Xandra-10

28.8K 1.7K 147
                                    

Keluarga angkat Luthfia terbang dengan segera bila mereka dapat berita yang Luthfia nak kahwin. Perasaan mereka saat ini bercampur. Ada gembira, terkejut, sedih.

Selepas beberapa jam berada di atas kapal terbang, mereka berdua mendarat dengan selamat dan tiba tepat waktunya makan malam.

"Mummy, rindunya Fia dengan mummy." Pipi Puan Raihana dicium bertalu-talu. Luthfia memang dimanjakan dari kecil kerna mereka bersyukur dipertemukan dengan anak cantik ini. Kalau tak, sampai ke tua mereka tak ada anak.

"Mummy, daddy pun rindukan puteri busuk kami ni." Sakat Puan Raihana. Muncung bibirnya bila dia dipanggil puteri busuk. Noah dan Bianca ketawa sahaja melihat kemesraan keluarga kecil ini.

"Apa jadi Fia? Kenapa tiba-tiba bagitahu nak kahwin ni?" kata Encik Ryan, ayah angkat Luthfia.

Luthfia sudah terima panggilan dari Ayyan beberapa hari lepas yang dia akan berkahwin dengan Luthfia hujung minggu ni. Ini semua desakan daripada Tengku Aryan. Dia tak nak tangguhkan perkahwinan ni kerna namanya sudah busuk.

"Jodoh dah sampai, takkan nak tolak." Jawapan paling selamat diberikan.

Puan Raihana menggeleng sahaja kepalanya. Luthfia ni sukar sangat nak dijangka. Walaupun dia jaga Luthfia dari umur sepuluh tahun sehinggalah umur Luthfia menginjak 28 tahun dia masih belum mengenali anak ini dengan sepenuhnya. Luthfia suka memendam sendiri. Itu je yang dia tahu.

"Mummy, daddy kita makan dulu. Soal kahwin tu nantilah kita bincang. Jom, Bianca dah masak." Ditarik tangan Puan Raihan masuk ke ruang dapur. Encik Ryan, Noah dan Bianca mengikut sahaja dari belakang.

Selepas mereka makan malam dan berbual, Luthfia meminta mummy daddnya untuk berehat di atas sahaja. Kerna badan pun penat, pasangan tersebut mengikut sahaja kemahuan anaknya.

"Bila keluarga Ayyan nak datang?" soal Noah.

"Hujung minggu ni, kata Ayyan nak bincang tarikh kahwin. Pihak sana nak hujung bulan tapi aku rasa tak boleh. Daddy outstation hujung bulan ni." Beritahu Luthfia kepada mereka berdua.

"Ohh, kau pergilah naik atas. Biar aku dengan Bianca yang urus dapur ni." Arah Noah.

"Betul ke?" Bianca menganggukkan kepalanya membenarkan untuk Luthfia berehat sahaja.

"Thank you,"

Selepas Luthfia meninggalkan mereka, Bianca mengambil semula tempat duduknya. Ada yang menjadi kerisauannya saat ini.

"Noah, you rasa identiti Fia tak ketahuan ke? I pula yang risau." Ujar Bianca.

Noah turut mengambil tempat berhadapan dengan Bianca.

"Bapa Fia kan dah meninggal, aku rasa tak ada masalah. Kalau pasal identiti tu, kau tak payah risau. Aku dah buat semampu aku untuk lindungi dia." Noah dah buat yang terbaik untuk pastikan rancangannya berjaya dilaksanakan. Ini adalah sebagai tanda dia berterima kasih kepada Luthfia.

Luthfia yang dah buat kehidupannya jadi senang seperti ini. Sama seperti Bianca. Kalau lah mereka tak jumpa Luthfia, mungkin mereka tak hidup senang seperti ini. Mereka akan tidur di tepi jalan.

...

Seperti yang dirancangkan hari ini keluarga Ayyan datang untuk berbincang mengenai perkahwinan Ayyan dan juga Luthfia.

Puan Raihana menyambut Tengku Faiza dengan gembira. Awalnya dia terkejut kerna hanya Tengku Faiza dan juga beberapa orang lelaki sahaja yang datang.

"Masuklah.." ajak Puan Raihana.

Tengku Faiza bersama dengan pak long Ayyan masuk ke dalam bersama dengan senyuman. Tengku Aryan tak ada. Alasannya dia sibuk.

"Maaflah, tak ramai yang datang." Tengku Faiza tebalkan sahaja mukanya bersemuka dengan keluarga Luthfia.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now