Xandra-57

29.9K 2.1K 279
                                    

Sekejap-sekejap Luthfia berhenti di tepi jalan bila pandangannya semakin berbalam-balam. Dengan panas teriknya dia berjalan kaki menuju ke pasar raya membeli barang keperluan dia dapur. Dia ada masa lima belas minit lagi untuk sampai ke rumah.

"Sempat ke ni?" nak menangis dia melihat jarak rumah Ayyan yang masih jauh lagi. Dia tak nak kena kurung. Dia tak nak lagi rasa sesaknya berada di bilik yang sempit.

"Baby tolong mama," tak tahu dia nak minta tolong dengan siapa. Sudahlah tak ada sesiapa yang lalu di kawasan tempat dia lalu ni buatkan hatinya semakin berdebar.

Nak naik teksi duitnya sudah tak ada. Dua ratus yang dibagi tadi habis digunakan membeli barang.
Nak telefon Noah atau Bianca telefonnya tak ada dengannya. Dimana lagi dia nak minta tolong.

"Kau boleh Fia!" hanya dirinya sahaja yang boleh semangatkan dia. Dia melangkah semula bersama dengan barang-barang yang dibeli tadi.

Ayyan yang berada di rumah tak henti menjenguk ke luar jendela. Luthfia hanya ada lima belas minit sahaja untuk sampai ke sini.

"Apa jadi dekat dia ya?" garu kepala Ayyan dengan persoalan-persoalan yang tak henti menganggu dirinya.

Sedang dia memikirkan keadaan Luthfia, telefonnya berdering dengan kuat. Melihat nama Jebat tertera di skrin telefonnya membuatkan panggilan tersebut terus sahaja diangkat.

"Kau bodoh ke Ayyan? Fia mengandung ni sengal!" kuat suara Jebat memarahi Ayyan.

"Dia dekat mana?" soal Ayyan dengan nada yang sangat tenang.

"Bini kau berjalan di bawah panas matahari dengan tangan yang penuh dengan barang yang kau pesan. Bukan setakat barang dia bawa Ayyan, tu anak dalam perut kau pun dia bawa. Apa ke bengap kau jadi laki ni?" panas hati Jebat melihat Luthfia berjalan di bawah panas matahari yang terik.

"Siapa suruh dia cari pasal dengan aku? Hadap lah sendiri." Ayyan langsung tak ada secebis rasa risau pun dengan keadaan Luthfia. Perasaan risaunya ditepis dengan rasa puas. Puas sebab dah buat Luthfia menderita sama seperti dirinya yang derita disebabkan angkara isterinya.

"Bodoh! Kau memang bodoh!"

"Ikut kau lah Jebat. Apa yang aku tahu, kau tak tumpangkan Luthfia naik kereta kau. Aku nak dia datang sini dengan kakinya sendiri."

Jebat tak tahan dengan tindakan bodoh Ayyan. Panggilan terus sahaja dimatikan serta merta. Apa nak jadi, jadilah. Biar lah dia kena dengan Ayyan daripada melihat Luthfia sengsara.

Kereta yang dipandu Jebat laju mendekati Luthfia. Luthfia yang mendengar bunyi enjin serta merta menoleh kebelakang. Janganlah ada yang nak rompak dia.

Jebat keluar dari perut kereta dengan raut wajah yang cemas. Gila tak cemas. Muka Fia pucat langsung tak ada darah.

"Kau tak apa-apa ke?" Jebat berlari kecil menuju ke arah Luthfia.

Serius Luthfia nak mengalirkan air mata bila dia melihat seraut wajah yang cukup dia kenal. Dia bukan lemah seperti ini tetapi sejak dia mengandung, dia rasa nak menangis sahaja.

"Kenapa you datang lambat?" plastik ditangannya terus sahaja dijatuhkan ke bawah. Peduli apa dia, tangannya lenguh dari tadi membawa benda alah ni.

Jebat dengan pantas mengambil semula barang-barang yang dijatuhkan oleh Luthfia.

"Masuklah, aku hantar kau balik!"

Luthfia terdiam memikirkan ajakan Jebat. Apa dia boleh ikut Jebat balik? Nanti Ayyan marah, macam mana?

Jebat faham akan apa yang difikirkan Luthfia. Raut wajah wanita itu jelas menunjukkan yang dia takut menerima ajakannya.

"Jangan risau, Ayyan tak akan tahu pun. Suami kau tu bengap, bodoh, tak ada otak!" geram dia dengan idea gila Ayyan.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now