Xandra-27

28.2K 1.7K 220
                                    

Tak tahu apa yang tak kena dengan dirinya sekarang ini. Emosinya sangat tak stabil. Dia perasan yang sekarang ni dia terasa nak marah sahaja.

"Apa masalah aku ni?" bantal yang berada dekat dengannya dilempar jatuh ke bawah.

Tak puas berada di dalam bilik, dia keluar mencari udara segar. Hari ini dia tak masuk kerja. Ini semua atas arahan suaminya. Ayyan juga ikut bingung melihat perubahan Luthfia. Ada sahaja benda yang tak kena di matanya.

Sewaktu dia nak keluar dari biliknya, hal pertama yang menyapa kornea matanya adalah tubuh kecil Haikal. Haikal baru sahaja pulang dari sekolah dan nak masuk ke bilik untuk rehatkan diri setelah seharian berada di luar.

Haikal langsung tak sedar dengan pandangan tak puas hati Luthfia.

"Woi, budak!" panggil Luthfia.

Haikal yang mendengar suara tersebut terus sahaja mengangkat kepalanya.

"Iya aunty." Takut-takut juga dia nak bersuara. Wajah Luthfia terlalu tegang untuk dipandang lama.

"Lepas ni kau jangan jalan depan aku. Aku nak muntah tengok muka kau. Faham!" katanya dengan wajah yang bengis dan garang.

"F-faham aunty." Perlahan sahaja suaranya kedengaran.

Haikal dengan cepat nak berlalu pergi tetapi Luthfia dengan sengaja lunjurkan kakinya sehingga Haikal tersungkur dengan sendirinya.

"Ops! Sengaja," ujar Luthfia dengan senyuman puas.

"Haikal ada buat salah lagi ke?"

"Kaulah manusia yang paling banyak buat salah. Kau bernafas pun bagi aku dah salah." Tangannya disilang didada.

"Kau tahu tak yang kau ni bukan anak suami aku?" Haikal mengangguk. Dia tahu dia bukan anak Ayyan. Dia anak Ferhad dan mamanya Annisa.

Luthfia menarik kasar lengan Haikal yang membuatkan badan kecil itu berdiri dengan terpaksa.

"Aunty sakit." Rengeknya. Cengkaman di lengannya terlalu kuat.

"Lain kali kalau bercakap dengan aku, jangan mengangguk. Kau tak ada mulut ke?" katanya dengan keras.

"Maaf aunty." Air mata Haikal mula menitis. Dia mana pernah dilayan kasar macam ni.

"Kau hapus air mata kau tu. Aku tak nak setitik pun jatuh diatas lantai!" arahnya. Haikal terus sahaja membersihkan air mata yang berada di pipinya.

"Apa kata kau balik dengan bapa kandung kau. Dekat sini pun menyusahkan laki aku je." Idea jahat mula berlegar-legar di fikirannya.

"Haikal tak nak. Aunty jangan bawa Haikal jumpa papa. Papa jahat." Pintanya dengan esakan yang semakin kuat.

"Padanlah dapat bapa dayus macam tu. Mama kau masa dia hidup, jahat. Sama dengan bapa kau."

"Mama Haikal tak jahat! Papa yang jahat!" teriak Haikal dihadapa muka Luthfia.

"Hey! Berani kau nak tinggi suara depan aku!" telinga Haikal dipulas dengan kuat. Semakin kuat bunyi tangisan Haikal.

"Aunty sakit.." tersedu-sedu suaranya.

"Kau memang layak tinggal serumah dengan bapa kau. Kau kemas barang kau awal-awal jadi nanti kalau Ayyan halau kau dari rumah ni, senang sikit kau nak angkat kaki. Jimat sikit masa kau." Ditarik kuat cuping teling Haikal melepaskan rasa geramnya.

"Aunty, sakit..."

Luthfia tak hiraukan rengekan tersebut. Puas hatinya dapat buat anak Annisa seperti ini. Memandangkan Annisa pun dah mati awal anaknya lah tempat dia lepaskan rasa marahnya.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now