Xandra-69

16.2K 1.1K 252
                                    

Dua tahun kemudian...

Banyak hal yang sudah terjadi sepanjang dua tahun ini. Mental Ayyan boleh dikatakan rosak dan hampir sahaja dia nak mengalah namun Tengku Faiza sentiasa nasihatkan dia untuk terus maju. Doanya sebagai seorang ibu tak pernah lepas.

Lihat sahaja dengan keberhasilannya. Hak Ayyan dan Tengku Faiza berjaya mereka ambil semula namun Ayyan terpaksa bermula dari bawah lagi disebabkan Malia yang bodoh tak pandai nak urus syarikat Tengku Aryan.

Wanita itu gila. Dia hanya tahu habiskan duit Tengku Aryan sahaja dan dalam tempoh tersebut boleh dikatakan hidupnya senang. Namun kebahagiaan itu hanya sementara sahaja. Jebat berjaya ambil semula hak Ayyan.

Keberadaan Malia mereka tak tahu dimana. Wanita itu hilang begitu sahaja. Jejaknya langsung tak dapat nak dikesan. Entah mati atau masih hidup.

"Kau bagitahu je Ayyan apa yang kau perlukan. Kami sedia bantu kau." Ujar Emyr.

Lama juga Ayyan fight untuk dapatkan semula haknya. Turun naik mahkamah dia. Mereka lihat sendiri kejatuhan Ayyan. Bila ramai yang tarik diri dari terus melabur di syarikat Ayyan, orang awam turut boikot apa yang dikeluarkan dari syarikat Ayyan lagi-lagi mall yang dibina serta merta tutup bila peniaga tak dapat keuntungan. Ayyan rugi besar disebabkan fitnah yang ditabur oleh Malia.

Walaupun Ayyan berjaya bersihkan namanya namun dah namanya manusia mereka tetap memandang kesalahan. Tak ada yang nak bekerjasama dengan Ayyan semuanya tinggalkannya.

"Aku okey lah. Aku boleh handle sendiri." Dia bersyukur disaat dia jatuh, Emyr, Fathi, Jebat dan Alayna setia berada di belakangnya. Disaat pekerja-pekerja yang sudah lama bekerja dengannya pergi tinggalkan dia, Alayna setia bersamanya.

"Jangan nak bohong Ayyan. Kau nak naikkan balik H&L Co. bukan mudah. Banyak duit yang kau perlukan." Inilah Ayyan. Degil. Dia tak pernah minta bantuan dari mereka. Ayyan memang berdiri sendiri tanpa pertolongan kawan-kawannya.

"Kau tak percaya aku ke?" Alayna juling mata sahaja. Pandailah Ayyan nak kata macam tu yang hadap dialah. Sikit-sikit Alayna. Alayna. Alayna.

Alayna dekatkan dirinya dengan Ayyan.

"Tuan jangan nak sombong sangat. Orang dah offer terima je lah." Bisik Alayna dengan geram.

"Suka pula kau." Balas Ayyan dengan datar.

"Benda tu dah memudahkan kita kenapa nak tolak pula?" mereka saling berbisik menentang pendapat masing-masing.

"Sebab aku tak suka tengok kau bahagia. Hobi aku memang susahkan kau." Kemam bibir Alayna mendengar kata-kata Ayyan. Tangannya ni gatal betul nak ketuk kepala Ayyan. Nasib bos!

"Kau nak kahwin dengan Jebat, kan? Kau ingat senang ke nak jaga budak tu?" semakin suka dia menyakat Alayna.

Alayna memberi pandangan tak puas hati. Ada je lah benda yang nak dibahan Ayyan ni.

Jebat yang baru sampai terus sahaja mengambil tempat di sebelah tunangnya. Minuman Alayna diambil lalu diminum sampai air itu habis.

Melihat perbuatan Jebat membuatkan Ayyan rindu dengan isterinya. Mereka selalu kongsi makanan. Apalah khabar Luthfia sekarang?

"Kenapa habiskan minuman saya? Saya baru habis berdebat dengan Tuan Ayyan." Nak menangis dia bila airnya sudah habis. Langsung tak ditinggalkan pun.

"Alololo, kesian dia." Balas Jebat dengan datar. Mukanya langsung tak menunjukkan rasa bersalah pun. Kosong sahaja.

Boleh gila dia melayan kerenah Ayyan dan juga Jebat.

"Malia dekat mana sekarang? Langsung tak ada khabar." Soal Emyr membuatkan pergaduhan kecil mereka terhenti.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now