Xandra-08

27.7K 1.7K 148
                                    

Untuk dua hari ini Luthfia memohon cuti atas sebab dia ada urusan yang nak diselesaikan. Ayyan tanpa banyak soal terus sahaja menerima permohonan tersebut. Untuk dua hari ni dia aman dari gangguan Luthfia.

Luthfia melangkah masuk menuju ke ruang bilik kerja Tengku Aryan. Urusan yang dia katakan adalah urusan nak berjumpa dengan Tengku Aryan.

Tok

Tok

Tok

"Masuk!" ujar Tengku Aryan dari dalam.

Luthfia menapak masuk dengan raut wajah yang langsung tak terbias sebarang senyuman. Hanya wajah kosong dan dingin sahaja yang ditunjukkan.

Tengku Aryan pada awalnya sedikit berkerut dengan kedatangan wanita yang tak dikenali. Raut wajah wanita ini tak asing dari pandangannya.

"Tengku Aryan.." panggilnya. Kaca mata hitam yang menutupi matanya dibuka yang membuatkan Tengku Aryan terkejut.

"V..Viera?" nadanya kedengaran bergetar menunjukkan betapa dia terkejut melihat Xaviera berdiri dihadapannya.

Luthfia tergelak kecil.

"Dimana-manalah I ni dipanggil Viera. Apa bagus sangat dia tu sampai you dengan anak you asyik fikir yang I ni Viera?" soalnya dengan malas. Dulu masa adiknya hidup langsung tak dihargai sekarang dah tak ada baru nak terhegeh-hegeh cari Xaviera.

Tengku Aryan masih lagi tak percaya dengan apa yang dia lihat. Dari pemerhatiannya wanita ini memang ada wajah menantunya tapi perangainya tak sama pula.

"Kau siapa? Apa niat kau datang sini?" nada suara Tengku Aryan berubah serta merta.

"You dengan Ayyan sama je. Dua-dua sombong!"

Tengku Aryan memerhati sahaja setiap langkah Luthfia. Wanita itu sepertinya tak ada rasa malu. Tanpa diajak, dia dah duduk terlebih dahulu.

"Kenapa berdiri? Duduklah, you tu bukannya muda sangat nak berdiri lama."

Tengku Aryan geleng kepala dengan perangai wanita ini.

"I terus terang je lah niat I datang sini. I suka dengan anak you, Ayyan." Katanya menyampaikan niat kedatangannya.

"Jadi?" soal Tengku Aryan tak faham.

"Lembap lah you ni. Macam mana boleh kahwin dua kalau otak lembap macam ni," terkaku seketika Tengku Aryan dengan kata-kata Luthfia.

"Kau jangan nak main tuduh. Apa bukti aku kahwin dua?" wajah Tengku Aryan berubah menjadi tegang.

Luthfia masih tenang melayan kemarahan Tengku Aryan.

"Relaks lah, kenapa nak gelabah sangat ni?" dia masih cuba bermain dengan emosi daddy Ayyan. Suka betul dia kacau Tengku Aryan dan Ayyan ni. Masing-masing ada emosi tersendiri.

"Aku tanya kau sekali lagi, kau siapa?"

"Nama I, Luthfia Xandra. Macam I kata tadi, I datang sini cuma nak bagitahu yang I suka dengan anak you dan I nak kahwin dengan dia." Pen yang berada di celah jarinya diputar dengan laju.

"Kau nak gunakan aku untuk dapatkan Ayyan? Begitu?" Luthfia menganggukkan kepalanya.

"Kau fikir Ayyan mudah nak diatur. Yang nak kahwin kau, usahalah sendiri!" Luthfia menghamburkan ketawanya. Gelak yang kedengaran sangat tak ikhlas. Penuh kepura-puraan.

"Kalau I boleh dapatkan dia, tak ada maknanya I datang sini minta tolong dengan you. Apa ke bodoh you ni?" ujarnya dengan nada yang sedikit tinggi.

Tengku Aryan tergelak sinis.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now