Xandra-40

29.3K 1.7K 206
                                    

Ayyan memandang lama wajah isterinya. Apa lah salah Luthfia sampai mummnya tuduh yang bukan-bukan.

"You ni kenapa? Sedih je I tengok dari tadi." Soal Luthfia dengan raut wajah yang sudah kebingungan. Muka macam mati bini je.

"Aku kecewa dengan mummy. Mummy boleh kata yang anak dalam perut ni bukan anak aku." Kesal sahaja wajah Ayyan saat ini.

Luthfia ikut mengeluh.

"I pun tak tahulah mana silap I sampai mummy boleh kata macam tu. I tahu I ni tak baik tapi I mana pernah keluar dengan lelaki lain apatah lagi nak buat benda tak elok! I pun ada maruah Ayyan!" 

"Kita keluar je lah dari rumah ni Ayyan. I rimas betul tinggal dengan mummy. Apa lagi serumah dengan Haider." Sudah masanya untuk dia membawa Ayyan keluar dari rumah ni.

"Tapi...." kedengaran Ayyan berat hati nak tinggalkan rumah ini.

"Apa lagi nak tapi-tapi? You tak serabut ke tinggal dekat sini? I tengok semua masalah dalam rumah ni, You yang tanggung."

"Aku je yang boleh diharap Xandra." Balas Ayyan dengan pandangan sayu.

"You pun ada kehidupan sendiri Ayyan. You ada keluarga sendiri lagi-lagi I mengandung sekarang. I pun nak privasi." Sengaja dia mendesak Ayyan. Dia nak bawa Ayyan keluar dari rumah ni buat hubungan suaminya lenggang dengan mummy dan juga Haikal. Biar padan muka!

"Nanti aku fikirkan..." pipi isterinya dielus dengan sentuhan yang lembut.

Luthfia merehatkan kepalanya di dada Ayyan.

"I minta maaf kalau I memaksa. I buat semua ni untuk keluarga kecil kita." Ayyan merehatkan dagunya di atas kepala Luthfia. Sejujurnya dia tak pernah terfikir nak tinggalkan mummy dengan Haikal tapi apa yang Luthfia kata tadi betul juga.

Dia dah ada keluarga sendiri lagi-lagi Luthfia tengah mengandung, mesti isterinya ni nak ada privasi sendiri.

"Kau tak salah Xandra. Aku yang salah sebab tak faham kau."

Luthfia tersenyum senget. Kenapalah Ayyan ni bodoh sangat! Haih!

"You galas tanggungjawab yang sangat besar Ayyan. I faham. I bagi masa You untuk fikir benda ni. Take as much time as you need. Whatever you do, I will always stand behind you." Ujar Luthfia bersama dengan senyuman.

"Terima kasih." Dahi Luthfia dikucup dengan penuh kasih sayang.

...

Tengku Faiza termenung sendiri memikirkan rencana Ayyan yang nak pindah ke rumahnya sendiri. Baru sahaja tadi sebelum Ayyan berangkat kerja, Ayyan menyatakan hasratnya nak pindah rumah.

"Lepas daddy, Ayyan pun nak tinggalkan mummy." Sayu hatinya mengenangkan nasibnya. Kenapa semua nak tinggalkan dia.

Luthfia yang tak sengaja mendengar rintihan Tengku Faiza tergamam sekejap.

"Biar betul?" tak sangka pula secepat ini Ayyan bertindak. Dia ingat, Ayyan perlukan masa yang panjang untuk fikir hal ni.

"Ayyan nak pindah ke mummy?" kedengaran nada itu teruja sahaja di gegendang telinga Tengku Faiza.

Tengku Faiza menjeling tajam wanita yang berdiri di sebelahnya.

"Suka lah kau kan! Dah berjaya hasut anak aku keluar dari rumah ni!" tak lain tak bukan memang hasutan Luthfia lah ni.

"I tak expect pun mummy Ayyan buat keputusan secepat ini. Semalam I baru je hasut-hasut manja dekat Ayyan, tup tup hari ni dia dah termakan hasutan I. Sayang betul dia dengan I."

"Kau bomohkan anak aku ke sampai dia tunduk sangat dengan kau?"

Luthfia menganggukkan kepalanya. Terkejut Tengku Faiza dengan anggukan tersebut.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now