🦇Part 23 🦇

665 86 3
                                    

Nama The Story Keeper terpampang besar atas billboard kedai buku yang terletak tidak jauh dari kawasan kedai dan restoran

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Nama The Story Keeper terpampang besar atas billboard kedai buku yang terletak tidak jauh dari kawasan kedai dan restoran. Ianya merupakan premis dua tingkat yang luas serta antic reka bentuknya.

Dari luar seakan memandang sebuah kedai ahli sihir. Dengan bumbung runcing seperti topi ahli sihir, tingkap kaca display seakan mata labu Halloween.

Hiasan seperti pasu bunga dan pokok renek tersusun kemas di sekeliling premis tersebut. Anak tangga yang membawa ke pintu masuk turut di letakkan pokok menjalar. Membuatkan pemandangan tempat itu kelihatan magik.

Walaupun sudah beroperasi selama 25 tahun lamanya, kedai itu tetap utuh dan maju beroperasi dari generasi ke generasi seterusnya.

Harmoni dan menenangkan.

Itu gambaran pertama.

Bila masuk ke dalam ruangan tu, suasana hangat yang menenangkan adalah perkara pertama yang bakal menyambut pelanggan yang masuk ke situ. Alunan lagu lembut dari piano menghuni seluruh ruang kedai buku tu. Buatkan sesiapa saja rasa nak duduk lama dekat situ.

Di dalam kedai buku tersebut dapat dilihat pengunjung lain di celah-celah rak buku di situ. Ada yang duduk di lantai membaca sesuatu. Ada yang berdiri membelek dua buah buku yang ingin dibeli.

Tingkat atas menempatkan kafe untuk pelanggan yang datang. Tingkat bawah pula tempat di mana deretan rak buku berada. Ruang bawah tanah pula tempat dimana buku rare dan antik diletakkan. Sesiapa sahaja yang mahukan buku datang ke situ. Dari yang jauh-jauh pun sanggup turun ke situ untuk mendapatkan buku yang dijual kedai tersebut.

Tidak jauh di sebelah rak menghadap tingkap kaca, Seorang wanita berkot labuh sedang membelek rak dimana penanda buku diletakkan. Beberapa langkah dari situ cashier sedang membuat urusan jual beli dengan pelanggan yang membeli buku. Seorang pelanggan lelaki tua sedang tunduk membongkok mendapatkan buku dari rak bawah, Seorang kanak-kanak dengan ibunya pula sedang duduk bersila di hadapan rak buku kanak-kanak.

Pada masa itu la pintu kedai terbuka diiringi dengan bunyi gemerincing loceng taktala pintu itu di tolak ke dalam.

         "Selamat datang!"sambut cashier wanita di belakang kaunter tu dengan girang. Dia palingkan kepala hendak memberi senyum sapaan kepada pelanggan yang masuk. Sekali lepas dia nampak semakin lebar senyumannya.

           "Hai Thalia."sapa suara lembut itu dengan mesra.

            "Hai Lissa, kamu datang hari ni.."sapa cashier berambut kerinting kepada pelanggan tetapnya itu. Sejak dulu lagi Lissa sering datang ke kedainya dan buat tempahan awal untuk beberapa jenis buku tertentu. Yang mana dia akan usaha untuk dapatkannya!

             "Ha'ah, singgah sekejap. Ada keluaran buku terbaru ke.?" Lissa berjalan masuk ke dalam ruangan tu. Nah ini la kedai buku dimana dia dapatkan semua koleksi kegemaran dia. Biasanya kalau hari sabtu dan ahad dia akan datang ke situ untuk cari buku atau luangkan masa. Banyak koleksi buku kegemarannya didapatkan dari kedai Thalia. Seperti To Kill a Mockingbird, The Catcher In the Rye, The Great Gatsby, Catch-22,Beloved, Wuthering Heigh, Pride and Prejudice, Anna Karenina.

47. Inlove With VampireWhere stories live. Discover now