Xandra-32

24.1K 1.6K 73
                                    

Selepas sahaja peristiwa di balkoni bilik tidur mereka, hidup Luthfia tak aman. Dia rasa dirinya diperhatikan. Pergerakannya sudah tak bebas bila dia tahu Ayyan ada pakai mata-mata untuk perhati dia.

"Sial lah!" makinya dengan nada yang penuh geram.

"Kau kenapa lagi?" Noah ikut pening melihat Luthfia yang tak pandai diam. Sekejap duduk. Sekejap berdiri. Sekejap memaki.

"Ayyan! Tak guna punya lelaki!" rambutnya yang berhurai habis kusut seperti dirinya.

"Kenapa lagi dengan laki kau?" dengan selambanya Noah bertanya.

"Dia hantar orang untuk perhatikan aku! Aku dah tak bebas nak bergerak Noah!" luahnya dengan nada yang sudah bertukar.

Noah gulingkan matanya. Tahu pun takut. Ingat Ayyan tu lelaki yang senang nak dibodohkan. Dia dari awal dah curiga dengan Ayyan.  Mana ada lelaki yang senang-senang nak terima perempuan yang sudah terang perangkap dia. Ayyan bijak. Dia yakin ada sesuatu yang Ayyan sedang rancangkan.

"Kan aku dah pesan, Ayyan tu bukan macam Haider. Kau fikir, kau boleh bodohkan Ayyan macam tu je." Katanya sambil kaki digoyangkan.

Luthfia sandarkan badannya dengan kasar di belakang sofa tempat mereka bertiga sedang duduk.

"Apa aku perlu buat Noah? Aku tak nak rancangan aku hancur macam tu je. Aku dah di pertengahan jalan." Kusut betul dia memikirkan apa yang dia perlu lakukan sekarang. Dia tak nak semuanya sia-sia. Sikit je lagi keluarga Tengku Aryan musnah ditangannya.

"Masih belum terlambat untuk kita hentikan semua ni." Ujar Bianca dengan perlahan. Dia dah boleh bayangkan apa yang bakal terjadi.

"You gila ke? Perjalanan I dah jauh, You suka hati je nak suruh I hentikan semua ni!" tanpa sedar dia tinggikan suaranya di hadapan Bianca.

Bianca yang diherdik oleh Luthfia terus tundukkan kepalanya. Melihat keadaan isterinya membuatkan Noah ikut naik angin.

"Kau ni memang tak tahu untung lah Fia! Begini kau layan Bianca lepas apa dia dah buat dekat kau." Noah bersuara untuk membela Bianca.

Luthfia yang tersedar dari keterlanjurannya menggigit bibirnya. Rasa amarah yang tiba-tiba meletus hilang melihat tangan Bianca menggigil. Dia tahu Bianca trauma dengan herdikan kerna waktu kecilnya dia selalu kena herdik dan kena maki oleh mak tirinya.

"Bianca.." Luthfia terus berpindah tempat duduk. Tangan yang menggigil digenggam.

"I'm sorry. I tak ada niat pun nak tinggikan suara dekat You. I minta maaf.."

"Itu je lah kau. Maaf, maaf, maaf. Lepas ni aku yakin yang kau akan ulang balik kesalahan kau!" sindir Noah. Dia dah masak dengan perangai Luthfia.

Luthfia yang dituduh sedemikian memberikan pandangan tak puas hati kepada Noah. Suka hati je nak tuduh dia.

"Kan aku dah kata aku tak sengaja, yang kau nak melebih ni, kenapa?" nada suaranya tinggi.

Bianca yang mendengar pergaduhan mereka berdua menutup kedua telinganya. Suara mummnya mula kedengaran di tepi telinganya.

"Mummy, Bianca minta maaf. Bianca salah.." kedengaran suara kecil Bianca membuatkan pergaduhan antara dua makhluk itu terhenti.

"Jangan pukul Bianca.." Noah sedaya upaya menenangkan isterinya.

Bianca sudah meracau sendiri. Peristiwa lama mula bermain di kotak fikiran. Masih terasa pedih dibadannya disebabkan pukulan-pukulan yang diberikan oleh mummnya.

"Sebab kau, laki aku mati. Sepatutnya kau yang mati bukan laki aku!!"

Tambah teresak-esak Bianca menangis. Peristiwa dimana daddnya dilanggar lari dihadapannya sekali lagi terbayang yang membuatkan Bianca kembali ke waktu itu.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now