Xandra-22

26.6K 1.6K 177
                                    

Ayyan risau dengan keadaan abang kembarnya. Tak tidur malam dia memikirkan Haider. Kesian pula dengan Cindy terpaksa urus Haider yang semakin lama semakin bertindak ganas.

Tadi dia dapat laporan dari pengawal yang dia upah mengatakan yang Haider semakin ganas apabila dia bertindak mencederakan orang awam.

"Ayyan..." panggil Luthfia. Sudah jam satu pagi tetapi suaminya masih belum tidur.

"Kenapa bangun?" soal Ayyan. Rasanya dia tak ganggu Luthfia pun. Dia duduk termenung sahaja di luar balkoni.

"Sebab you tak ada disebelah I." Katanya dengan tangan meruap wajah menghilangkan rasa mengantuknya.

"You fikir apa Ayyan? Kenapa belum tidur lagi."

"Aku risaukan Haider. Aku tak boleh nak tidur." Kata Ayyan.

"You kan dah upah banyak pengawal untuk jaga Haider. Dahlah, tak payah nak serabutkan fikir pasal dia tu." Malas sahaja Luthfia bila Ayyan terlalu fikirkan lelaki bodoh tu.

"Tak boleh. Macam mana aku nak tidur sedangkan Haider merana di sana. Kami kembar Xandra. Kalau dia tak tidur, aku pun sama."

"Suka hati youlah. Fikirlah dia sampai esok pagi." Luthfia main cakap sahaja tanpa memikirkan perasaan suaminya.

Ayyan membiarkan sahaja Luthfia kembali ke katil mereka. Geleng kepala dia dengan perangai Luthfia.

Nombor Alayna didail dan harap sangat Alayna sambut panggilannya.

"Hello," kedengaran suara serak Alayna.

"Alayna maaf ganggu, aku nak kau tempahkan aku tiket ke Indonesia. Kalau boleh aku nak terbang esok." Ujar Ayyan yang membuatkan Alayna segar dari mengantuknya.

"Sekarang?" terkejut dia dengan arahan tersebut. Ayyan ni suka buat dia kerja mengejut.

"Iya. Tak kisah berapa harganya, kau tempah je. Apa pun yang terjadi, aku nak terbang ke Indonesia esok!" dan selepas itu panggilan terus sahaja dimatikan.

"Tuan! Tuan!" panggil Alayna dengan kuat.

"Suka macam ni." Bebel Alayna dengan geram.

...

Awal pagi lagi Luthfia dikejutkan dengan berita pemergiaan Ayyan ke Indonesia. Penerbangan Ayyan jam sembilan pagi dan dia dah nak berangkat ke airport.

"Apa ni Ayyan? You tak bagitahu pun yang you nak pergi Indon." Katanya dengan nada kesal.

"Xandra, aku minta maaf. Aku tak boleh biarkan Haider sendirian dekat sana. Aku nak bawa dia balik dekat sini dan biar aku jaga dia." Ayyan sedaya upaya untuk mengawal nada suaranya.

"You gila ke apa? Kenapa nak bawa orang gila datang sini?"

"Xandra, tak elok panggil Haider macam tu."

"Habistu you nak I panggil dia apa? Orang tak waras? Orang tak siuman? Jelas-jelas dia tu gila sebab fikir bini dia yang dah mati masih hidup. Orang macam tu seeloknya dibawa masuk ke hospital sakit jiwa bukan dibawa masuk ke rumah ni."

"Xandra..." kesabaran Ayyan masih ada untuk melayan kerenah Luthfia.

"Ayyan, you tak takut ke bawa Haider masuk ke rumah ni? Dia boleh fikir I ni Viera, kalau dia buat benda tak elok dekat I, macam mana?"

Ayyan menarik Luthfia untuk duduk di birai katil. Apa yang isterinya cakap itu betul dan memang menjadi kerisauan untuknya bawa Haider balik ke sini tapi dia perlu sedarkan Haider yang Xaviera memang dah tak ada. Itu kenyataan yang Haider perlu terima.

"Aku kan ada." Lembut sahaja dia berkata.

"Memang lah you ada tapi..." jelas wajah Luthfia risau sahaja memikirkan tentang rancangan Ayyan nak bawa balik Haider.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now