🦇Part 51🦇

560 72 1
                                    

Vampire lelaki kelihatan bertenggek di tepi batu balkoni di tempat yang teduh jauh dari sinar matahari pada tengah hari itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Vampire lelaki kelihatan bertenggek di tepi batu balkoni di tempat yang teduh jauh dari sinar matahari pada tengah hari itu. Mereka semua mengenakan cermin mata hitam dekat mata sebab tak tahan dengan cahaya terang. Mata mereka sangat sensitive dengan sinaran UV sebab itu cermin mata hitam sering terpasang di wajah. Bukan sebab nak bergaya tapi sebab terpaksa.

            "Betul ke kau ada bau yang sedap dari dia?"

            "Iya...semalam aku terlintas dekat sebelah dia...serius. Bau dia tu kan macam rare gila!Confirm darah dia lagi sedap dari darah manusia lain dekat sini."

             "Tapi bukan ke dia tu vampire?"

             "Hah?Vampire ke?Kita mana boleh minum darah vampire lain..kau ni nak bunuh kita orang ke?"

              "Lissa vampire?Ish?Mana ada. Dia bukan vampire...kau tak boleh nak bezakan ke vampire dengan manusia macam mana?"

              "Wei...Lissa ada dalam senarai vampire Dhampir akademi ni...sah-sah la dia vampire.."

Sedang mereka berborak, ketika itu orang yang mereka sibuk borakkan muncul tidak jauh dari hujung balkoni tempat mereka berteduh. Serta merta bau dari gadis itu menerawang ke rongga hidung setiap seorang vampire lelaki yang ada di situ.

             "Mmm...itu bau dia.."seorang dari mereka dongak ke udara menghirup bau menyelerakan itu.

Dengan serentak semua menggerakkan kepala ke kanan koridor lalu bertentang mata dengan gadis berambut Panjang ikal sedang jalan menuju ke arah mereka.

            "Well...well tengok siapa yang datang tu?"sengih mereka dengan jahat.

Beberapa meter dari situ Lissa sudahpun mengesan ketiga-tiga vampire itu.

            "Hai Lissa."seorang demi seorang jalan ke hadapan lalu mengepung Lissa.

Bersama renungan tidak berminatnya, Lissa lirik wajah pucat ketiga-tiga vampire muda di depannya silih ganti. Ini pelan pertama Star. Lelaki itu menyuruh dia ke tempat biasa dimana vampire suka melepak untuk dapatkan maklumat dari mereka. Menggunakan scent dia, Lissa jadikan dirinya sebagai umpan."Kau orang bertiga nak apa?"

            "Well....kau tahu kebelakangan ni ada something tak kena berlaku dekat semua supplier darah di Zon Merah..."

            "Dan bekalan darah sangat terhad sampai harganya mahal mencekik."

            "Kita orang dengar kau ada bau yang sangat menyelerakan untuk seorang manusia..."

            "Kalau tak kisah, boleh kongsikan dekat kita orang sikit?"

Masing-masing menayang gigi taring mereka, siap menjilat hujung gigi itu memberi isyarat.

           "Kau orang belum tahu ke aku ni vampire?"Lissa menyilangkan tangan ke dada. Pandang funny akan mereka bertiga.

47. Inlove With VampireWhere stories live. Discover now