Xandra-20

29.3K 1.7K 214
                                    

Tengku Aryan tak perasan pun yang Tengku Faiza sudah tiada di sisinya. Bianca terus sahaja menghilangkan dirinya kerna tak nak kantoi. Tugasnya dah selesai kini dia cuma perlu nonton drama yang bakal ditayangkan.

"Malia!" kedengaran suara Tengku Faiza memanggil Malia.

"Akak." Malia menyambut Tengku Faiza dengan senyuman manis. Tengku Faiza baru sahaja bagi keizinan untuk panggil dia kakak kerna jarak usia mereka yang beza tiga tahun.

Pangg!!

Terteleng kuat kepala Malia dengan tamparan tersebut. Luthfia yang melihat pura-pura terkejut.

"Mummy, kenapa tampar aunty?" soalnya dengan terkejut.

"Kau diam! Ini urusan aku!" ujar Tengku Faiza dengan garang.

"Faiza!" kali ini kedengaran pula suara Tengku Aryan.

Tengku Faiza tergelak sinis. Dia memandang wajah suaminya dan juga Malia. Silih ganti memandang wajah makhluk yang sudah tipu dia.

"Kenapa tampar Malia?" tegang sahaja wajah Tengku Aryan.

Gambar yang berada di tangan Tengku Faiza dilempar kearah Tengku Aryan. Berterbangan kepingan-kepingan gambar tersebut ke udara.

"Dah berapa tahun korang berdua kahwin?" soalnya dengan nada yang tertahan.

Malia menunduk sahaja. Tengku Faiza sudah tahu hubungan mereka dan dia tak sangka sebegini cepat rahsia mereka terbongkar.

"Dari mana kau dapat gambar-gambar ni?" Tengku Aryan tak menjawab. Dia lebih tertarik dengan gambar-gambar tersebut. Gambar dia dengan Malia.

"Tak perlu tahu dari mana saya dapat gambar ni. Yang saya nak tahu dah berapa tahun awak kahwin?" soalnya sekali lagi.

Tengku Aryan menoleh kebelakang. Wajah Luthfia dicari. Kelihatan tenang sahaja raut wajah Luthfia.

"Saya tanya dah berapa tahun awak kahwin dengan perempuan jalang ni!?" teriaknya dihadapan Tengku Faiza.

"Jaga mulut kau! Dia bukan perempuan jalang, dia isteri aku." Urat leher Tengku Aryan mula kelihatan.

Tengku Faiza ketawa namun dalam dia ketawa air matanya keluar menitis.

"Isteri aku? Tak cukup ke saya sebagai isteri awak?" katanya dengan nada yang sangat kecewa.

"Aku boleh jelaskan." Tengku Aryan cuba buang rasa marahnya. Masalah ni perlu diselesaikan dengan baik.

"Jelaskan apa? Apa dia dah bagi dekat awak sampai awak sanggup madukan saya?"

"Apa kau dah bagi dekat laki aku sampai dia sanggup kahwin dengan kau!?" teriaknya dengan kuat.

"Akak.." Malia cuba untuk mendekati Tengku Faiza namun Tengku Aryan menghalang. Dia berdiri dihadapan Malia melindungi daripada serangan Tengku Faiza.

"Kau tak payah nak panggil aku akak, perempuan jalang!"

"Faiza!" kuat suara Tengku Faiza, kuat lagi suara Tengku Aryan.

Luthfia yang berada di belakang usap dadanya terkejut dengan suara Tengku Aryan. Garang!

"Apa?" lawan Tengku Faiza.

"Perempuan jalang macam ni awak nak bela?" katanya dengan sinis.

"Berhenti panggil isteri aku perempuan jalang." Larangnya dengan nada tertahan.

Tengku Faiza tergelak. Gelak kecewa.

"Awak nak saya berlembut dengan dia. Jangan minpi. Perampas macam ni layaknya dilayan macam ni." Tengku Faiza menarik tudung Malia membuatkan keadaan menjadi huru hara.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now