🦇Part 87🦇

883 82 3
                                    

Isninnya seluruh kawasan Zon Merah cuti dari bekerja atau membuka kedai semata hendak meraikan hari gilang gemilang mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Isninnya seluruh kawasan Zon Merah cuti dari bekerja atau membuka kedai semata hendak meraikan hari gilang gemilang mereka. Hari Pertabalan Raja Vampire baru mereka. Dari hujung jalan ke hujung jalan di penuhi dengan penduduk yang berarak untuk ke kawasan Istana Utama. Ada yang membawa bunga, ada juga yang mengenakan pakaian serba baru mereka, selain tu wajah mereka juga ada yang diwarnakan dengan gambar mahkota dan bendera rasmi diraja.

Untuk memeriahkan lagi suasana, kumpulan perarakan pelbagai juga diadakan. Sama ada kugiran, pasukan berkawad seragam dan perarakan bendera. Sepanjang jalan itu meriah kerananya.

Dan antara ramai-ramai di situ kelihatan Carlus, Ezra dan rakan Dhampir yang lain bertugas untuk mengawal keselamatan bersama pahlawan vampire milik High Council Vampire. Para pelajar akademi juga tidak melepaskan peluang mereka untuk menghadiri keraikan itu. Mereka masing-masing memakai pakaian uniform rasmi akademi untuk menunjukkan bahawa mereka turut menyambut hari pertabalan tersebut.

Ramai-ramai di situ, Lissa bersama dengan Norah paling ketara kerana mereka berdua dikelilingi dengan lelaki bertubuh lampai dan serba hitam di situ. Tambah-tambah lagi mereka berdua hanya berkemeja putih di tengah kumpulan tu.

         "Akhirnya dapat jugak kita saksikan majlis pertabalan Putera Mahkota Micah kan....lepas peperangan selesai, langit Zon Merah ni akhirnya tak lagi bergelap dengan warna darah..."ujar Norah di samping Lissa berjalan dengan lengang. Langsung tidak bergelut atau berasak sedangkan waktu itu orang ramai dan sesak!

Lissa tersenyum lantas dia pandang ke sampingnya. Melihat pengawal vampire yang mengiringi mereka secara sembunyi sejak ketibaan mereka di situ. Micah yang pesan dari awal yang lelaki itu akan hantar pengawal untuk iring dia. Tak sangka lelaki itu benar-benar maksudkannya.

          "Kau happy ke Norah?"

          "Of course aku happy...hehehe!Klaus beritahu aku yang mungkin lepas ni Zon Merah dan Zon Biru bakal bergabung menjadi satu negara yang Makmur, disamping dengan werewolf dan ahli sihir dari Tanah Seberang...."jelas Norah. "Itu bermakna semua bangsa akan hidup bersama tanpa kekangan..kau dan aku dapat bersahabat sampai bila-bila."

         Dan Lissa kembali memandang ke arah laluan masuk pintu pagar istana yang semakin dihampiri oleh mereka. "Aku harap macam tu la.."

Setibanya mereka di depan pintu masuk istana, Lissa dan Norah dibenarkan masuk berdasarkan kad jemputan yang mereka miliki hasil pemberian dari pasangan masing-masing. Selesai mengambil tempat di kerusi yang ditetapkan, Lissa dan Norah tunggu bersama para tetamu yang ada di balairung seri menghadap raja itu.

Selain Micah, Raja Vampire, Permaisuri Vampire dan Puteri Maria sudahpun berada di singahsana mereka. Memang jelas aura diraja keluarga vampire itu apabila melihat sepasang mata golden yang dimiliki oleh setiap seorang dari mereka di situ.

Waktu itu jugalah Puteri Maria bertentang mata dengan Lissa. Gembira melihat Lissa, Puteri Maria beaming senyuman lebarnya ke Lissa sebelum kembali serius menjadi puteri di samping permaisuri.

Lissa yang lihat tersenyum kecil. Dia tunduk sekejap ke bawah sebelum kembali memandang ke depan setelah makluman mengenai ketibaan Putera Mahkota Micah ke situ.

Dengan serentak semua orang di situ mula berdiri sebagai penghormatan, secara sembunyi Lissa mengerling dari balik celah tetamu semata hendak lihat kelibat lelaki itu. Dan bila dia nampak, senyuman lega terukir di bibir. Sememangnya, segak seperti yang dia bayangkan.

