🦇Part 14 🦇

666 88 1
                                    

Waktu itu para pelajar masih ada dalam kelas ataupun sudah pulang ke asrama dan rumah masing-masing

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Waktu itu para pelajar masih ada dalam kelas ataupun sudah pulang ke asrama dan rumah masing-masing. Ada sebahagiannya perlu hadiri kelas prep khas. Norah antaranya yang terlibat.

Jadi bilik umum ketika itu pasti lengang tiada pengunjungnya.

Lissa tolak pintu bilik umum ke dalam. Dia sangkakan tiada orang lain dekat situ, sekali lepas dia jejak kaki dalam ruangan tu, telinga menangkap bunyi degupan jantung seseorang. Terkejut dengan hal itu dia pandang dengan ingin tahu sekeliling bilik tu sehingga terhenti di sebuah sofa. Dia nampak kepala orang dari belakang sofa tu.

Dup!

Dap!

Dup!

Dap!

Bunyi degupan jantung itu sangat tenang dan seragam. Memberitahu tuan punya jantung itu mungkin sedang tidur atau berehat.

Oleh kerana ingin tahu Lissa pun jalan mendekati sofa tu. Kakinya berjengket sedikit sebab tak nak buat bunyi. Setibanya dia di sisi sofa, Lissa dapati tekaannya tepat.

Ingatkan siapa, rupa-rupanya si mat lampir.

Waktu itu Star sedang tidur menelentang di sofa saiz besar. Tangan yang berbalut tu tergantung keluar dari sofa. Blazer yang mungkin dijadikan selimut oleh Blade sudah jatuh melurut ke lantai.

Lah...dekat sini rupanya menghilang. Ingatkan dah lesap terus?Bila Lissa nampak dia jadi teragak-agak dekat situ. Jadi dia berdiri dekat situ mencekak pinggang perhatikan Star tidur. Mata lelaki tu bila terpejam nampak la sikit rupa perikemanusiaan. Tapi kalau dah celik macam syaitan tak cukup sifat!Sadis!

Sekali lagi Lissa pandang muka cedera Star. Buatkan dia teringat semula kejadian malam tadi.

Yang peliknya, kenapa Star boleh ada dekat tempat yang sama dia berada malam tadi? Siap tolong selamatkan dia lagi tu? Bukan ke Star bencikan dia? Nak sangat tengok dia mati...sekali tu selamatkan dia. Buatkan dia rasa serba salah untuk perkara yang bukan salah dia pun!

Mesti sakit lebam-lebam ni kan?

            "Bertuah kau..nasib baik aku ni reti kesian."kata Lissa yang akhirnya ambil keputusan untuk mendekati Star. Tangan yang tergantung tadi Lissa angkat dengan perlahan lalu di bawa naik ke atas perut Star. Masa itulah pandangannya jatuh ke wajah tenang tu.

Alis mata Star sangat lebat dan hitam. Hidung lelaki itu pula mancung. pipi bersih tanpa cela itu kelihatan sihat. Senaraikan saja sifat perfect lelaki kegilaan ramai, Star memiliki kesemuanya. Tapi sayangnya lelaki ini dibesarkan untuk menjadi seorang pembunuh. Jadi tiada sekelumit pun perasaan dekat dalam diri Star.

            "Kan bagus kalau kau tak bencikan aku..."bicaranya sendiri walaupun tahu Star takkan dengar sebab lelaki tu sedang tidur.

Setelah itu blazer yang terjatuh dekat lantai di kutipnya. Pada masa Lissa membongkok mahu menyelimutkan blazer tadi, masa itu la dia bertentang mata dengan renungan tu. Kaku mematung Lissa dalam kedudukan tersebut.

47. Inlove With VampireWhere stories live. Discover now