🦇Part 76🦇

529 73 0
                                    

Klik!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Klik!

Tabib Dhampir berjalan keluar dari bilik dengan mimik muka serius sugulnya seusai memeriksa keadaan Lissa di dalam. Bila lelaki berjambang itu berhenti depan Star yang setia menunggu di hallway, lelaki itu disambut dengan renungan mencerun Star.

"Macam mana keadaan dia?Dah tahu apa punca kenapa dia tak sedarkan diri lagi?"tanya Star serta merta.

Tabib itu dengan kesal menggeleng kepala. "Walaupun tubuhnya mempunyai kuasa healer, selepas bondingnya terputus secara tiba-tiba, tubuh Lissa tak boleh terima kehilangan mengejut ni. Jadi banyak komplikasi bakal dihadapiseperti tidak sedarkan diri untuk jangka masa yang lama, tubuh semakin lemah, daya tenaga badan tidak seimbang, worst scenario death."

Star bungkam.

"Apa patut saya lakukan untuk selamatkan dia?"

"Kamu perlukan seseorang untuk bonding bersama Lissa semula bagi menyokong daya ketahanan badan dia sebagai half blood. Vampire tulen yang mempunyai taraf kuasa sama seperti former bonding dia..."cadang tabib itu.

Jari jemari Star berkepal dalam genggaman yang erat. Lelaki itu mengetap gigi menahan rasa.

"Sekiranya hal ni dibiarkan, Lissa mungkin takkan dapat bertahan.."

Perlahan-lahan pintu bilik di tolak ke dalam sebelum Star berjalan masuk ke situ. Bila dia jejak saja dalam bilik tu, Star boleh hidu scent Lissa yang semakin lama semakin samar baunya. Tidak kuat seperti biasa. Dan paling merisaukan adalah degupan jantung Lissa.

Setibanya dia di sisi katil, Star naik ke atas tilam lalu duduk melunjur di samping Lissa. Kepala berambut hitam ikal Lissa kemudiannya di usap atas ke bawah perlahan-lahan. Star termenung memandang wajah Lissa apabila dia mula teringat akan kejadian di bawah bilik tanah semasa Lissa kelihatan gelabah setelah dia sedar dari pengsannya. Memang waktu itu ada yang berlaku tapi Lissa tak nak cakap apa-apa. Senekad tu Lissa diamkan diri tak tanya apa-apa kepadanya.

"You better off without me Lissa..."bisik Star dengan perlahan. Tangan kanan Lissa di capai sebelum di bawa dekat ke depan bibirnya untuk dikucup.

Dia bersalah pada Lissa kerana melayan Lissa dengan dingin dan kasar selama ini. Star terlalu ego untuk mengakui perasaan Sukanya pada Lissa kerana latar belakangnya. Risau jika Lissa disakiti gara-gara dirinya. Yang mana memang benar-benar terjadi.

Star mahu Lissa berada di sisinya tetapi dia enggan Lissa bersama dengannya.

Yang mana berakhir kepada Lissa jatuh cinta kepadanya.

Star memejamkan matanya sewaktu bibirnya menyentuh buku ruas tangan Lissa. "Maafkan aku sebab tak dapat terima perasaan kau Lissa..."

Hujan lebat turun dengan deras malam itu. Seluruh kawasan dibasahi dengan air. Taktala semua orang sudah tidur dan lampu tidak kelihatan dimana-mana, satu kelibat berjalan dalam gelap menyusuri koridor yang lengang itu.

Tap!

Tap!

Tap!

Tapak kasut memijak lantai berjubin dengan derap yang lekas.

Sepasang kaki milik Putera Mahkota Micah berhenti di depan pintu gerbang gergasi tidak lama dia berjalan. Dua pengawal yang mengawasi pintu gerbang tersebut bantu membuka pintu itu untuknya selepas dia berdiri di situ memberi isyarat kepada mereka.

"Ayahanda...."cemas Putera Mahkota Micah memanggil setelah matanya terarah pada lelaki yang sedang duduk dikerusi menelaah sesuatu atas ribanya.

Dan lelaki vampire itu pandang dengan tenang kelibat Putera Mahkota berjalan sambil mencempung sekujur tubuh dalam dukungan.

Jatuh melutut Putera Mahkota Micah atas lantai sejurus itu. "Tolong anakanda...."nafasnya kencang berombak.

Raja Vampire bangun dari situ masih memandang Putera Mahkota Micah di atas lantai tu. "Siapa yang kamu bawa tu?"

"Lissa...anakanda tak dapat nak dengar degupan jantung dia. Ayahanda tolong lakukan sesuatu."rayu Putera Mahkota Micah dengan terdesak. Peluh merintik deras di wajah cemasnya. Masakan tidak, dia cuba hendak memeriksa keadaan Lissa tadi sebelum tidur, sekali tu dia dikejutkan dengan keadaan lemah Lissa seakan sudah tidak bernyawa lagi.

"Apa yang telah berlaku?"Raja Vampire jalan mendekati Putera Mahkota sebelum melutut sebelah kaki di hadapan anaknya.

"Sejak Lord Dragomir tiada, Lissa terlantar tidak sedarkan diri, dia semakin lemah. Anakanda merayu pada ayahanda. Selamatkan Lissa....anakanda janji anakanda akan turuti segala permintaan ayahanda nanti..."desak Putera Mahkota Micah lagi.

Raja Vampire pandang tangan yang mencengkam kuat lengannya waktu itu sebelum pandang muka Putera Mahkota Micah dengan kening berkerut. "Ka-kamu-"dia tidak dapat menghabiskan kata-kata kerana begitu terkesima dengan kenyataan bahawa putera sulungnya ini jatuh cinta pada seorang manusia!

"Lakukan sesuatu sekarang ayahanda.."

"Kamu kata kamu tiada perasaan pada anak ni...tapi kenapa?"

Star menggeleng kepala.

"Anakanda tipu...semua tu tak benar...anakanda berkata begitu kerana enggan ayahanda murka dan susahkan hidup Lissa. Sebab itu anakanda menafikan perasaan anakanda pada dia...jadi sekarang ayahanda selamatkan Lissa...anakanda mohon ayahanda..."

Raja Vampire mahu tak mahu terpaksa menurut. Dia tak boleh nak tolak bila lihat betapa terdesaknya Putera Mahkota Micah merayu. "Kamu perlu cari seseorang untuk bonding Lissa semula. Hanya cara itu saja yang boleh selamatkan dia.."beritahunya semasa memegang mahkota kepala Lissa. "Ayahanda hanya boleh berikan Lissa masa sehingga kamu menemui orang yang sesuai untuk tu.."

"Kalau macam tu biar anakanda-"

"Tak boleh. Ayahanda tak izinkannya. Kalau sesuatu berlaku pada Lissa atau situasi paling parah, sekiranya dia mati, kamu akan ikut mati. Dia sakit kamu akan rasa sakit...sebagai pewaris Utama kerajaan Vampire, ayahanda tak izinkan kamu lakukan hal ni"jelas Raja Vampire.

Air mata yang bertakung di tubir mata Putera Mahkota Micah jatuh menitik atas pipi pucat Lissa. Betapa devastated sekali perasaan yang dia rasakan saat itu. Betapa takutnya dia membayangkan sesuatu terjadi pada Lissa.

 Betapa takutnya dia membayangkan sesuatu terjadi pada Lissa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
47. Inlove With VampireWhere stories live. Discover now