Xandra-28

25.6K 1.7K 142
                                    

Naik geram Luthfia dengan perubahan emosinya yang semakin hari semakin teruk. Tengok sahaja sekarang, tak ada benda yang buatkan dia nak menangis tetapi air matanya sudah mula bertakung.

"Ayyan..."

Ayyan yang baru selesai solat isyak, menoleh sekilas kearah Luthfia. Tangannya mengantung sejadah di tempat penggantung kemudian dia membawa dirinya ke katil.

Mendengar suara Luthfia yang memanggilnya membuatkan dia cepat-cepat menuju ke tempat tidur mereka.

"Kenapa? Kau sakit?" Ayyan perasan mata Luthfia sudah bertukar merah.

Luthfia pantas menggelengkan kepalanya. Dia tak rasa pun ada sakit dimana-mana anggota badannya. Dia risau sahaja apa yang dia lalui sekarang ini adalah disebabkan pembawaan bayi. Mana tahu dia mengandung dalam tak sedar. Dua hari lepas juga dia ada buat carian di google. Hanya ada satu jawapan sahaja disebalik perubahan emosinya.

"Kenapa nangis?" tangan kekarnya naik menyentuh pipi Luthfia membersihkan air mata yang berada di atas pipi isterinya.

Luthfia hanya membalas soalan Ayyan dengan air mati. Dia tak akan biarkan benih Ayyan ada dalam perutnya. Dia tak nak ada anak untuk waktu sekarang. Masih jauh perjalanannya dan dia tak nak disebabkan dia mengandung rancangannya hancur begitu sahaja.

Ayyan mengambil tempat di sebelah isterinya. Badannya dibaringkan dan kepala ditongkat menggunakan satu tangannya.

"Tak apa Xandra. Menangis je lah kalau itu boleh hilangkan semua gundah dalam hati kau." Dia tak suruh untuk Luthfia berhenti menangis kerna dia nak isterinya keluarkan semua perkara yang mengganggu fikiran Luthfia. Kalau dipendam takut lain pula kejadiannya.

"Xandra, ada orang buli kau ke? Menangis macam kena pukul je kau ni." Katanya dengan pelik.

Luthfia hanya menjawab dengan bunyi tangisan yang semakin lama menjadi semakin kuat. Dia dekatkan dirinya dengan suaminya kemudian dia peluk erat badan suaminya.

"Dahlah.." belakang Luthfia diusap dengan lembut.

"Ayyan..." panggilnya dengan suara yang kedengaran di hujung-hujung sahaja.

"Ya sayang.." balas Ayyan. Tangannya mengemaskan rambut yang melekat di pipi Luthfia disebabkan air mata yang masih berada di pipinya.

"I nak makan aiskrim."

"Malam begini, nak makan aiskrim?" Luthfia mengangguk. Tambah pening lah Ayyan dengan perangai Luthfia ni. Semuanya tiba-tiba.

"Jomlah! Pergi cuci muka dulu, baru tu tukar baju kau. Pakai baju yang sopan sikit." Malas nak tanya banyak, Ayyan ikutkan sahaja kemahuan Luthfia.
Ada senyuman terbentuk di bibir Luthfia.

...

Mereka berada di 7Eleven. Luthfia dari tadi tak henti makan aiskrim. Entah bungkusan keberapa aiskrim ditangannya masuk ke dalam mulut.

"You nak?"

Ayyan menggelengkan kepalanya. Dia seronok melihat Luthfia yang berselera makan. Mungkin isterinya nak datang bulan tu emosi pun tak menentu.

"Makanlah, bagi habis aiskrim tu." Ayyan menyelitkan rambut yang terkeluar dari ikatan. Dia menongkat kepala menikmati pemandangan indah dihadapannya. Bila melihat Luthfia makan aiskrim dia teringat akan Xaviera. Dia pernah teman Xaviera makan aiskrim.

"Aku pernah temankan Viera makan aiskrim jam begini. Waktu tu dia teringin sangat nak makan aiskrim. Dia minta Haider temankan tapi itulah Haider langsung tak pernah nak peduli dengan permintaan isterinya." Luthfia dengar sahaja cerita Ayyan tanpa ada sebarang rasa curiga. Kata Noah, Ayyan memang selalu ada dengan Viera jadi tak hairan kalau Ayyan banyak cerita perihal adiknya.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now