Xandra-15

28.6K 1.7K 167
                                    

Sepatutnya mereka masih bercuti lagi tetapi melihat kepada kelakuan Tengku Faiza membuatkan Ayyan memutuskan untuk masuk kerja sahaja selepas dua hari mereka cuti kahwin.

"Kau betul ke nak masuk kerja? Kaki masih sakit, kan?" risau pula dia bila Luthfia nak ikut masuk kerja. Balutan di kaki Luthfia pun belum dibuka ada hati pula nak kerja.

Luthfia yang sedang bersiap memandang Ayyan dari pantulan cermin meja soleknya. Tangannya sibuk memasang subang di telinganya. Tukang cuci pun perlu bergaya supaya tak dipandang rendah.

"Jadi, you nak I tinggal? Elok-elok kaki I cedera macam ni, you balik kaki I dah hilang." Mendatar sahaja suaranya.

Senyap. Apa yang dikatakan oleh isterinya betul.

"Dahlah, jom. Nanti lambat pula nak masuk kerja." Selepas dia bersiap, dia berdiri lalu kakinya menuju ke tempat Ayyan.

Ayyan menganggukkan kepalanya. Mereka beriringan turun ke bawah.

Di bawah, kedengaran suara Haikal yang sedang berbual dengan seseorang. Mungkin dengan Tengku Faiza.

"Haikal," panggil Ayyan dengan senyuman lebar. Mendengar namanya dipanggil Haikal ikut tersenyum. Dia berlari mendapatkan papanya.

"Tak sekolah ke? Nak papa hantar?" soalnya dengan lembut. Luthfia yang melihat kemesraan mereka mencebik geram. Geram juga meluat juga. Kenapalah ada budak busuk ni?

"Tak apa, nanti Tok Wan hantar." Balas Haikal.

"Jangan nakal tau dekat sekolah." Pesan Ayyan kepada anaknya.

"Dahlah you, budak ni dah besar. Tak payahlah nak risau."

"Papa nak masuk kerja dulu, ingat pesan papa. Jangan nakal di sekolah dan jangan susahkan Tok Wan." Haikal mengangguk tanda faham. Dia salam tangan Ayyan kemudian dia menghulurkan tangannya kepada Luthfia.

Luthfia yang melihat huluran tersebut terus sahaja buat-buat tak nampak. Matanya jadi kabur sekejap.

"I tunggu dekat luar lah." Tak nak lah dia nak biarkan tangannya disentuh oleh budak busuk ni. Geli!

Tengku Faiza yang melihat kelakuan Luthfia berdecit geram. "Tak sedar diri punya perempuan."

...

Sampai sahaja mereka di tempat kerja, masing-masing terus menuju ke tempat mereka. Ayyan ada pesan kalau kaki Luthfia buat hal, masuk sahaja ke biliknya tapi dah tiga puluh minit berlalu bayangan isterinya tak muncul dan dia anggap bahawa keadaan Luthfia baik-baik sahaja.

Luthfia yang sudah siap melaksanakan kerjanya meletakkan semua peralatan yang dia bawa dari tadi ke tempatnya namun malang tak berbau dia terlanggar seseorang yang membuatkan semua barang-barang yang berada di tangannya terlepas dan terjatuh ke bawa termasuklah air kotoran yang berada di baldi.

"Maaf," kedengaran suara lembut seseorang meminta maaf. Dia terus sahaja mengambil barang-barang yang terjatuh tadi.

Luthfia memandang sahaja wanita yang sedang mengambil barang-barangnya. Sepertinya dia kenal dengan sosok wanita ini.

"Aunty Malia,"

Malia terus sahaja mendongak apabila namanya diseru. Bibirnya tersenyum bila wajah Luthfia menyapa di pandangannya.

"Fia," ternyata yang dia langgar adalah Luthfia.

"Aunty minta maaf, aunty tak tengok jalan tadi." Dia kelam kabut berjalan sehingga dia tak tengok kiri kanan dan dia tak sengaja terlanggar orang yang tak bersalah.

"Tak apalah aunty, sikit je ni. Aunty kelam kabut ni nak pergi mana? Muka tu kenapa pucat sangat?" soalnya dengan sedikit risau. Sedikit je lah untuk mantapkan lagi lakonannya.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now