Di depan singahsana itu, berdirinya Micah dengan attire diraja rasmi serba hitam dan merah. Butang emas tersusun kemas pada kolar dan pergelangan tangan pakaian. Rambut hitam berkilat lelaki itu kemas di sisir. Mendedahkan wajah bersih berpetak miliknya.

Maka sesi mengangkat sumpah dan ikrar dimulai oleh High Supreme Royal. Sesi pertukaran ikrar dan sumpah itu berlangsung selama 10 minit sebelum bekas raja turun dari singahsana untuk meletakkan mahkotanya ke atas raja baru.

Puteri Maria ikut menepuk tangan selepas bangun dari kerusinya. Senyuman senang terukir di bibir sebelum semakin lebar setelah melihat Vladimir sedang berdiri tegak di depan tangga betul-betul berhadapan dengan mereka.

Dengan bantuan nalurinya, Vlad ikut terdetik hendak memalingkan kepala, sekali tu bertentang mata dengan Puteri Maria. Mahu tak mahu mereka saling bertukar senyuman untuk seketika.

Klaus serta yang lain pandang akan sambutan itu dengan renungan bersinar penuh bersemangat mereka. Dan dalam diam, dia berdoa untuk mereka yang telah terkorban demi mempertahankan tanah air mereka ini terutama sekali Lord Dragomir dan Silas. Walaupun mereka sudah tiada, nama mereka tertarah di dalam ingatan semua orang di sini.

Bekas raja memimpin raja baru untuk berdiri menghadapnya. Dan bila dua orang itu saling bertentang muka, bekas raja tersenyum sebelum menarik anak lelakinya ke dalam pelukan.

Putera Mahkota Micah agak terkejut dengan tindakan tiba-tiba itu. Namun dia balas juga pelukan tersebut dengan erat.

         "Ayahanda bangga dengan kamu Micah. Ayahanda harap kamu boleh menjadi raja dan pelindung rakyat kamu dengan baik.."ucap Raja Vampire sambil memeluk ketika itu.

          "Baik ayahanda..."angguk Raja Vampire Micah dengan senyuman lebar di bibir.

Pasangan raja dan permaisuri vampire di atas pentas itu berdiri saling bergandingan mesra dan tersenyum nipis menyambut laungan para tetamu di situ yang tidak berhenti dari memanggil nama 'Raja Micah'. Bekas raja lega kerana konflik lama keluarga mereka telah selesai dan anak lelakinya telah menepati janji. Sementara permaisuri vampire berasa senang hati kerana dapat juga dia berehat dan luangkan masa bersama suaminya nanti.

          "Awak dah janji kan selepas ini apa jua keputusan Micah, awak takkan masuk campur?"bisik permaisuri vampire ke suaminya.

          Bekas raja memalingkan kepalanya ke tepi. Bertemu muka cantik milik isterinya sebelum tersenyum. "Soal dia mahu bersama dengan Lissa atau sebagai seorang raja?"

          Permaisuri ketawa. "Awak dah janji...jangan nak tarik balik.."

           Bekas raja tersenyum sebelum gerak mengucup tengah dahi itu. "Ya..apapun yang Micah mahukan takkan saya halang selagi ia tidak menjejaskan keselamatan kerajaan. Termasuk la niat dia mahu bersama dengan anak Lord Dragomir tu.."

           Permaisuri vampire mengeratkan rangkulannya kerana gembira. "Terima kasih tuanku.."

Seusai itu Micah berpusing untuk menghadap semua para tetamu yang duduk di dalam balairung seri itu. Dia melihat setiap wajah di situ sebelum berhenti di satu wajah. Dari situ dia dah berikrar, tidak kira apa yang berlaku nanti, akan dipertahankannya!

Lissa di tempat duduknya pandang ke arah Micah dengan perasaan sebak dan gembira yang bercampur baur. Siapa sangkakan crush dia yang disangka seorang manusia selama ini adalah sebaliknya. Dia ingatkan dia jatuh cinta pada manusia, rupa-rupanya dia fall in love with vampire!

Norah merangkul erat lengan Lissa dengan bersemangat melaung ucapan keramat yang selama ini dia ingin ucapkan.

          "Junjung kasih tuanku, Raja Micah!"laung mereka dengan gemuruh diikuti dengan tepukan tangan menyambut hari gilang gemilang mereka di situ.

~TAMAT~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

~TAMAT~

47. Inlove With VampireWhere stories live. Discover now