Xandra-31

26.7K 1.7K 174
                                    

Luthfia termenung sendiri memikirkan Tengku Faiza. Patut ke dia biarkan sahaja perempuan tua tu bercerai dengan suaminya? Ayyan ada bagitahu tadi tentang niat Tengku Faiza nak berpisah dengan Tengku Aryan. Kalau dia biarkan perpisahan ini maknanya Tengku Faiza dah tak menderita. Ke dia perlu buat plan B?

"Termenung apa?" kedengaran suara garau di tepi telinganya.

Luthfia menoleh. Matanya dihidang dengan wajah tampan suaminya. Dia perhati terlebih dahulu keindahan di depan matanya. Dengan rambut yang lembap dan serabai, wangi sabun lagi membuatkan Luthfia tak mampu nak berkata apa-apa.

"Kau pandang apa?" hairan dia bila Luthfia diam sahaja seperti patung.

Luthfia berdehem menghilangkan rasa malunya. Kenapalah dia pergi tenung muka Ayyan. Nasib sahaja Ayyan tak sakat dia.

"I fikir pasal hubungan mummy. Kesian pula tengok mummy sedih macam tu." Dia berpura-pura prihatin dengan apa yang sudah terjadi dengan Tengku Faiza.

Ayyan mengeluh berat. Dia pun serabut fikirkan masalah mummy daddnya. Sekarang ni dia tak tahu nak buat apa.

"Aku tak sangka daddy boleh berubah hati dengan cepat. Dia dah ada dua anak kot, kenapa nak cari yang baru?" tak habis fikir dia dengan apa yang Tengku Aryan dah buat. Dah tua tapi masih sibuk nak ada bini muda.

"Lelaki, biasalah tu."

"Tak semua lelaki macam tu." Bidas Ayyan dengan segera. Luthfia hanya memandang kosong sahaja wajah bersungguh-sungguh Ayyan.

"Yakin?" balas Luthfia dengan pandangan sinis.

"Tak payah lah nak samakan aku dengan daddy. Walaupun aku anak daddy, tapi aku tak ikut perangai daddy." Ayyan membela dirinya dari pandangan sinis Luthfia.

Luthfia tergelak kecil. Dia sengaja sahaja nak sakat suaminya. Hal curang tu, dia yakin Ayyan tak akan duakan dia kerna dia tahu Ayyan tak akan berani berbuat sedemikian.

"Xandra..." panggil Ayyan dengan nada panjang. Dia dah cuak macam ni tapi Luthfia boleh tergelak. Dasar bini!

"Iya sayang..." mendengar panggilan tersebut membuatkan Ayyan terus mencempung badan isterinya masuk ke dalam bilik.

"Ayyan!" kali ini Luthfia pula yang menjerit memanggil nama suaminya.

"Iya sayang..."

...

Sakit mata Luthfia melihat kemesraan Haikal dan suaminya yang sedang bermain di atas katil mereka. Rasa bencinya terhadap Haikal makin membuak bila anak pungut itu dengan beraninya merempuh masuk ke dalam bilik disaat dia dan Ayyan sedang meluangkan masa bersama.

"Boleh tak budak ni keluar, I rasa mual tengok muka dia." Luthfia terus sahaja berterus terang.

Ayyan dan Haikal yang tadinya bermain terus sahaja menoleh ke Luthfia. Haikal yang terpandang akan panahan mata Luthfia terus menundukkan kepalanya. Gerun dengan pandangan Luthfia.

"Kau nak muntah ke?" soal Ayyan dengan raut wajah yang sudah bertukar risau. Kebelakangan ni Luthfia selalu mengadu mual bila terpandang wajah Tengku Faiza dan Haikal. Lain betul isterinya ni.

"Hmm," gumam Luthfia.

Ayyan mengaru kepalanya. Matanya silih berganti memandang Haikal dan juga Luthfia. Serba salah pula dia nak suruh Haikal keluar dari bilik ni.

Ekspresi wajah Luthfia sudah tak mampu disembunyikan. Tekaknya terasa sangat loya.

"Aunty sakit? Nak Haikal urut?" soalnya dengan muka polos.

Luthfia tak menghiraukan suara itik Haikal. Makin loya dia bila Haikal nak urut dia.

"Kalau Tok Wan sakit kepala, biasanya Haikal yang tolong urutkan." Dengan beraninya Haikal mendekati Luthfia. Sikit lagi tangan kecilnya nak menyentuh kepala Luthfia namun Luthfia pantas mengelak. Dia tolak badan Haikal dengan kuat kemudian dia membawa diri masuk ke dalam bilik mandi.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now