Xandra-09

26.9K 1.6K 297
                                    

Tengku Aryan membawa Ayyan pulang ke rumah Tengku Faiza. Hanya Tuhan sahaja tahu betapa malunya dia dengan perbuatan Ayyan.

"Macam ni ke kau didik anak kau? Memalukan!" Tengku Faiza memandang sahaja anaknya yang dari tadi hanya tertunduk memandang lantai. Dia perasan yang tepi bibir Ayyan berdarah, ini mesti suaminya yang buat.

"Saya tak percaya! Anak saya tak akan buat macam ni!" dia yakin dengan Ayyan. Ayyan tak mungkin mencemarkan namanya.

"Apa yang kau tak percaya? Benda dah jadi didepan mata aku dan depan mata ratusan pekerja aku yang anak kau ni buat benda tak elok!" tempik Tengku Aryan.

Tengku Faiza menjeling tajam suaminya.

"Ayyan, cuba cerita dengan mummy. Apa yang dah jadi? Mummy yakin, Ayyan tak buat benda tak elok dengan anak orang, kan?" lembut sahaja suara Tengku Faiza.

Ayyan mengangkat kepalanya. Matanya sudah merah menahan air matanya.

"Ayyan tak buat mummy." Tengku Faiza menganggukkan kepalanya. Dia percaya dengan Ayyan.

"Kau tak payah nak buat muka sedih macam tu. Kau dah malukan aku. Dimana aku nak letak muka aku lepas ni? Ha?" Tengku Aryan masih dengan amarahnya. Ayyan dengan Haider dua-dua tahu malukan dia sahaja.

"Abang tak ingat ke apa yang dah jadi dengan Haider? Dulu, Haider pun macam ni juga."

"Kalau macam ni lah perangai kau dengan anak kau, malu lah aku nak mengaku ada keturunan macam korang ni." terguris hati Tengku Faiza dengan kata-kata suaminya.

"Mengucap abang. Takkan lah abang nak percaya apa yang abang lihat. Ayyan, anak kita." Nada suara Tengku Faiza kedengaran sayu sahaja.

"Aku tak nak tahu, kau perlu bertanggungjawab atas apa yang kau dah buat dengan Luthfia. Nak tak nak, kahwin dengan dia sebelum masalah ni jadi lebih besar."

"Daddy, please..."

"Cukup Ayyan. Kalau benda ni tak berlaku depan mata daddy, mungkin daddy masih percaya dengan Ayyan. Tapi, daddy nampak sendiri keadaan Luthfia didalam lif tu. Sangat mengaibkan." Nadanya sudah bertukar kendur. Dia kecewa sangat dengan anaknya.

"Kalau rasa diri tu anak jantan, bertanggungjawab atas apa yang Ayyan dah buat. Jangan nak bagi banyak alasan." Seusai berkata, Tengku Aryan berdiri lalu tanpa kata dia naik ke tingkat atas menuju ke bilik tidurnya. Dia nak rehat, jujur dia masih terkejut dengan apa yang sudah berlaku.

Ayyan dan Tengku Faiza memandang sahaja pemergiaan Tengku Aryan dengan pandangan sayu. Ayyan tak sangka Luthfia boleh senekad ini.

"Ayyan.." panggil Tengku Faiza. Dia berdiri lalu dia hampiri anaknya. Badan Ayyan terus sahaja dibawa ke dalam dakapannya. Kali ini dia percaya dengan Ayyan kerna Haider juga senasib dengan Ayyan.

"Mummy, Ayyan tak buat pun benda yang tak elok dengan Xandra."

"Iya sayang, mummy percaya dengan Ayyan." Ditepuk lembut bahu anaknya menenangkan Ayyan.

"Ayyan tak nak kahwin." Katanya lagi.

Tengku Faiza meleraikan pelukan tersebut. Kini, masing-masing membalas pandang.

"Tak boleh sayang. Ayyan nak daddy mengamuk? Mummy percaya dengan Ayyan tapi macam mana dengan wanita yang dimaksudkan oleh daddy? Mummy takut, perempuan tu ambil tindakan yang boleh buatkan nama keluarga kita semakin tercemar." Bukan niat nak memaksa tapi mereka tak ada cara lain. Hanya ini sahaja jalan agar nama mereka tak buruk di pandangan orang lain.

...

Luthfia tersenyum lebar dengan kejayaan rancangannya. Bergeliga betul otaknya.

"Apa rancangan kau lepas ni?" soal Noah. Noah dan Bianca hanya memandang sahaja senyumam Luthfia. Nampak gembira betul wanita ini.

