🦇Part 72🦇

694 86 8
                                    

Ketak!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Ketak!

Tapak kasut berkilat itu memijak lantai marmar dengan perlahan. Namun belum sempat dia hendak mengatur langkah ke tangga matanya terarah pada orang yang sedang berdiri di atas anak tangga itu.

Dan perkara pertama yang disedari olehnya ialah suasana kelam dan sugul di tempat itu. Memangnya ada sesuatu dah berlaku ke?

          "Kau ke mana Star?"tanya Ezra kelihatan begitu penat. Rambut berselerak seakan ia telah dikuak berkali-kali. Di tangan pula terpegangnya sehelai kertas.

           "Kenapa kau cari aku?"Micah bertanya melirik akan keadaan devastated rakannya sebelum terhenti pada kertas di tangan Ezra. Apa tu?

Ezra tunduk menguak rambutnya ke belakang sebelum melepaskan keluhan panjang frustrated dia.

           "Aku cuba halang dia...bukan aku tapi semua dekat sini cuba halang dia...tapi Lissa berdegil untuk keluar dari sini.."mula Ezra satu persatu turun anak tangga menuju ke arah Star. "Sebelum sempat aku halang...Lissa keluar dari pintu tu kemudian sebahagian badan dia terbakar..."

Kejung Micah dekat situ bila Ezra berdiri depannya lalu menyerahkan kertas putih tadi.

            "Apa kau cakapkan ni?"

            "Lissa cuba dapatkan ayah dia...Lord Dragomir?"Ezra begitu bengang dengan kenyataan yang sebenarnya Lissa adalah anak kepada penguasa vampire di Zon Merah. "Kau dah tahu dari awal?"kertas itu di pukul-pukul ke dada Star.

Bingung dengan hal itu Micah mencapai kertas itu lalu membaca isi kandungan surat tersebut.

             "Apa yang dah berlaku sebenarnya ni?Apa alasan kau suruh kita orang stay down?kau kurung kita orang dekat sini dan tak berbuat apa-apa sedangkan adanya peperangan tercetus di luar kubah kau ni.."Ezra tunding jari ke arah pintu bangunan.

             Selesai membaca tulisan di dalam surat itu, Micah pandang ke Ezra dengan tergamam. "Mana Lissa?"

            "Jawab aku dulu Star...apa yang berlaku sebenarnya ni?"tanya Ezra.

Tidak peduli dengan pertanyaan Ezra, Micah mendaki anak tangga di situ dengan langkah yang lekas. Lissa cuba keluar dari tempat ni?Apa yang gadis tu fikirkan!Dia sendiri tak pernah keluar secara langsung melalui pintu Utama kerana kuasa sihir pendinding di sini boleh membakar mana-mana jenis vampire sekira menghampiri tempat ini. Even Lissa half blood Lissa akan tetap menerima kesan yang sama seperti mana full blood vampire alami sekiranya lantas lingkaran terlarang tu!

Setibanya di depan pintu biliknya yang terbuka, hidung dia di sapa dengan scent Lissa. Menerawang setiap inci bilik itu walaupun agak samar. Jelas sangat keadaan Lissa begitu lemah!

           Carlus di atas katil itu memalingkan kepala setelah sedar akan kehadiran Micah di situ. Keningnya berkerut susah hati. "Kau ke mana Star?"soalnya mendatar.

47. Inlove With VampireWhere stories live. Discover now