Xandra-16

26K 1.6K 107
                                    

Seharian ini Ayyan langsung tak bercakap. Dia menjadi curiga bila dia dapat tahu yang Tengku Aryan langsung tak balik pejabat selepas dia keluar tadi.

"Xandra," panggil Ayyan. Luthfia yang sibuk main game di telefon suaminya mengerling sekejap sebelum matanya memandang semula skrin telefon Ayyan.

Telefon yang berada di tangan Luthfia dirampas lalu disimpan di poket seluarnya.

"Ayyan.." rengeknya dengan muka tak puas hati. Sikit lagi nak game candy crush yang dia main.

"Suami kau bercakap tapi kau sibuk dengan telefon tu. Aku atau telefon tu suami kau?" dia dahlah bengang dengan daddnya ditambah lagi dengan gaya Luthfia yang buar dia tambah bengang.

Luthfia menarik nafasnya cuba tenangkan diri. Dia berdiri dari tempat duduknya lalu berpindah ke sebelah Ayyan. Dagunya sengaja direhatkan di bahu Ayyan lalu tangannya mengusap lembut lengan suaminya.

"Kenapa ni? Emosi tak tentu pasal."

"Betul ke apa yang kau nampak tadi? Daddy dengan aunty Malia?" sayu sahaja suaranya kedengaran.

"I minta maaf dah buat you fikir pasal benda tu. Jangan percaya dengan I sampai you tengok sendiri apa yang daddy dah buat di belakang you dengan mummy." Sengaja dia berkata sedemikian. Tak lah nanti dia yang dituduh dah bongkarkan rahsia Tengku Aryan.

Ayyan diam cuba tenangkan dirinya dan buang prasangka yang tak baik tentang daddnya.

"Jangan risau lah pasal daddy. I je yang salah nampak. Percaya dengan kata hati you." Diusap lembut dada Ayyan.

Melihat perbuatan tersebut membuatkan Ayyan mengerling tajam isterinya.

"Tak payahlah nak usap bagai."

"Oopss!" Luthfia jauhkan tangan serta badannya kerna apa yang dia nak dah dalam genggamannya. Sengaja je dia usap dada Ayyan sebab dia nak ambil telefon suaminya.

"I pinjam telefon you, nak sambung main."

Ayyan menggulingkan bebola matanya. Ingatkan nak tenangkan dia rupanya ada niat lain.

...

Bosan betul Luthfia yang dari tadi langsung tak buat kerja. Dia hanya tidur lepastu bangun main telefon Ayyan. Suaminya pula sibuk di meja kerja, langsung tak ingat dengannya. Dia lapar tahu tak.

Luthfia melangkah menuju ke meja kerja Ayyan. Kerusi Ayyan dipusing untuk menghadapnya.

"Xandra..." panggilnya dengan nada yang meleret.

"You tak ingat pun dengan I. Langsung tak tanya pasal I."

Ayyan menggaru keningnya. Dia lupa yang dalam bilik ni bukan hanya dia. Salahnya sebab terlalu fikirkan pasal kerja.

"Aku minta maaf. Kau nak apa?" dengan rendah hati dia meminta maaf atas perlakuannya. Sejujurnya dia pun tak tahu kenapa dia tak sampai hati nak marah Luthfia.

Luthfia mengambil tempat di atas paha Ayyan lalu kepalanya disandarkan di dada suaminya.

"I lapar..."

Ayyan mengerling jam tangannya. Belum masanya lagi nak makan tengah hari.

"Masih awal, sekejap lagi kita keluar makan. Aku selesaikan dulu kerja aku baru kita keluar." Luthfia berdecit geram.

"Kalau I mati kelaparan macam mana?" dia betul-betul lapar, dah berbunyi perutnya.

"Tak ada maknanya nak mati kelaparan. Sekejap je Xandra, nak settle sikit je lepastu baru kita keluar." Ayyan pusingkan semula kerusinya menghadap semula meja kerjanya. Luthtfia yang berada di atas pangkuannya dibiarkan sahaja.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now