"Tunggu rombongan datang rumah lah." Balasnya dengan tenang.

"Kau tak takut ke dengan Ayyan? Boleh jadi dia layan kau macam mana Haider layan Viera." Soal Noah.

"Kalau dia pukul aku, aku pukul balik lah." Kedengaran seperti Luthfia tak serius sahaja dengan kerisauan mereka berdua.

"Baguslah tu, nanti boleh kau lepak sama-sama dengan adik kau." Balas Noah dengan datar.

Bianca memukul bahu Noah apabila gurauan itu terlalu kasar. Dia mengerling kearah Luthfia. Kelihatan wanita ini tenang sahaja sepertinya tak terkesan dengan gurauan kasar Noah.

"Apa rancangan cik muda lepas ni? Cik muda tak takut ke dengan Tuan Ayyan?" kalau dia yang bertanya dia yakin Luthfia akan jawab dengan serius.

Raut wajah yang tadinya tenang sekelip mata berubah. Dingin dan panahan matanya yang kelihatan tak sabar nak membalas dendam.

"Hancurkan satu persatu yang dah buat hidup adik aku merana!"

Bianca sudah takut melihat perubahan Luthfia. Wanita ini memang tak boleh nak dibawa main.

"Tuan Ayyan? Lepas cik muda dah gunakan dia untuk balas rancangan cik muda, apa cik muda nak buat dengan Tuan Ayyan?" walaupun dia takut tetapi dia nak tahu apa yang sedang bermain di fikiran Luthfia.

Luthfia tersenyum sinis apabila memikirkan tentang Ayyan.

"Senang je Bianca. Aku akan buat lelaki sombong tu jatuh cinta dengan aku. Lepas dia dah sayang dan suka aku, aku tinggalkan lah dia. Biar dia merana macam mana Haider merana kehilangan isterinya." Dia hanya gunakan Ayyan untuk dia jalankan rancangannya. Sayang? Cinta? Tak ada secebis rasa sayang pun dia dekat lelaki tu. Apa yang Ayyan lihat hanyalah lakonannya sahaja.

Mendengar jawapan yang penuh yakin membuatkan Noah tergelak besar. Gelak yang mengejek. Bianca dan Luthfia memandang aneh kearah Noah. Terkejut mereka apabila lelaki ni tiba-tiba sahaja gelak besar.

Puas ketawakan Luthfia, gelaknya perlahan-lahan tak kedengaran. Air mata yang nak jatuh terus sahaja diseka dengan cepat.

"You ni kenapa? Orang serius, boleh pula nak ketawa." Sekali lagi dia memukul bahu Noah menegur sikap tak baik lelaki itu.

"Lawak lah dengan keyakinan dia ni. Fia, sini aku bagitahu kau. Kau belum cukup kenal Ayyan. Bukan dia yang tersakiti tetapi kau yang akan sakit bila kau kenal Ayyan dengan lebih dalam." Luthfia memandang Noah dengan pandangan yang penuh tanda tanya.

"Kalau kau tak nak disakiti, jangan jatuh cinta dengan Ayyan. Aku dah pesan dari awal, apa-apa yang terjadi lepas ni, kau tanggung sendiri." Dan selepas itu Noah pergi meninggalkan Luthfia.

Bianca yang melihat pemergiaan Noah ikut serta meninggalkan bilik tersebut. Dia nak korek maksud disebalik kata-kata Noah.

Luthfia masih memikirkan maksud Noah. Kenapa dia pula yang tersakiti?

"You! Noah!" panggil Bianca.

Noah berhenti lalu dia menoleh ke belakang. Kelihatan wajah Bianca sudah bertukar merah. Laju sangat ke dia berlari sampai tercungap-cungap cinta hatinya ni.

"Kenapa laju sangat jalan, penat I kejar!" Bianca hentak kakinya menunjukkan dia merajuk dengan Noah.

Noah tersenyum melihat tingkah comel Bianca. Dia menarik tangan Bianca dan dibawa ke kerusi yang ada tak jauh dari mereka berdiri.

"Aku minta maaf. Aku tak tahu kau kejar aku." Katanya dengan nada yang lembut.

"Kalau nak I maafkan, jelaskan dulu maksud kata-kata you tadi. Kenapa dengan Tuan Ayyan?" Noah mengecilkan matanya. Pandai Bianca pancing dia.

"Sebenarnya..."

Selepas sahaja Noah beritahu maksud disebalik kata-katanya tadi, Bianca langsung tak bersuara. Dia terkejut dengan apa yang baru sahaja dia dengar.

"Jangan bagitahu dia, biar Fia yang tahu sendiri."

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now