Xandra-47

24.5K 1.8K 335
                                    

"Mama, Fia minta maaf!" rayu anak kecil yang lemah itu.

"Dah berapa kali aku pesan dekat kau! Jangan malukan aku! Apa yang susahnya nak dengar arahan aku ni?" dicubit lengan anaknya sehingga Luthfia mendesis sakit.

"Mama sakit..."

"Sakit kau je lah nak difikir! Malu aku ni, kau nak letak mana?" merah mukanya menahan geram, marah sekali dengan malu.

"Fia tak curi duit Emy. Bukan Fia mama." Luthfia sedaya upaya membela dirinya.

"Bohong! Satu kata dari kau pun aku tak percaya!"

Tali pinggang yang ada ditangannya dihayun tepat di belakang badan anak kecil yang sudah meraung meminta tolong.

"Mama sakit..."

Puan Astrid langsung tak ada rasa kesian mendengar raungan anaknya malahan semakin Luthfia teriak meminta dilepaskan semakin kuat dia melibas belakang anaknya.

"Mama..." Luthfia memeluk erat lutut mamanya. Kepala didongak menghadap keatas bersama dengan rembesan air mata.

"Fia minta maaf! Fia janji, Fia tak akan buat lagi." Rayu Luthfia.

Puan Astrid terlalu kejam. Rayuan itu tak diendahkan. Tubuh kecil Luthfia ditarik menuju ke bilik yang paling dia takut. Bilik kurungannya dan juga Xaviera.

"Mama, Fia tak nak masuk! Fia takut!" Luthfia sudah agak, lepas dia dipukul dia akan dibawa ke bilik tersebut.

"Kau jangan nak melawan! Kalau kau degil, aku jual kau!" ugut wanita itu dengan wajah yang sangat garang.

Terdiam terus Luthfia bila diugut sedemikian. Dia tak boleh nak lawan kerna dia yakin kata-kata mamanya tak pernah tipu.

Melihat tiada sudah rontaan dari anak kecil itu membuatkan wanita yang berusia itu menarik tangan Luthfia menuju ke bilik kurungan yang memang dia buat khas untuk anak-anaknya.

"Mama!" kedengaran suara yang tak asing memanggilnya dari belakang.

"Kau nak apa lagi?" serabut dia layan perangai anak-anaknya ni.

"Kalau mama nak kurung Fia, kurung Viera sekali!" tegas sahaja mukanya berbicara.

"Baguslah tu! Boleh mati sama-sama. Tak lah aku buat kerja dua kali lagi." Tangan kecil Xaviera ditarik sama menuju ke bilik kurungan mereka.

Kedua-dua badan kecil tersebut ditolak dengan kasar sehingga salah satu dari mereka ada yang jatuh menyembah lantai.

"Duduk sini sampai aku maafkan korang berdua!" dan selepas itu kedengaran hempasan pintu yang sangat kuat.

Luthfia tersandar lemah di belakang pintu. Sesekali kedengaran dia mendesis apabila kesan pukulannya tadi terkena belakang pintu.

"Sakit ke?" Xaviera yang melihat muka kakaknya menahan sakit itu juga rasa sakit. Badan mereka ni penuh dengan parut-parut.

Tergelak kecil Luthfia mengenangkan nasibnya. Luka yang lama baru sahaja kering tapi mamanya yang kejam dah tambah luka baru.

"Macam mana lah aku nak jadi model kalau badan aku ni penuh dengan parut." Nampak gayanya impian untuk dia jadi model terkubur begitu sahaja.

Xaviera juga mengeluh tanpa sedar. Kakaknya ni memang bercita-cita nak jadi seorang model. Dia selalu berlatih berjalan seperti seorang model di dalam bilik tidur mereka.

"Tak semua lah model tu badan licin." Kedengaran seperti dia memujuk kakaknya.

Sekali lagi Luthfia tergelak.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now