detect?Ada something dekat luar bilik dia ke?

            "Serius??"Carlus pandang tak percaya ke Lissa. "Dalam keadaan macam ni?"

            "Duh!Aku tak macam kau orang boleh lindungi   diri sendiri okay. Memangnya kenapa?Kau gelabah macam ada something tak kena?"Lissa pandang ke Ezra apabila lelaki itu sudahpun mengeluarkan pancang perak di tangan. Dari mana benda tu muncul?

           "Stay dalam bilik ni."arah Ezra.

            "Kenapa?Ada apa sebenarnya ni?"Lissa cuak tiba-tiba.

             "Ahh f*** this!"lafaz Carlus sebelum bergegas keluar dari bilik tu lalu diikuti Ezra dekat belakang.

Pintu bilik tu tertutup.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
47. Inlove With VampireWhere stories live. Discover now