Xandra 💋

15.9K 1K 219
                                    

Monyok sahaja muka Haura saat ini. Mukanya panas disebabkan sinaran matahari.

"Mana papa ni? Panas, tahu tak." Pipi tembamnya sudah naik merah disebabkan pancaran matahari yang menyentuh kasar wajahnya.

Luthfia yang mendengar bebelan anaknya tersenyum. Tangannya mencubit pipi tembam Haura yang sudah bertukar warna.

Geram!

"Mama..." Haura apa lagi semakin hilang moodnya bila Luthfia mencubit pipinya.

"Haura sabar ya. Sekejap lagi papa sampai lah."

Haura melihat jam hello kitty di pergelangan tangannya. Dia belum tahu lagi nak tengok jam tapi dia berkeras minta dibelikan jam hello kitty.

Haura meletakkan dahinya di bahagian bawah perut Luthfia yang sudah menonjol ke luar. Dia penat nak tunggu papanya datang ambil mereka.

Luthfia mengusap lembut kepala anaknya. Kepalanya di toleh ke kanan dan juga ke kiri melihat sama ada Ayyan sudah sampai atau sebaliknya. Tadi suaminya kata dia dah dekat tetapi sampai ke sudah tak muncul-muncul.

Luthfia tersenyum bila ada sesuatu tangan kekar melilit di sekitar pinggangnya. Dia tahu pemilik tangan tersebut.

"Assalamualaikum cantik." Tambah lebar senyuman Luthfia.

"Waalaikumsalam kesayangan Xandra."

"Kenapa lambat. Anak awak dah merajuk." Perlahan sahaja Luthfia berkata. Dia tak nak Haura perasan yang papanya sudah sampai.

Ayyan memandang ke bawah. Kelihatan kepala Haura sahaja bersandar di atas perut isterinya.

"Abang singgah beli makanan tadi." Dicium pipi Luthfia bertalu-talu.

Terkekek suka Luthfia bila dicium oleh suaminya. Mendengar ketawa Luthfia, Haura mendongak ke atas.

Tambah muram mukanya bila dia lihat papa dengan mamanya bermesraan.

"Hello papa! Anak you ni dah penat tunggu you datang. Bukan nak pujuk I..." rajuk Haura. Papanya kalau dah jumpa dengan Luthfia pasti dia akan dilupakan.

Luthfia bungkam melihat Haura merajuk. Susah betul bila anak obses dengan bapa sendiri.

Ayyan pula tersenyum melihat kerenah Haura. Nak buat macam mana, Luthfia terlalu menarik di pandangannya.

"Kesayangan papa merajuk ke ni?" Ayyan duduk mencangkung dihadapan anaknya. Haura dah nak masuk tiga tahun, semakin besar semakin pandai anak ini.

Mendengar panggilan tersebut membuatkan Haura tersenyum malu. Lama dah dia tak dengan Ayyan panggil dia kesayangan papa.

"Kan cantik kalau senyum macam tu. Ini monyok je memanjang." Pipi Haura dicubit melepaskan geramnya terhadap kecomelan anaknya.

"Haura memang cantik pun, kalah mama." Sampai bila-bila dia rasa tersaingi dengan kecantikan mamanya.

Luthfia hanya tersenyum sahaja. Suka hati lah, yang penting Ayyan tetap setia dengannya.

"Kita balik ya. Kesian cantiknya papa dah penat." Kepalanya didongakkan ke atas memandang wajah cantik Luthfia.

Kelihatan wajah Luthfia yang sedikit pucat. Mungkin disebabkan terlalu lama berdiri.

"Ingatkan nak berdrama lagi dekat sini." Pinggang serta betisnya sudah lenguh. Nak hadap drama Haura tambah lenguh jadinya.

Ayyan berdiri lalu tangannya naik membersihkan dahi Luthfia yang sudah basah dengan keringat.

"Kita balik rumah mummy ya. Mummy dah rindu berat dekat Haura." Ujar Ayyan dengan pandangan yang penuh cinta.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now