Xandra-13

28.5K 1.7K 237
                                    

Ayyan dan Haikal yang berada di tangga terkejut mendengar ada bunyi gelas pecah yang datangnya dari dapur terus sahaja bergegas turun untuk melihat apa yang sudah terjadi disana.

Masuk sahaja di ruang dapur, dia melihat kaki Luthfia yang sudah berdarah.

Luthfia yang perasan akan kemunculan Ayyan memandang wajah suaminya bersama dengan air mata yang sudah bertakung.

"Ayyan..." panggilnya dengan nada yang sudah bertukar. Nada menahan tangisan.

Tengku Faiza memandang wajah anaknya. Dia menggelengkan kepalanya apabila melihat perubahan wajah Ayyan.

"Apa mummy buat dengan Xandra? Kenapa sampai kaki dia berdarah?" soalnya dan nada suara Ayyan juga kedengaran keras seperti dia sedang menahan marah.

Luthfia yang mendengar perubahan nada suara tersebut tersenyum sinis. Ini yang dia nak.

"Tak Ayyan. Mummy tak buat pun.." Tengku Faiza cuba untuk membela dirinya apabila melihat Ayyan seakan nak salahkan dia.

"Ayyan nak percaya apa yang mummy kata tapi apa yang Ayyan tengok tak mampu nak buatkan Ayyan percaya dengan mummy. Jelas-jelas yang ada di dapur ni cuma mummy. Siapa lagi yang nak buat kalau bukan mummy?"

"Ayyan jangan percaya dengan apa yang Ayyan tengok. Ini lakonan dia je Ayyan. Dia sengaja, supaya kita berdua bergaduh. Ini memang niat dia." Tengku Faiza tambah membuat Ayyan semakin marah. Dia memang tak suka Luthfia tapi Luthfia tetap isterinya.

"Mummy masih nak burukkan dia? Dia dah berdarah teruk macam ni dan mummy masih nak salahkan dia pula?" Ayyan menuju ke tempat Luthfia. Teruk sangat luka di kaki isterinya ni.

"Kau okey tak?" soalnya dihadapan Luthfia. Dia duduk mencangkung untuk melihat seberapa dalam luka di kaki Luthfia.

"Sakit.." ada serpihan kaca yang masih berada diatas kakinya. Serpihan kaca yang sangat kecil.

"Ayyan tak payah risau pasal dia. Ini lakonan dia je Ayyan." Tengku Faiza menarik tangan anaknya untuk dia tak bantu Luthfia.

"Apa mummy ni? Nak tunggu dia mati ke baru nak menyesal lagi?" kali ini nada Ayyan sudah tak mampu untuk ditahan. Dia marah bila mummnya buat selamba sahaja dengan keadaan Luthfia.

Luthfia menolak lembut tangan Ayyan yang berada di atas lututnya.

"Tak apalah Ayyan. Biar I telefon Noah suruh dia datang sini." Luthfia memegang bahu Ayyan untuk dia berdiri sendiri tetapi sakit di kakinya membuatkan dia tak boleh nak gerakkan badannya. Pandangannya juga menjadi kabur, pening melihat darah.

Ayyan tanpa kata terus sahaja mengangkat badan isterinya naik ke atas. Melihat kepada perlakuan Ayyan, Luthfia memberikan senyuman kemenangan kepada Tengku Faiza. Melihat senyuman tersebut membuatkan dia mengetap rahangnya.

Dia tak akan biarkan Luthfia hancurkan keluarganya. Dia akan lindung keluarganya meskipun dia perlu libatkan nyawanya.

...

Ayyan tak menghantar Luthfia ke klinik kerna dia sendiri boleh rawat luka di kaki isterinya. Serpihan kecil yang masih mencucuk kaki Luthfia sudah di keluarkan. Sekarang dia bersihkan darah yang masih mengotori kaki isterinya.

"Korang berdua bergaduh ke?" soalnya yang masih tak faham dengan apa yang sudah berlaku.

"Salah I, I fikir mummy you boleh terima I sebagai menantu tapi expectation I je yang terlalu tinggi."
Ujarnya bersama dengan gelak kecil.

"Kan aku dah kata semalam, mummy tak akan terima kau dalam masa yang terdekat ni." Dia kenal sangat dengan mummnya. Tak mungkin dia boleh terima Luthfia dengan mudah.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now