Xandra-75

35K 1.7K 663
                                    

Luthfia geram melihat Haura yang dari tadi melekat sahaja dengan Ayyan. Dia pun nak perhatian dari Ayyan juga. Bila masanya ni?

"Papa sayang. P-a-p-a..." ajar Ayyan dari tadi.

"Apa susah sangat nak panggil papa? Itu abang handsome mama bukan awak punya." Geram bila melihat Haura tak nak panggil Ayyan papa. Kalau dengan Noah lancar pula nak panggil papa.

Haura terus sahaja memeluk badan Ayyan dengan erat.

"Mana boyeh mama ambil abang encem Haura. Ini Haura punya." Tak sampai tangan Haura nak peluk satu badan Ayyan. Pendek sangat tangannya.

"Tak malunya. Ini mama yang punya." Badan Ayyan ditarik ke arahnya pula. Badan Ayyan menjadi rebutan Luthfia dan Haura. Aduh pening dia bila badannya ditarik oleh mereka berdua.

"Abang encem Haura yang punya." Nak menangis dia bila tersaing dengan mamanya sendiri. Pasti abang encemnya terpikat dengan mama.

"Xandra..." tegur Ayyan bila melihat mata anaknya sudah berkaca-kaca.

Luthfia memuncungkan mulutnya. Nampak gayanya Ayyan terjatuh dengan kecomelan Haura. Tak boleh jadi ni. Dia nak merajuk lah.

"Papa, tawankan Haura tidur malam ni." Pinta Haura dengan tangannya langsung tak lepas dari memeluk tubuh Ayyan.

"Iya sayang," cair lagi Haura dengan panggilan tersebut.

Ayyan terdiam sekejap begitu juga dengan Luthfia. Mereka berpandangan sebelum mata mereka serentak memandang Haura.

"Haura panggil apa tadi?" soal Ayyan meminta kepastian.

"Papa..." perlahan sahaja suara Haura.

Rasanya nak menangis Ayyan bila anaknya memanggil dia dengan panggilan tersebut. Ya Allah, akhirnya Haura panggil dia papa.

Luthfia ikut senang dengan panggilan itu. Rambut anaknya diselak ke belakang menampakkan dahi Haura. Luthfia mencium dahi tersebut kemudian turun ke pipi gebu Ayyan.

"Haura dah ada papa sayang." Luthfia ikut sebak bila Haura dan Ayyan bersatu.

Tersenyum gembira Haura bila pipinya dicium bertalu-talu oleh Luthfia.

"Mama, Haura mengantuk. Haura nak tidur." Sebenarnya dari tadi lagi dia nak tidur tapi dia takut kalau dia tidur dia dah tak dapat lihat Ayyan lagi.

"Kita tidur ya sayang," Ayyan baringkan tubuh anaknya di atas tilam milik Haura. Ayyan mengambil tempat di sebelah Haura begitu juga dengan Luthfia. Dia turut rebahkan badannya.

Luthfia menepuk lembut perut anaknya yang sedikit ke hadapan. Ayyan juga buat hal yang sama. Dia menepuk lembut paha Haura mendodoi anak kecil tersebut.

"Celamat malam mama," Haura mencium hidung Luthfia kemudian dia beralih pula ke arah Ayyan.

"Celamat malam papa,"

"Selamat malam sayang." Ayyan dan Luthfia mencium serentak pipi Haura. Terkekek Haura dengan perlakuan tersebut.

Lima minit sahaja diperlukan oleh Haura untuk anak kecil itu terlena. Siap berdengkur lagi membuatkan Ayyan dan Luthfia tergelak.

...

Luthfia termenung kosong di luar balkoni biliknya. Angin malam yang sejuk langsung tak menganggu lamunan Luthfia.

Ayyan masuk ke dalam bilik isterinya tanpa menghasilkan sebarang bunyi. Dia mencari keberadaan Luthfia ternyata Luthfia berdiri di luar balkoni.

Ayyan mendekati Luthfia dan tanpa meminta izin dia memeluk badan Luthfia dari belakang dengan dagunya direhatkan di bahu Luthfia.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now