Xandra-39

26.3K 1.7K 105
                                    

Luthfia termenung sendiri di balkoni biliknya. Cerita Mak Yam tadi masih terngiang-ngiang lagi. Ada satu masa dia nak hentikan semuanya dan ada satu masa lagi dia nak lihat kehancuran keluarga ni.

Sejujurnya, dia penat dengan cara hidupnya sekarang tapi mengingatkan kembali apa yang Viera pernah lalui membuatkan rasa dendamnya semakin membuak.

Perut kempisnya diusap dengan lembut. Apa dia layak digelar ibu selepas apa yang dia dah buat? Anak ini tak sepatutnya ada ibu sepertinya.

"Maafkan mama sayang. Mama bukan mama yang terbaik." Tanpa dia sedar ada air matanya yang jatuh.

Sedang dia melayan perasaan, kedengaran gelak ketawa yang datangnya dari arah bawah. Luthfia terus sahaja memandang ke bawah untuk melihat siapa yang sedang berbahagia di saat ini.

Kelihatan Ayyan yang sedang bermain dengan Haikal membuatkan anak kecil itu ketawa terkekek-kekek.

"Kau tak layak bahagia Haikal!" rasa bencinya terhadap Haikal tak pernah pudar malahan semakin menjadi-jadi apalagi melihat senyuman gembira budak itu.

"Kau dah terlalu selesa dengan kedudukan kau sekarang. Dah tiba masanya kau balik tempat asal kau ni."

"Kau sabar sekejap, papa kau yang bodoh tu pun dah rindukan kau." Jarinya laju sahaja mencari nama seseorang. Kali ini dia tak akan minta tolong dari Noah.

"Hello!" kedengaran suara garau seseorang menyapa Luthfia.

"Aku ada kerja untuk kau."

...

Luthtia turun ke bawah dengan riak wajah yang kosong. Sakit betul hatinya melihat kemesraan Haikal dan juga Ayyan.

"Xandra..." panggila Ayyan apabila melihat isterinya yang sedang menuruni anak tangga.

Luthfia menjeling sahaja wajah suaminya. Dia tak menuju ke tempat Ayyan melainkan kakinya dibawa menuju ke dapur.

Ayyan yang perasan akan jelingan Luthfia hanya mampu telan liur sahaja.

"Mood ibu mengandung memang macam ni ke?" gumam Ayyan perlahan.

"Tak payah nak fikir sangat dengan bini Ayyan tu. Sengaja je tu." Tengku Faiza bersuara setelah dia perasan perubahan wajah anaknya.

"Ayyan masuk dapur dulu, nak tengok Xandra." Ayyan hanya menahan diri sahaja dari tak membalas kata-kata mummnya. Tadi pun mummnya sempat tanya sama ada anak yang ada dalam perut Luthfia memang anaknya sendiri atau hasil hubungan dengan lelaki lain.

Mak Yam yang sibuk mengemas bahagian dapur terkejut apabila bahunya dicuit dari belakang. Toleh sahaja, wajah cantik Luthfia kelihatan di anak matanya.

"Mak Yam memang tak reti nak rehat ke?" soal Luthfia sambil dia sandarkan badannya dibelakang kabinet almari pinggan.

"Dah kerja Mak Yam. Kalau Mak Yam curi tulang, kena potong gaji Mak Yam." Jawab Mak Yam dengan senyuman. Senang hatinya bila Luthfia sudah mula mesra dengannya.

"Tak ada hati juga orang tua tu kan. Pandai kata I ni cacat padahal dia sendiri pun cacat. Benda macam ni pun dia tak mampu nak buat. Nak juga suruh Mak Yam." Bebel Luthfia dengan selamba.

"Tengku tu majikan Mak Yam. Mak Yam kenalah buat semua kerja."

"Lepas je urusan I habis dekat rumah ni, I nak bawa Mak Yam ikut I balik Itali. Mak Yam tinggal lah dengan Fia." Ajak Luthfia.

Tanpa dia sedar, Ayyan mendengar perbualan mereka berdua.

"Urusan apa?" soal Ayyan yang membuatkan Luthfia terus sahaja menoleh ke belakang. Telan liur dia melihat wajah dingin Ayyan. Mampus!

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now