Xandra 💋

9.5K 653 35
                                    

Luthfia menangis sendiri memikirkan nasibnya. Dia belum bersedia nak tinggalkan suaminya sendiri.

"Puan, kenapa nangis?" soal jururawat yang berada di samping Luthfia.

"Saya takut..." berjurai air mata Luthfia.

Jururawat yang melihat tangisan Luthfia membersihkan wajah tersebut.

"Tak ada yang nak ditakutkan. Saya yakin Puan akan selamat." Dia tahu apa yang menjadi kerisauan wanita yang berada di hadapannya.

"Selamatkan saya dan anak-anak saya. Saya masih nak lihat wajah suami saya." Tambah kuat tangisan Luthfia di ruangan tersebut.

Jururawat tersebut tersenyum sahaja. Dia pernah dalam situasi Luthfia. Perasaan takut nak melahirkan itu sukar nak diceritakan. Seram sejuk jadinya memikirkan perasaan tersebut.

Luthfia pejamkan matanya. Dia cuba hilangkan rasa sakit dan takut dengan membayangkan wajah suaminya.

Melihat wajah tampan Ayyan buatkan dia teringat akan detik pertemuan mereka saat mereka di Sabah.

Flashback

Luthfia dengan perasaan geram menekan button lif menuju ke tingkat dimana adiknya sedang berada.

Dia dapat tahu Xaviera bergaduh besar dengan Haider membuatkan dia ambil keputusan untuk terbang ke Sabah bersemuka terus dengan adiknya.

Xaviera yang sedang termenung memikirkan nasibnya terganggu bila loceng di luar tak henti menyalak.

Xaviera jadi takut. Apa Haider dah tahu dia bersembunyi di Sabah?

"Viera, kau buka pintu ni sebelum aku yang buka!" telan liur Xaviera bila suara perempuan kedengaran.

"Fia..." Xaviera pantas turun dari katil dan berlari ke arah pintu. Luthfia kalau dah mengamuk memang tak ada sesiapa yang boleh hentikan.

Buka sahaja pintu, wajah bengis Luthfia menyapa di pandangannya.

"Fia, macam mana kau tahu aku dekat sini?" bergetar nada suara Xaviera.

"Kali ni apa yang Haider dah buat dekat kau sampai kau larikan diri dekat Sabah?" lembik kepala lutut Xaviera mendengar nada suara Luthfia.

Xaviera hanya memandang ke bawah. Dia tak nak melihat anak mata Luthfia. Seram betul kakaknya ni.

"Muka aku dekat bawah ke?" Xaviera terasa nak menangis bila diperlakukan sebegini.

"Aku kata muka aku dekat bawah ke?" kuat suara Luthfia menyapa gegendang telinganya.

Perlahan-lahan Xaviera mengangkat kepalanya. Matanya sudah berair takut dengan nasibnya. Luthfia boleh jadi Haider 2.0 ni.

"Aku minta maaf..." air matanya jatuh selari dengan ucapan maaf.

"Jangan marah aku." Rayunya dengan air mata yang deras. Dia takut dengan Luthfia.

Luthfia yang melihat air mata adiknya melepaskan keluhan. Lengan Xaviera ditarik membawa badan adiknga masuk ke dalam pelukannya.

Tangisan Xaviera menjadi kuat apabila dirinya mendapat pelukan hangat dari kakaknya. Pelukan yang dia perlukan saat ini.

Luthfia menahan diri dari tak menjatuhkan air matanya. Dia benci dengan dirinya. Kenapa dia boleh biarkan Xaviera menangis seperti ini?

"Cengeng!"

Xaviera yang mendengar perlian tersebut sengaja menguatkan lagi esakannya.

Luthfia tersenyum melihat kelakuan Xaviera yang persis anak kecil. Dah jadi isteri orang tapi perangai macam ni pula.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now